Waaaaa.... dengar nama aje pasti dah meleleh-leleh air liur kan.. Itu belum lagi merasa.. kalau lah dapat hirup sup hangat dan pekat malam-malam ni.. adoiii... pasti nikmat terasa..
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang sangat sedap! Mungkin ramai yang akan kata.. ala sup aje apalah yang sedap sangat... tapi... bila anda dah cuba baru tahu betapa sedapnya sup tulang ni.. tau! Bukan kata jangan pandang belakang aje.. toleh kiri kanan pun dah tak dan dah...
Resepi kali ini adalah hasil perkongsian sifu ita... siapa lagi kalau bukan Chef idaman mak cik-mak cik semalaya.. sampai ada yang nak jadikan menantu lagi.. amboiii... nasib baik chef ni dah berpunya tau..! beruntung jadi Chef kan.. jadi rebutan.. ^_^
Resepi ni dari Chef Amer, kalau sebut nama Chef Amer pasti semua akan kata woooooo.....
Ok resepi chef Amer memang dah terbukti kesedapannya.. ita kalau jumpa resepi chef pasti nak cuba.. kalau boleh semua ita nak buat dan nak rasa..
Bila chef kongsikan resepi sup tulang ni.. adoiii... tak sabar nak cuba. Kebetulan banyak dapat tulang korban kan.. cepat aje lah ita bertukang di dapur..
Masak sup ni tak susah.. senang aje.. cuma bahannya ada banyak sikit lah.. nak kena cari batang celery dan leek. Bagi yang tak kenal celery dan leek ita ada sertakan gambar untuk jadikan rujukan.. ada jual di pasar.. kalau kat kedai biasa rasa macam susah sikit lah sebab orang Melayu kita jarang guna.. selalu orang Cina atau bagi mereka yang masak masakan Thai.. mereka nilah yang selalu borong sayur ni..
Resepi asal chef masak untuk 40 kg tulang .. ya Allah... terduduk dengar.. banyaknya lah chef masak.. kalau dekat ita dah mengendeng semangkuk.. Ita dah olah resepi.. dari 40 kg kepada 1 kg tulang sahaja.. jadilah buat ita makan tiga beranak.. tapi jangan tak tau.. habis licin.. mula ita makan dengan nasi.. lepas tu dok makan dengan roti pulak.. wow! memang berbiso benorrrr....
Sup ini di makan juga bersama sambal kicap zahir tak terucap.. Allah... jiwang lah pulak chef ni.. tapi memang comfirm bila makan tak terucap lansung.. suami ita makan dok senyap aje tak berbunyik bunyik.... sedar-sedar dah tiga pingan nasi di tambah.. haha.. Terima kasih chef.. kongsikan resepi ini untuk suri rumah macam ita ni mencuba.. semoga bertambah berkilo-kilo lagi rezeki chef dan keluarga..
Pada rakan-rakan yang nak belajar masak.. boleh hubungi chef di SINI dan dapatkan jadual kelas chef yang senantiasa beroperasi di seluruh Malaysia..
SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.
1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan.
SAMBAL KICAP ZAHIR TAK TERUCAP
Resepi Oleh : Chef Amer
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC ita guna kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan
Satukan semua bahan dan kisar
Sedia di makan bersama sup tulang
Perghhhh... nama memang tak boleh bla... Ni belum rasa lagi.. kalau dah rasa memang tak terucap lagi lah kan...
Apa tunggu lagi.. sup dah siap.. sambal kicap pun dah siap.. tinggal tunggu ngap aje..
Sup ni pada ita tak kisah nak makan dengan apa pun sedap! dengan nasi ke.. dengan roti ke.. dengan mee ke.. atau nak makan dengan nasi himpit pun sedap!
Memang best resepi ni.. kalau ada daging korban lebih-lebih tu bolehlah cuba resepi ni...
20 comments:
Salam Kak Azlita,
Ini bukan lagi jangan pandang belakang. Makan sambil mata terpejam.. Aduh mouth watery dah :(
emm, gud resipi kak ita..dlm peti byk dging korbn..huhu..
As salam Ita. Pagi pagi dah tergoda dengan sup ni. Nampak gaya kena cari tulang juga lah
assalamualaikum ita...sedapnya tengok ...:)
Assalam kak ita.. amboi, nama resepi skrg makin mengancam hehe...
Terimakasih Ita share resepi ni....memang sedap, smua ahli keluarga saya suka...Alhamdulillah..
salam kakita, kalau buat sup ayam boleh guna resepi ni jugak tak? tq sifu
Sedap sguh kak ita walaupun sy cuma blend celery je and serbuk sup tu buat sendiri tumbuk halus kayu manis, jintan manis, putih, lada hitam, ketumbar... ni klu ikut resepi akak betul2 mesti lg sedap. Tq kak..
Sis ita nk tumpang tanya..sup bunjut x perlu letak ke..
Just guna rempahsup aje ye..
Blh cuba resepi ni nih nmpk sedap.
*leek tu y mn ye.cam daun bawang tu ke
Sup tulang tersedap. Sudah cuba untuk jamuan di pejabat. Aduh mabeles...terbaik. tq
Thanks kak azlita n chef amer for the recipe! Mintak halal ya!
marvellous!
nak try jugalah resepi ni. TQ kak ita share sini.
Walau dh durhaka tak letak leek namun tetap sedap. Rasa lain dr sup biasa. I am sure kalau letak leek lg refreshing rasa sup ni. Gotta try next time. Thank you!!
Kalau makan dgn bihun sup sesuai tak sup ni?
Kalau makan dgn bihun sup sesuai tak sup ni?
Assalamualaikum kak, seperti biasa (sebab saya pernah comment beberapa kali), saya akan comment bila saya dah cuba resepi. Memang sedap! Thank you kak untuk yang ntah keberapa kali! ;)
Nak cuba hari ni...
Salam kak ita, minta halalkan ilmu, tq
Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com
WHATSAPP : +6285921063064
BBM : SENTA88
LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM
AGEN POKER DAN DOMINO TERPERCAYA
AGEN JUDI ONLINE BERKUALITAS
AGEN POKER SANGAT AMAN TERPERCAYA
AGEN IDN PALING DIMINATI
BANDAR CEME TERPERCAYA TERBAIK
SENTA POKER
AGEN DOMINO TERAMAN DAN TERPERCAYA
BANDAR CAPSA YANG PALING AMAN
AGEN JUDI ONLINE PALING RAMAI
AGEN JUDI TERLARIS DAN DIMINATI
Post a Comment