Kue Tiaw kesukaan anak-anak. Seminggu mesti sekali ita kena masak kue tiaw goreng, terutamanya bila-anak-anak semua berkumpul di rumah. Kadang dah malas nak masukkan n3 pasal kue tiaw ni.. sebab dah selalu sangat dan semua pasti dah tahu pun bagaimana nak menyediakan kue tiau goreng kaaannn... nak pedas ke.. tak nak pedas ke.. nak letak kerang ke.. tak letak kerang ke.. nak yang basah mahupun yang kering.. semuanya mengikut selera masing-masing.
Hari ni buat lagi kue tiaw. Biasanya kalau Azrul ada dia lah yang sibuk memasak kue tiaw ni di dapur. Bila Azrul tak ada tugas memasak di ambil alih semula oleh emaknya..
Kali ni tak letak kerang.. lagi pun kerang tak ada nak ke pasar malas lah pulak.. kerana nak kena beli kerang aje.. mak aiii... memang terasa benar malasnya.. Kita gunalah apa sahaja bahan yang ada dalam peti. Ada udang, sotong dan daging.. emmm.. dah memadai untuk mendapatkan sepingan sorang kue tiaw goreng yang enak! Jom kita mengoreng..
KUE TIAW GORENG PEDAS
500 gm kue tiaw ~ guci bersih dan toskan
1 mangkuk taugeh
Daun kucai secukupnya ~ potong 1 inc
10 ekor udang sederhana besar ~ buang kepala
100 gm daging batang pinang ~ hiris kecil
2 ekor sotong ~ botong bulat
1 biji tomato ~ potong baji
2 biji telur
minyak untuk menumis
Bahan Rencah
5 ulas bawang ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
10 tangkai cili merah ~ rendam lembut dan kisar
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit soas ikan ~ jika suka
Telur di tambah secubit garam dan kocok
Panaskan minyak dan masukkan telur, kacau sekejap aje jangan sampai masak sangat, kemudian angkat.
Letakkan sedikit lagi minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili.
Tumis sampai garing dan harum
Kemudian masukkan daging dan masak sampai daging empuk
Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan kicap manis, jika tak nak letak garam masukkan kicap masin sekali. Tapi berhati dalam penggunaan kicap masin kerana sos tiram juga telah masin.
Masak sebentar bagi mesra
Kemudian masukkan tomato, telur yang dah masak hancur tadi, sotong dan udang
Biar dia masak kejap baru masukkan kue tiaw
Kacau rata dan mesra semua bahan
Akhir sekali, tutup api dan masukkan taugeh dan daun kucai
Gaul sebati
Sedia di hidangkan.
7 comments:
ahhh sedapnya,thanks akak for sharing ur resepi,my mom suka :D
@ peberet arwah ayah....klu x tuk mkn pg, kadang tuk mkn ptg ^_^
@ peberet arwah ayah, char kue tiaw atau kue tiaw goreng basah...slalu tuk mkn pg atau mkn ptg ^_^
Salam perkenalan kak ita, kagum dengan blog kak ita..cantik sangat gambar yang dikongsikan. Kebetulan dah lama sgt tak goreng kue teow sendiri, semangat timbul bila tengok gambar k.ita ni hehe
sedapnya kak..
Sedapnyeee...macam nak kena pegi cari bahan skrg ni..blh makan sambil tgk bola mlm nti.
Adik2 jemput jln2 ke blog akak ye😘
sitinorazizah920702.blogspot.com
Kak ita, marvellousnya resepi ni,
Suke sangattttt....
Post a Comment