Satu lagi makanan yang cukup popular dan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.. Pisang Goreng.
eh pisang goreng ke... goreng pisang.. !
Pisang goreng ni adalah makanan yang di makan pada waktu santai ketika minum petang. Ada juga yang menjadikan pisang goreng sebagai satu hidangan sarapan pagi. Pisang goreng paling enak di makan tidak mengira waktu.. hujan mahupun panas terik sang mentari.
Sebenarnya tidak semua pisang boleh di goreng tau! ada pisang yang bila di goreng dia akan menyerap banyak minyak. Kebiasaannya pisang yang kerap di goreng adalah pisang nipah, pisang nangka dan pisang tanduk.
Hari ini ita goreng pisang tanduk yang ita cicah bersama sambal kicap madu . Wallaaa... sedapnya sambil menghirup secangkir kopi..
Ada yang pelik? aik! apalah orang Johor ni makan pisang goreng dengan sambal kicap?
Tak ada yang peliknya dek oiiii....
Kita ni walaupun rambut sama hitam tapi citarasa kita berbeza. Kata orang lain padang lain belalang.. macam tu lah kehidupan kita.. lain tempat lain budaya dan adap resamnya.. waima... makanan setiap negeri juga berbeza-beza.. itulah uniknya Malaysia kita.
Orang Johor atau orang selatan tanah air dah terkenal dengan makanan yang pedas-pedas. Kalau tak pedas pada kami tak kaw! Walaupun mungkin ada segelintir yang tidak tahan pedas.. tapi kalau anak jati Johor tak makan pedas.. tu baru pelik...
Di sebelah pantai timur pula mereka suka manis-manis.. semua manis.. ada yang kata kalau pergi Kelantan tak boleh makan sebab manis... tapi pada ita itu lah keistimewaannya.. itulah yang membuatkan kita sering kunjung mengunjung dan ziarah menziarah.. kita dapat pelajari budaya, adat resam dan cara kehidupan mereka yang berbeza-beza.
Masa ita kecik-kecik dahulu kami kalau makan pisang goreng di cicah bersama sambal tumis.. waaa... sedap nya.. Kini pisang goreng lebih popular di cicah bersama sambal kicap. Pada yang tak pernah cuba nanti boleh cuba.. terangkat.. !
Hari ini ita kongsikan resepi pisang goreng yang rangup! kruk.. krak.. kruk kark.. bila di gigit kerupuknya.. Pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam
PISANG GORENG RANGUP
2 biji pisang tanduk ~ buang kulit dan hiris nipis menyerong
100 gm tepung beras ~ sebaiknya cap gajah 1
50 gm tepung ubi
1 sudu besar margerin atau butter ~ di cairkan
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sudu teh air kapur makan ~ ambil air kapur yang jernih dah telah di mendakkan
sedikit pewarna kuning
secubit garam dan gula
Mula-mula cairkan butter atau margerin
Satukan tepung ubi dan tepung beras dalam sebuah bekas
Masukkan telur, air kapur dan santan
Kacau rata
Tambahkan pewarna kuning, garam dan juga gula
Kacau rata
Akhir sekali masukkan butter yang telah di cairkan
Masukkan pisang yang telah di potong, salutkan dengan adunan tepung tadi
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyakknya.
SAMBAL KICAP MADU
20 tangkai cili padi (biarkan dengan tangkai ~ untuk mengelakkan terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu besar madu
Gula secukupnya
8 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar kecuali limau kasturi
Kisar hingga halus
Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
Kacau rata dan sedia di cicah bersama pisang goreng.
Pisang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam..
Apa tunggu lagi...
Bismillah lah kita... ^_^
7 comments:
Sedappppnyer
Wuaaaaa nak blk muo.......abe nik sayakalau blk muo pun dah pandai beli pisang n tempe goreng with sambal kicap.....
Salam Kak Ita. Saya nak tanya, kat mana akak beli air fanta dalam botol saiz mini? Saya pernah ternampak agak ambil gambar masakan akak bersama dengan air botol tu!
Salam Kak Azlita,
Walaupun pisang goreng, tapi tetap cantik tertarik dan menyelerakan kan?
wah..glamour akak keluar magazine mw bil1610 ni.
itu yang jenguk2 blog akak.
memang best n sdp2 semua.. ni yagn buat rajin nak memasak.
betul cakap akak, yang penting pic masakan yang paling cantik, dan mengikut step, baru orang tertarik.
salam ukhwah daripada saya.
jemput ke www.rinaprettyhealthy.com ye untuk maklumat kesihatan anda.
Rina
SALAM KAK ITA, SEDAP NAMPAK MESTI RASA NYE PUN SEDAP.. TERINGIN NAK BUAT.. TAPI ADE KEMUSKILAN...NAK TANYE.. MACAM MANA NAK DAPATKAN AIR KAPUR TU?
sedapnya pisang goreng..lagi-lagi kalau makan petang2 bersama keluarga..
Post a Comment