Belajar membuat bunga Peony step by step - masam manis f

Breaking

Nov 9, 2014

Belajar membuat bunga Peony step by step



Assalamualaikum..
Seperti biasa hujung minggu ita cukup sibuk menyiapkan tempahan kek dari rakan-rakan. Bila tiba hujung tahun pasti ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang mengadakan majlis perkhawinan. Ada juga yang merebut hujung tahun untuk mengadakan majlis pertunangan, akikah mahupun berkhatan bagi anak lelaki yang sudah akil baligh.

Minggu ni ita menyiapkan tempahan kek 3 tier untuk sebuah majlis perkhawinan. Kek ini design dan deco adalah pilihan dari pengantin dan ibunya. Kek ni nampak simple tapi amat rumit juga nak menyiapkannya, terutamanya bila bab nak melekatkan manik dan membuat jaluran halus renda pada kek memang cukup rumit dan perlu banyak kesabaran.



Untuk mendeko kek ini sahaja ita terpaksa bangun seawal pukul 3 pagi dan kek ini siap sepenuhnya pad pukul 10 pagi. Alhamdulillah siap juga akhirnya...
Sebenarnya kek ni ita kena hantar pukul 10 30 pagi di Dewan Iskandar Maktab Sultan Abu bakar Johor. Bayangkan bila ita hanya dapat siapkan kek ini sepenuhnya pada pukul 10 pagi. Mujur tuan punya diri sangat bertimbang rasa dan beliau berikan ita siapkan dan hartar kek bila ianya siap sepenuhnya... Terima kasih Serina kerana faham situasi akak..

Ita ni kalau dah mula panik.. kelang kabut lah.. lebih-lebih lagi bila dekat masa nak kena hantar.. berpelu-peluh di buatnya. Akhirnya kek ini ita hantar pukul 11 pagi.
Terima kasih pada pengantin dan ibunya dan selamat pengantin baru ita ucapkan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. amin...


Ita banyak terima permintaan dari adik-adik terutamanya yang terlibat dalam bidang kulinari. Rata-rata email yang ita terima minta ita tunjukkan bagaimana kaedah untuk menyediakan sekuntum bunga peony yang besar untuk hiasan kek.

Sebenarnya kan adik-adik yang akak sayangi... akak ni pun bukan pandai sangat nak buat bunga-bunga ni.. maklumlah akak tiada pendidikan khusus dalam penyediaan kek. Tak pernah pergi belajar lansung untuk hiasan dekorasi kek. Kebanyakkannya akak hanya belajar dari pemerhatian.. rujukan dari buku yang akak beli dan juga pencarian di google.

Tapi walau macam manapun.. akak tunjukkan jugalah kaedah bagaimana akak membuat bunga peony  ni.. Tapi ini cara akak yang terlalu amatur ni ya.. kalau ada salah dan silap akak minta maaf banyak-banyak. Biasanya akak lebih selesa dengan cara akak.. mungkin tidak sama dengan cara pengajar-pengajar di luar sana.. Tapi ambillah mana yang baik sebagai rujukan.. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik memahirkan lagi kemahiran dalam mendekorasi kek adik-adik nanti.. di samping menambahkan lagi ilmu dalam bidang ini.

BUNGA PEONY 1

Mula-mula kita kena sediakan bahan-bahan yang kita perlukan dalam menghasilkan bunga poeny.

  • Acuan bunga Poeny ~ acuan ni boleh dapatkan dari kedai jual bahan kek atau boleh dapatkan secara online
  • Bola atau guli kecil daripada polisterin ~ bola ni cari saiz yang paling kecil. Ia boleh di dapati dari kedai jual stationary, kedai jual barang perkhawinan atau kedai hardware
  • Gumpaste secukupnya ~ bukan fondant ya..
  • Pewarna untuk mewarna gumpaste
  • Dawai halus untuk bunga saiz 26
  • Kertas bergam untuk lilitan pada  dawai ~ yang ni boleh dapatkan dari kedai jual bunga atau kedai jual barangan perkhawinan.
  • Span nipis
  • Alat untuk membentuk kelopak bunga ~ yang ni ada 2 ya satu bentuk kerang dan satu lagi bentuk guli tu.. tapi ita lupa nak letak dalam gambar. Yang ni ita tak tahulah apa namanya tapi kalau lihat dalam gambar kat bawah tu yang warna kuning tu.
  • Roller ~ untuk mencanai fondant
  • Gunting atau cutter ~ untuk potong ribon kertas atau potong dawai
  • Gum untuk fondant atau boleh guna air



Step 1

Mula-mula kita sediakan dahulu kudup bunga.
Untuk menghasilkan kudup bunga kita perlukan bola daripada polisterin ni dan dawai halus bersaiz 26. Ada juga yang menggunakan gumpaste untuk kudup bunga yang di bentuk menjadi guli dan di ikat pada dawai. Tapi masa untuk menyediakannya lebih lama kerana kita kena siapakan guli tu lebih awal, lekatkan pada dawai dan tunggu ia kering sepenuhnya yang mengambil masa 3 hari. Kemudian baru boleh buat kelopaknya. Masa yang di perlukan lebih lama.
Ada juga yang mengantikan kudup dalam tu dengan stigma bunga yang boleh di dapati dari kedai jual bahan bunga. Kaedah yang ni kalau ada masa nanti ita kongsikan pula ya.
Kali ni ita tunjukkan kaedah guna bola polisterin ni dahulu.

