Kawan-kawan pernah makan Puri?
Tahu tak apa itu Puri?
Puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi, mahupun untuk makan malam.
Puri di makan bersama kuah kari atau dal. Ita pasti sekali anda dah cuba pasti anda rasa nak makan lagi.. dan lagi..
Puri ni cara membuatnya cukup mudah dan ringkas. Bahan asasnya hanyalah tepung gandum, air , garam dan minyak. Rasanya seakan roti canai tapi pada ita ia lebih enak dari roti canai. Tapi puri ni kena makan masa panas-panas kerana bila dah sejuk dia akan liat.
Apa yang uniknya puri ni dia akan mengelembung seperti pelampung bila di masak. Ia ada ruang udara di dalamnya yang membuatkan ianya cukup rangup bila di nikmati.
Ini adalah satu lagi resepi yang di ajarkan oleh Sara pada ita. Katanya puri cukup di gemari oleh mereka sekeluarga. Memang betul, sejak ita belajar buat puri.. hari-hari ita sediakan puri di rumah. Suami ita dan Dalili cukup mengemarinya.
Ita cukup bertuah bila berkenalan dengan Sara.. macam-macam resepi masyarakat India yang dia nak ajar.. Tapi sebab masa kami yang terbatas ita hanya sempat belajar beberapa resepi sahaja. Insyaallah bila ita jumpa sara lagi.. macam-macam lagi resepi masyarakat India Utara yang harus ita pelajari daripadanya. Sara juga berjanji dengan ita untuk ajar ita buat tosei.. roti nan.. kuah rojak.. mee ketam dan lain-lain lagi.. Kalau ita berkesempatan jumpa sara lagi ita pasti akan menuntut ilmu dengan sara. Apa yang ita seronok sangat.. sara ni dia akan ajar kita betul-betul.. dia siap tunjukkan ita caranya supaya ita tak tersilap. Terima kasih sara.. Banyak sangat ilmu yang ita peroleh dari sara.
Hari ini ita nak kongsikan kaedah membuat puri ni pada semua.. Kalau anda ada masak kari.. asam pedas ke.. bolehlah buat puri.. cicah dengan kari.. wallaaa... memang sedap sangat.. makan puri ni pun buat kita kekenyangan..
PURI
Resepi Oleh : Sara
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak
Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar
Masukkan juga garam
Tuangkan air sedikit-sedikit
Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut
Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit
Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri
Panaskan minyak dalam kuali.
Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.
Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas
Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung
Bila dah gelembung terus angkat.
Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya..
Dah pun siap puri kita..
Puri ni makan dengan kari ikan memang sedap! anda boleh dapatkan resepi kari di Sini
Pergh.. dah tak sabar nak makan..
Ingat tau makan masa dia panas-panas...!
35 comments:
assalam kak ita.. memang sedap puri ni.. dulu masa saya sekolah dulu, arwah mak sedara saya ajar cara buat nya.. sama dengan bahan2 akk tu.. tapi dia buat besar.. suke cicah ngan sambal ikan bilis tu..
Saya tak pernah miss tengok posting ita.. leka dgn photography yg sgt menarek.. kagum..
K.ita... best nya.. dh lama follow blog k.ita.. memang best sgt tgk resepi kat cni..:)
Assalamualaikum... kak ita memmg sedap.. cmpr dgn ubi kentang lg sedal kak..m lembuttt
fav ayu jugak ni kak ita
dulu sllu mintak tlg opah buat
tapi dia tambah susu tepung bagi rase lemak2
cicah ng susu pekat plak tu
Hi kak ita..good effort & im impressed see your cooking skills..the best malaysian cooking blog i have seen.. :-)
Assalamualaikum ita..Uj selalu gak buat puri tapi menggunakan margerine jer..dicicah dgn dalca sedap...
Assalamualaikum kak ita,saya selalu cuba resepi kak memang sedap,cuba kak tambah 3-4 sudu besar tpg sugi supaya purivtak serap minyak
Saya sekeluarga memang dah jadi kemestian dengan lempeng kembong ni. Tapi kami lebih suka letak yis, hanya campurkan serbuk yis, sikit gula, minyak ikut banyaknya tepung. Adun guna air suam. Lembut boleh sampai petang. Sedap dan mengenyangkan.
