Nasi Hujan Panas yang sangat menyelerakan... - masam manis f

Breaking

Sep 11, 2014

Nasi Hujan Panas yang sangat menyelerakan...





Selamat malam...
Maaf lah malam-malam baru nak kongsi resepi.. orang pun dah nak tidor dah kan..
Tapi tak pe.. manalah tahu dapat ilham dalam mimpi nak masak apa untuk esok.. atau mimpi makan nasi hujan panas ni.. ngeee...



Sebenarnya nak kongsikan siang tadi.. tapi maklumlah hari ni ita lagi sibuk dok urus anak yang ambil periksa. Anak pun balik lewat petang hari ni kerana kertas terakhir pada pukul 4. 30 petang. Cuaca pulak hujan lebat, jalam jam sana-sini akibat banjir kilat. Maklumlah banyak sangat kerja-kerja pembaikkan jalan kat kawasan rumah ita ni.. tu yang jalan sibuknya lah.. lubang sana-sini.. dengan jalan yang di korek untuk di turap. Bila hujan habislah semuanya di masuki air.. dan amat-amat berbahaya bagi penunggang motosikal sebenarnya.. hati-hatilah ya bila bawa kenderaan dalam cuaca yang tak menentu ni..


Berbalik kepada resepi nasi yang ita janjikan.. Nasi Hujan Panas
Sedap nasi ni.. bertambah tertarik kerana warnanya yang berwarna-warni.. sangat membuka selera.
Satu lagi resepi sentuhan Pak Engku yang harus di cuba!



Nasi ni amat sesuai sebagai hidangan untuk merai tetamu.. kalau nak buat kenduri-kendara atau majlis perkhawinan. Warnanya yang ceria dan keenakannya juga memang sangat sesuai..
Jom ita kongsikan resepi dan kaedah ita memasaknya.


NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia





Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai








21 comments:

Rina Audie said...

duh senangnya lihat kak ita bisa update resep setiap hari. Pic juga masih cantik seperti dulu. Semoga kak ita selalu diberi kesehatan ya supaya bisa sering berbagi resep baru.

Unknown said...

Selamat berkenalan.....suka tengok resipi2 yang dishare di sini.....menyelerakan..:)

fazianbatrisyia said...

cuti sekolah ramai yg buat kenduri.
sebelah rumah sy pun kenduri...esok majlisnya. mlm ni kena tunjuk muka la...

Myalycia said...

sedapnya kak ita... smoga dpt mimpi mkn ns ujan panas jdlah hehe..

crazyshopper said...

mmm..sedapnya nasi hujan panas..makan dengan kurma telur memang mengancam..

www.shopperstreet.blogspot.com

hana thahirah said...

Assalamu'alaikum kak ita..salam kenal ya kak..menarik resepnya ingin juga saya mencoba..saya sudah coba nasi minyak..tapi tdk pakai pewarna.saya ganti dg air kunyit.pada resep ini saya punya ide mengganti warna hijau dengan air pandan.tapi tuk warna merah apa ya kira2? tq kak tlh share resepnya..bertambah inspirasi memasak..

Anonymous said...

Assalamualaikum ita..aduh mengancam sungguh nasik hujan panas ita ni..teruja btul Uj...

Unknown said...

Apa lauk pauk yg sesuai utk nasi hujan panas ni k.ita?

ida said...

Salam, tgk nc ujan pns ni teringat ms kt asrama kira2 20 thn yg lalu slalu sgt mkn nc ni..mg sdp..skg dh lme xjmpe nc ni..

Unknown said...

Hari nie nak try resepi kak ita... Harap2 menjadi...

tini said...

Alhmdllah.. saya dah 2 kali buat ekot resepi ni.. sedap makan mcm tu sahaja, makan ngan ape2 lauk pun sedap. Terima kasih resepinya

Unknown said...

salam kak Ita, jumpa resepi best kak ita ni terus rasa nk cuba. kebetulan mmg nk buat potluck hari raya esok kat sini so cari2 resepi tgh malam kat sini utk prepare esok. kak ita punya resepi utk brp org makan yer? sy mk buat utk 5 famili makan esok, agak2 kalau doublekan resepi kak Ita ni ok x? thanks kak ita
Salam perkenalan,
Fatima Manchester

Azlita Aziz said...

wasalam, resepi ni untuk satu keluarga yg dalam 6 org. Kalau ramai Tim Nonam boleh gandakan semua bahan ^_^

Unknown said...

Thanks Kak Ita hari ni nak buat and nnt Tim share hasilnya. minta2 jadi mcm Kak Ita buat tq :)

Unknown said...

salam...nak tya..nasik ujan panas ni...time bla nak msukkan pewarna??? time kering air ka atau time nasik betul2 dh masak?

ina said...

Tq k.ita sudi kongsi resepi
Byk resepi k.ita ygvsy dh cb,alhamdulillah mmng mnjd.

Unknown said...

Emm sedapnye baru tengok gmbr kalau depan mata ni mesti saya orang pertama ambik nasi hujan panas ni 😋👌🍚

Unknown said...

Tq sb share recipe nasi hujan panas ni kak ita...kite nak buat weekend nie..hehehee 😆

Unknown said...

Sukatan cawan nasi ni kan.saiz cawan apa ya.
gelas minum ke atau cawan cup tu.

norsadira said...

Selamat hari raya..harini nk try resepi ini.. jmout singgah blog saya ea dirawanhartawan.blogsport.com.my

ayeinrayyan said...

Tq kak ita..sy nk cuba juga nti..sy ni x berapa reti masak..selalu fllw resepi akk alhamdulillah jd

Post Top Ad

test