APAM SUSU - masam manis f

Breaking

Nov 22, 2014

APAM SUSU


Hari-hari nampak rakan-rakan di FB dok tayang apam susu masing-masing. Gebu-gebu semuanya.. buatkan hati ni tak tertahan untuk mencuba. Ita memang suka makan apam, dan dah lama jugak ita tak mengapam.

Apam ni ita sediakan untuk minum petang kami hari ni. Bila hari hujan-hujan ni perut ni cepat aje lapar.. Kebetulan anak-anak dah mula bercuti, semakin sibuklah emaknya di dapur.


Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Adunan atau bater boleh dibuat dari tepung gandum atau tepung beras. Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.

Tahu tak, masa ita balik Kelantan baru-baru ni, ita ni kan jakun sikit bila ita nampak mereka makan apam dengan kuah. Kuahnya tu ada yang kuah manis dan ada yang kuah lemak. Pelik ita.. sebab biasanya ita hanya makan apam dengan kelapa parut aje.. bila nampak mereka makan dengan kuah tu.. rasa jakun ita pun datanglah.. ngeeee..


Apam berkuah merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, yang dimakan dinegeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, yang sesuai dimakan pada waktu petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam. Apam berkuah biasanya dimakan dengan mencicahnya kedalam kuah khas yang berempah. Antara bahan untuk membuat kuah dari pelbagai ikan jenis seperti selayang, kembung, sardin atau tuna dicampur dengan santan, gula, rempah dan lada hitam.

Tapi apam berkuah ni ita belum berani nak cuba.. sebab kuah lemaknya tu di buat dari ikan.. Ita rasa memang ita tak boleh makan kot.. Sebab tulah suami ita dan ibu mertua ita tak pernah belikan ita apam berkuah ni.. sebab mungkin mereka pun tahu ita tak akan boleh makan..


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi jenis apam. Apam ni boleh makan macam tu aje.. kalau nak makan dengan kelapa pun boleh jugak ni tapi apam tu kena maniskan lagi baru sedap makan dengan kelapa yang lemak masin.

Ada banyak resepi apam susu yang di kongsikan oleh rakan-rakan di FB. Kalai ni ita cuba resepi dari Sabrina Khan dan di kongsikan oleh Nana Aboy. Terima kasih ya kongsikan resepi.

Apam ni mudah aje nak membuatnya, bahan pun simple. Masa mengukus lebih kurang 40 minit aje. Kepada yang suka apam bolehlah cuba..


APAM SUSU

Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa


Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk



33 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Di FB sana sini tayang apam susu, sy yg tak minat apam pun jadi nak mencuba juga jadinya. Lagi2 bila jumpa resepinya di blog kak ita ni..

Fatimah Nabila said...

memang tringin lma dah nak buat apam susu..yum3..

Miss Sasu said...

sedapppp.

jenjalan sini dan follow.

Unknown said...

Gambar2 akak ni semua menggoda tau. Dari x minat terus jd bsemangat nak buat. Pg ni jugak saya nak buat. hehe

yati said...

memang sedap dan udah..saya pun dah cuba

Miz Markonah said...

Salam kak.....kalau saya nak bakar dlm oven blh x? Berapa suhu bakar n bape lama?

Yuyun said...

sedapnya...

Kak Zai said...

Salam kak...teringin nak try.Saya amik resepi dulu la.terima kasih kak.

Sweet red cherry said...

Assalam Kak ita..saya minta izin copy paste resepinya..

aliej said...

As salam..ita..Saya minta izin copy paste resipinye yek..tq

Unknown said...

Loyang 8 in yang bulat atau segi 4

Azlita Aziz said...

bulat boleh 4 segi pun boleh. Tapi yg akak guna kalau tgk gambar tu bulat

Unknown said...

Kak.... tumpang tanya telur gred ape ye.... or gred ape yg terbaik tuk buat apam ni...

Unknown said...

Kak ita..sy dah cuba resepi akak ni..tp nk tanya,knp apam sy agak keras dan mampat? Sy dh follow step by step..Kak..sila tunjuk ajar..

Unknown said...

Hrp² nie btol

~Anis said...

Tngh mngukus..hrp2 mnjdi

anon said...

Salam kak,tq sb share resepi,happy sgt2 bila 1st time wt apam nie menjadi,gebu,cntik n sdap sgt2,1 fmly puji n suka,t.ksh byk2 kak,smga akak skeluarga sntiasa drahmati allah,dberi kshatan yg baik n dmurahkn rezeki slalu,t.ksh kak

Unknown said...

A ahhh...baru cuba mengapam ptg td utk berbuka...ambil resepi dari fb tak ingat siapa yg empunya. Jadi cantik naiknya tapi kurang gebu...jenuh pikir mana yg salahnya...rupanya takde ltk minyak..tu psl kering...takdelah bantat cuma kurang gebu..

farah said...

Slm...sis...t.ksh sb share resepi ni...sy dah buat..dan menjadi..

Unknown said...

Baker suhu 170'c.. Baker selama 45 minits.. stay sehingga adunan tidak melekat pd Lidi.....k selamat mencuba....

Unknown said...

boleh tak kalau tidak guna overlate

Unknown said...

Wahh!!
Cantiknye..
BiLe tgk pom daa cantik mesti rasenye pom sodapp nehh"
Hihi..
Nk try buat..
Tp adunan tue xkne asingkn biLe Letak pewarne??
Sbb sbLom nie buat apam biLe nk Letak pewarna kne asingkn hingga 2-3 bekas..
Huhu

hayati suki said...

teringin sgt nak buat apam susu..dah lama jugak..belum berkesempatan. tgk blog sis ni, lagi laa ada rasa nak buat..hehe

Unknown said...

Mnx izin copy ye.. Tq

Unknown said...

Perasa tu guna ape kak

mama Ell said...

Salam... sy nk ty klu bako... texture apam tu x kering ke?

SYADASYUHADA OFFICIAL said...

boleh tahan berapa lama eh apam susu ni ? sehari ke ? ua hari ke ?

storyteller said...

Assalammualaikum sis..kalau buat dlm acuan cup cake berapa lama masa nak kukus?

storyteller said...

Assalammualaikum sis kalau letak dlm acuan cup cake berapa lama masa utk kukus?

Unknown said...

Assalam Kak Azlita,
Mohon Save resepi kue dan masakan yang ade kat blog kk ni ye.
Tqs

Unknown said...

Assalam, tq kak bg resepi, saya dah cuba buat hari ni, Alhamdulillah, menjadi dan sedap pula tu.Anak pula cuba mkn dgn ice cream, lg sedap, katanya.tq kak

Unknown said...

minta izin copy ye. lau x de mnyk jgung mnyk len pn blh ke sis

hayati suki said...

Yeahhh..ada yang mudah dibuat. Boleh try ni.. ;-)

Post Top Ad

test