Sambal Belacan paling sedap! - masam manis f

Breaking

Oct 8, 2014

Sambal Belacan paling sedap!


Malam ni ita nak kongsi resepi sambal belacan paling sedap! Resepi ni ita ambil dari blog Hairul. Menurut Hairul resepi ini di kongsikan oleh kak Raja. Memang sedap sambal belacan ni. Caranya mudah dan ringkas. Apa yang menarik ita untuk mencuba kerana ia tidak menggunakan limau nipis atau limau kasturi, sebaliknya hanya menggunakan air asam dan cuka.



Suami ita memang pencinta sambal belacan. Kalau boleh hari-hari dia nak makan sambal belacan. Oleh kerana itu ita suka bertukar-tukar resepi agar tak bosan.

Tapi resepi kali ini benar-benar menyengat seleranya. Berselera sungguh dia menikmati hidangan makan tengahari kami. Kepada anda yang nak cuba atau nak rasa kelainan boleh lah mencuba. Terima kasih pada penyumbang resepi ^_^


SAMBAL BELACAN CUKA AIR ASAM
Resepi oleh : Kak Raja
Rjukan : Hairul

10 biji cili padi
2 biji cili merah ~ yg ni ita tambah sebab cili padi ita semua warna hijau, takut warnanya tak menarik pula.
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka ~ supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh guna lesung batu atau boleh guna blender kering
Enak di makan bersama asam pedas, lauk kari, sayur air atau masak lemak





16 comments:

Aziela said...

Aduhai Kak Ita, sedapnyaaaa nampak. Saya pun suka sangat sambal belacan. Lagi pedas, lagi sedap. Makan dengan sayur masak lemak putih atau labu masak lemak, ada pula ikan kembung goreng garing. Sedapnyaaa.

Saya rasa cabaran utama untuk sambal belacan ialah nak seimbangkan rasa masam, masin, pedas dan sedikit manis2.

Pn Zaidah Ahmad-Genius Kids House said...

sambal belacan .makan dgn apa pun sedap. pelengkap sajian

Pn Zaidah Ahmad-Genius Kids House said...

sambal belacan .makan dgn apa pun sedap. pelengkap sajian

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Sedapnya ☺

Unknown said...

dah cuba resepi ni..! saya suka! sedap sesangat!!! terima kasih kerana share ni resepi!😘

Unknown said...

Sedap tu .memang sesuai sangat makan sayur masak lemak putih ada ikan kembung goreng garing terbaiklah.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sedapnya tak terkata... suami dan anak enjoy the sambal dgn nasi goreng kampung. Memang best! Tq for sharing this fabulous recipe. ��

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tak payah goreng sambal tu lepas blended? Berapa nak letak bagi garam dan gula? 2cm belacan? Cm apa maksud?

pokerface said...

Cm= sentimeter

Unknown said...

Kak ita, sy dah Cuba. Sedap...

Marykay nurul farhana said...

Nk cuba la...sdp nye..

Diah Ngasri said...

Assalammualaikum kak - alhamdulillah, first time (3 hari lepas) saya buat terus jadi. Sekarang dah ulang 2 kali. Terima kasih kak! Saya dah share dengan kawan saya juga sebab resipi sambal belacan akak mudah!

Unknown said...

Salam kak ita,klu nk bt stu kilo sambal belacan,belacan bpe gram ye?,dan asam jawa bpe gram?

Post Top Ad

test