Aslkm, akak saya dah cuba resepi Puri dan karinya..memang sedap..mohon copy paste resepi ye.Terima kasih banyak..
fav kite ni, nyum2~~
Memang sedap puri ni makan dengan kuah dal pun sodap. Anak2 suka sangat.. Sentiasa follow entry kak ita @ Masam Manis :)
Akak buat lah victoria Sandwich
Assalamu'alaikum kak ita..kebetulan kemaren saya buat roti maryam.setelah saya baca postingan kakak ini saya coba buat puri ini dengan sisa adonan roti maryam itu.memang berongga jadinya kak..memang enak di makan selagi panas.tapi bagi saya juga enak walau sudah dingin .mungkin karena (puri saya)dari adonan roti maryam yang ada penambahan bahan yang lain.thanks kak sudah berbagi dan membuat saya terinspirasi..
Wassalam..
Assalamu'alaikum kak.kebetulan kemaren saya buat roti maryam.setelah baca postingan kakak ini maka saya coba buat puri dari sisa adonan roti maryam tersebut.memang berongga jadinya kak..enak di makan selagi hangat.tapi (puri saya) tetap enak walau sudah dingin.mungkin karena beda bahannya ada penambahan yang lain dari puri resep kakak.thanks kak sudah berbagi dan buat saya terinspirasi...wassalam.
terbaiklah kak ita, kalau nak rasa lebih enak boleh pakai tepung atta kak
Salam kenal, saya belum pernah lg makan puri nie, cam sedap jer, nanti boleh la try hehe.... anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
hi ita.salam perkenalan.First impressionyour blog look so great.admire it so much,the cook is great,the pic is fantastic and the person is beautiful.
Jemputlah datang visit my blog.i baru jer on blogging ni so malu actually nak invite hehe
tak penah makan...tapi nampak macam sedap jer
puri mmg sedap.. mama slalu buat tp biler sy buat xjadi, dia x menggelenbung.. maybe sbb xperap kot.. lps canai terus goreng.. nak cuba smpai berjaya.. husband pun suka..=)
Kawan kite panggil roti kembung. Selalu kalau teringin nk mkn kena tunggu die buatkan, tak sangka senang sangat resepinya.. :)
belum buat sendiri. masa kecik2 dulu bonda buat tp tak tau nama dia puri
Masa kecik2 dulu ni la resepi pertama yg ayah saya ajar. Pertama kali buat sendiri masa darjah 2. Mmg gembira la bila tgk tepung tu gelembung dlm kuali
Suka sangat bila mak buat puri ni...tapi hari ni baru dapat tau nama dia puri. Suka bila makan panas2 cicah dengan kuah kari ataupun sardin. Sekali makan boleh habis smpi 4 ketul. Memang suka sgt2 puri ni. Thnx kak ita.
br je buat puri resepi k.ita ni u minum ptg td sbb ada leftover kari ayam..sedap..tq k.ita
1st time mkn masa dh kawen ngn asben...sedap...tp belum cuba utk buat sendiri...huhu...nak cuba nnt... hihi...tq atas resepi...
http://noraziah-ahmad.blogspot.com/?m=1
Rupanya sgt la sng buat puri.. dah try n menjadi. Thanx a lot
Salam kak ita, maaf saya nak bertanya, utk resipi ni, +- dpt berapa keping roti ye kak?
ALHAMDULILLAH..SAMPAI DI BLOG YANG CANTIK...
pertama kali saya makan ialah di Dubai..mmg rupa dan teksturnya mcm dalam gambar ni..tp saiz sebesar pinggan... anak sy yang susah nk makan tiba2 sangat suka makan puri... syukur sgt bila dpt jumpa resepi step by step dr puan.. boleh laa sy buat eksperimen utk anak sy
Slm sya dah cuba resepi Puri ni memang sedap . Tq kerana kongsi resepi ni
Sedap sesgat. Bahan sgt simple.Baru selesai buat.cicah Kari ayam. Tq azlita resepi anda tu.
Saya suka roti ni...adik selalu buat...kakaknya tak cukup sebab tu sampai blog ni...hahaha
assalamualaikum wbt.
Banyak resepi puri saya baca ada letak mauripan atau yis. Semalam dan sebelumnya saya buat menjadi. Elok naiknya dan sedap. Ni first time sy dapat resepi yg tak menggunakan yis. Inshaa Allah, bila2 nak try pulak. Terima kasih Puan Azlita yang sangat baik hati.
Saya nk cuba buat
Tq bagi resepi ni
Saya dah Cuba buat wow...amazing
Post a Comment