Salam ulang tahun ke 4 Masam Manis - masam manis f

Breaking

Oct 26, 2014

Salam ulang tahun ke 4 Masam Manis

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.. teristimewannya buat semua sahabat-sahabat ita di alam maya ni.. Semoga penghijrahan kita pada tahun ini membawa kita ke satu farsa baru dengan keimanan yang semakin utuh buat Dia yang satu. Semoga kita di berikan petunjuk.. di kuatkan lagi pegangan agama dan keimanan serta senantiasa di berikan kesihatan yang baik untuk senantiasa sihat melakukan ibadah dan meneruskan kehidupan seharian.

Alhamdulillah kita masih di berikan peluang sekali lagi untuk sama-sama menyambut kedatangan Maal Hijrah. Alhamdulillah juga kerana kita masih bernafas di bumi ciptaan Ilahi ini.. di kelilingi insan-insan yang di sayangi serta senantiasa di berikan kehidupan yang bahagia.

Sekali lagi ita panjatkan kesyukuran kerana tahun ini merupakan tahun yang ke 4 Masam Manis menyambut ulang tahunnya. Tak sangka pejam-celik-pejam celik telah 4 tahun masa berlalu. Rasa sangat teruja dan bersyukur kerana ulang tahun Masam Manis tahun ini berserta dengan kedatangan Maal Hijrah. Ita berharap penghijarahan kali ini membuatkan Masam Manis semakin matang menghadapai sepak terajang dalam dunia blogging yang ada pasang surutnya.

Adat kita dalam kehidupan.. ada masam manisnya.. begitu jugalah dengan dunia blog.  Yang manis sangat indah untuk di kenang.. yang masam pula walaupun menjeruk rasa.. di mamah-mamah.. di telan juga akhirnya.

Tahun ke empat yang juga berada pada 2014 merupakan satu cabaran yang cukup hebat buat Masam Manis. Pelbagai onak dan duri yang terpaksa di tempuh. Di lambung ombak dan badai hingga adakalanya terasa hampir karam di pukul gelombang. Tahun ke empat ini juga menjadikan ianya semakin matang.. semakin lali dan semakin berani.. Semoga tahun mendatang memberikan seribu sinar buat Masam Manis meneruskan kesinambungan dalam berkarya dan berkongsi rasa.

Tahun ke 4 ini juga buat julung kalinya Masam Manis mula menerima tempahan kek, yang pada mulanya dari rasa suka-suka akhirnya mendatangkan juga sedikit imbuhan buat Masam Manis. Terima kasih kepada semua yang masih setia.. kadang kala terasa sangat sayu bila diri ini amat-amat di hargai.. dan blog picican ini senantiasa di layari..

Ada ketikanya terasa sangat dukacita bilamana setiap perkongsian ini di salah tafsirkan.. di salah ertikan.. hingga mengundang perbalahan. Setiap perkongsian anggaplah ianya adalah satu anugerah daripada Allah.. mungkin Masam Manis hanyalah satu pemangkin yang menyampaikan setiap yang tersurat dan juga tersirat. Sentiasa bersangka baik dan senantiasa ingat setiap apa yang di sampaikan adalah satu amanah daripada Allah.. jika baik penerimaannya maka baiklah ia..

Ita melihat dunia blog masakan dari sudut yang berlainan kini.. Semakin ramai blogger baru yang muncul. Masing-masing semakin kreatif. Sangat suka dengan perkembangan terkini dunia blog masakkan. Rata-rata mereka cuba berkongsi dengan seikhlasnya. Gambar masakan yang di pamerkan juga semakin hebat! hingga ita rasa blog masakan kita kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan blogger masakan dari luar negara. Syabas dan tahniah ita ucapkan kepada semua blogger masakan. Sebenarnya itulah yang ita harapkan sewaktu mula-mula ita menapak dalam dunia blog.. ita berharap sangat supaya  blog masakkan tempatan boleh pergi jauh bukan hanya menjadi ayam sabung di gelanggang sendiri.

Harapan ita, semoga kita dapat bersaing secara sihat.. tiada rasa cemburu atau rasa iri hati. Untuk apa kita simpan segala rasa hasad.. memandangkan kita hanyalah blogger masakan.. tiada imbuhan atau habuan yang menanti.. hanya rasa keseronokan yang terisi di kala kita cuba mengisi masa senggang yang terluang. Di samping mengutip setiap pahala untuk bekalan kita di sana nanti.

Ita percaya jika kita senantiasa berfikiran positif dan menerima semuanya dengan ikhlas dan seadanya.. insyaallah.. setiap yang baik pasti ada ganjaran pahala yang menanti kita.

Akhir kalam dari ita dan Masam Manis, anggaplah setiap perkongsian di alam maya ini adalah satu ibadah. Setiap yang baik itu datang dari yang maha Kuasa..

Di kesempatan ini juga dan bersempena kedatangan Maal Hijrah, ita dengan rasa rendah diri.. menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai sepanjang ke udara di alam maya.. ada hati yang terluka.. ada kata-kata yang berbisa.. ada ungkapan yang tersasar.. ada gerak tubuh yang menjengkilkan.. ita sekali lagi menyusun sepuluh jari dari kejauhan.. agar semuanya di maafkan.. Manalah tahu jika tahun ini adalah tahun terakhir kita.. semoga kita semua sentiasa di berikan petunjuk dan senantiasa berada dalam redoNya..

Assalamualaikum.....




8 comments:

Fatimah Nabila said...

happy anniversary blog n salam maal hijrah kak azlita^^

Sue Izza said...

terima kasih banyak,blog ni bayak menjadi rujukan saya,selama ni silent reader,hari tergerak hati nak komen.selamat maju jaya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

happy birthday, MAsaM MaNis!!!

Nasa Mulia said...

Selamat Ulang tahun Masam Manis....ini blog picisan lagi tapi tempat rujukan bagi blog picisan...

Unknown said...

Tahniah dn selamat ulang tahun Masam Manis :-) dan salam maal hijrah untuk kak ita...

Pretty Sweets said...

Happy forth anniversary kak azlita... I adores & luv ur blog so much.. Selalu try resepi kak azlita sbb stiap kali kak ita update resepi sumenye menarik & terliur sy dbuatnye.. Hehe.. Keep up d good works!

Unknown said...

happy anniversary...saya suka tengok gambar2 n resipi di sini...mohon halalkan yerr...

hana thahirah said...

Assalamu'alaikum kak..sungguh senang hati membaca postingan kakak..selamat dan semoga apa yang kakak bagikan jadi amal jariyah amiin.

Post Top Ad

test