Potato Fritters saya pun nak cuba juga.. - masam manis f

Breaking

Sep 29, 2014

Potato Fritters saya pun nak cuba juga..


Ramai yang dah mencuba..
Anda bila lagi?
Hari ini biar ita mencuba pula ya..




Sebenarnya dah lama ita nak mencuba Potato Fritters yang telah menjadi viral dan bualan suri rumah tangga. Oleh kerana penyediaannya yang cukup mudah, ramuan yang di gunakan pun tidak sukar di cari.. ia juga di hidangkan sebagai makanan santai.. ia cepat mendapat perhatian dan mudah di cuba.

Kerana itu ita juga tidak mahu ketinggalan mencuba Potato Fritters atau cucur kentang ini.
Resepi yang di kongsikan oleh Noraida Durani dan ita ambil dari dapur Yatie. Terima kasih kepada penyumbang resepi dan juga pada yatie kerana membuat ita teruja untuk mencuba.



Resepi ini sebenarnya dah lama popular di blog minah saleh. Cuma baru-baru ini sahaja ia muncul di dapur suri rumah tempatan.
Pada mulanya ita ingatkan rasanya seperti Hash Brown. Ita memang sukakan Hash Brown.. rupanya sangkaan ita meleset.. rasanya seakan cucur, sebab itu ramai yang mengelarnya cucur kentang.
Mungkin kentang yang kita gunakan atau kentang yang di import ke Malaysia tidak sama dengan kentang yang mereka gunakan, maka dengan itu rasanya seakan cucur.

Cucur pun cucur lah kan.. tapi enak juga bila di cicah bersama sos cili.
Untuk mengorengnya ita nasihatkan jangan guna minyak yang banyak kerana ia akan menyerap minyak. Sebaiknya guna pan yang leper dan letakkan sedikit minyak seperti kita mengoreng begedil. Adunan pula buat ia leper supaya cepat masak dan rangup luar dan dalam. Jika tebal ia hanya akan garing di luar tetapi masih basah dan lembab di dalam.


POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukan : Yatie



3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak



Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Taburkan sedikit lada hitam
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
Sedia di hidangkan bersama sos cili





18 comments:

Jueliza Jamani said...

sedap.. saya dah buat..

~rosmiyawati~ said...

Nak try jugak nanti.

~rosmiyawati~ said...

Nak try jugak nanti.

Izwa Kamaruddin said...

sedpa nyer :D

εïзmmyHazaεïз said...

Selalu buat cucur ni mase zaman sekolah dulu kat kg bezanye kami potong dadu kentang tu. Campor ikan bilis sikit. Xtau pulak namenye fritters. Hehehe. Klu kat bahagian Perak sini kami sebut jempot kentang.

Nina Mirza said...

As'salamualaikum Kak Ita,
Nina pun dah buat potato fritters nie last week. Sedap!
tapi kena makan time panas2, dah sejuk kureng sikit....

rahel said...

Nak try jugak....

Fatimah Nabila said...

simple jer! nak try..hehe..

Hernee Nazir said...

nak cuba jugalah..

Unknown said...

sedapnya kak ita..harus mencuba :D

aryn Fadz Lee said...

Mau cuba jugala..tq 4 da resepi ^_^

Unknown said...

Simple n soo sedap... Nk cuba juga!!
www.sihatgojes.blogspot.com

Unknown said...

Tq kak ita... nk cuba nnt...

Mekap Paradise said...

Gaulkan dengan air ape ye kak?
air panas / air sejuk / air suam

ibu tihani alani said...

Dah cuba... sedap tp keras sikit bila sejuk

Ain Naim said...

Nak cuba la esok...kentang lebihan puree baby masih ada 3 ketul...tq k.ita..

Unknown said...

Sy ase next time nak rebus dulu la kentang die lepas sagat. Sbb die keras kalau dh sejuk.

Unknown said...

boleh ke pakai tpung goreng ayam?

Post Top Ad

test