Ambil bola polisterin dan cucukkan tengahnya dengan dawai halus sampai tengah dawai
Kemudian, cucukkan pula lagi satu hujung dawai pada bola polisterin dan tarik hingga kemas.
Kemudian pintalkan lebihan dawai kemas. Ketepikan


Step 2

Ambil warna yang kita suka untuk bunga kita dan warnakan pada gumpaste
Uli warnanya rata
Kemudia canai tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Kalau guna mesin canai letak pada no 3
Kemudian kita terap dengan acuan poney yang paling kecil
Buat dalam 3 atau 4 kelopak, bergantung pada besar bola polisterin tadi.
Ambil alat yang ita kata bentuk kerang tadi dan bentukkan jaluran halus pada kelopak bunga.
Kalau anda ada alat khas untuk bentukkan urat-urat pada kelopak bunga dari silicon pun anda boleh gunakan. Macam ita... ita tak ada jadi ita guna spatula bentuk kerang ni.
Bila dah corakkan, ambil pula spatula yang berguli pula depannya. ( spatula inilah yang ita terlupa masukkan dalam gambar peralatan yang kita perlukan tadi )
Dengan spatula bentuk guli ni dan beralaskan span nipis ni kita bentukan kelopak tepi bunga dengan golek-golekkan hinga terbentuk kelopak bunga yang nipis. Buat untuk bahagian atas tepi kelopak sahaja.
Buatlah kesemua kelopak hingga habis
Kemudian ambil bola polisterin yang kita dah ikat dawai tadi dan sapukan dengan gum khas.
Kalau tak ada gum boleh guna air.Jjangan letak banyak sangat tau... nipis-nipis aje
Kemudian ambil kelopak yang kita dah bentukkan tadi dan tutupkan bola polisterin tu dengan kelopak bunga berselang seli. ( maksudnya satu atas satu bawah macam susunan kelopak bunga )
Tutup hingga tak nampak lagi bola polisterin. Ketepikan


Step 3

Dengan kaedah yang sama juga macam kita buat pada kelopak pertama.
Kali ini dengan acuan yang besar sikit dari acuan pertama tadi.
Buat 5 kelopak
Sama juga, bentukkan dengan kerang, buat kelopak dan nipiskan kelopak dengan spatula guli.
Kemudian ambil kudup pertama tadi, letakkan gum dan susun kelopak bunga berselang seli ( atas bawah ) hingga habis
Bila dah siap gantungkan macam dalam gambar dan biarkan ia kering sepenuhnya . Paling kurang 3 hari.
Sementara tu kita buat pula kelopak bunga yang lain


Step 4

Sama juga dengan kaedah step 2 dan step 3, cuma kali ni dengan acuan yang lebih besar sedikit. Atau acuan kelopak 3. Kaedah membuatnya semua sama. Untuk kelopak ni kita perlukan 7 kelopak.
Bila dah siap kelopak , ambil dawai ( dawai ni kita potong 3 ) kemudian cucukkan pada bawagian bawah kelopak sampit ke tengah kelopak.
Sebab tu ita kata kelopak ni tak boleh terlalu nipis masa mencanai kalau nipis susah kita nak cucukkan dawai ni nanti. Tapi jangan tebal sangat sebab nanti tak cantik pula kelopak bunga kita selain ia mudah retak-retak.
Bila dah siap letakkan tangkai susun dalam tempat telur ( yang baru boleh dapatkan dari kilang membuat kotak ) supaya terbentuk kelopaknya.

Kemudian kita buat pula kelopak seterusnya yang paling besar. Kelopak yang paling besar ni pula kita perlukan 9 kelopak bunga.
Kaedah membuatnya sama juga seperti kaedah membuat kelopak yang yang atas. Bila dah siap letakkan dawai kemudian susun dalam bekas telur ( ini sebagai contoh untuk mudah adik-adik faham, adik-adik boleh guna bekas yang sewaktu dengannya seperti bekas buah, bekas telur plastik atau boleh juga buat sendiri dengan aluminium foil)  dan keringkan paling kurang 3 hari. Paling baik 1 minggu.

Ingat ia
Acuan kelopak 1 ~ 3 atau 4 kelopak
Acuan kelopak 2 ~ 5 kelopak
Acuan kelopak 3 ~ 7 kelopak
Acuan kelopak 4 ~ 9 kelopak


Inilah kelopak yang telah kita keringkan selepas 1 minggu. Sekarang kita nak mulakan pula proses membuat bunga.
Jom kita mulakan


Step 5

Ambil kudup bunga tadi yang telah kering sepenuhnya ( selama 1 minggu di keringkan )
Kemudian susunkan kelopak bunga 7 kelopak yang kita dah sediakan lebih awal ( selama 1 minggu di keringkan )
Susun berselang seli
Setiap satu tangkai kelopak  lekatkan dengan ribon lilitan bunga yang bergaum ni.
Lilit sampai habis 7 kelopak
Kemudian cantumkan pula dengan 9 kelopak pula, sama juga berselang seli hingga terbentuk 1 kumtum bunga poney yang besar.
Lilit sampai habis hujung dawai. Potong hujung dawai yang lebih.


Dah pun siap bunga peony kita ni.
Jika adik-adik nak hiaskan kek dengan bunga peony ni, adik-adik perlu siapkan bunga ini 1 minggu awal sebelum adik-adik nak letakkan atas kek. Kelopak bunga peony ni perlu betul-betul kering barulah mudah kita nak susunya nanti.
Bunga kita dah pun siap 
Bolehlah kita hiaskan atas kek kita nanti.
Kepada adik-adik akak.. selamat mencuba!






11 comments:

ummiaisyah said...

tq..tq..tq.. sudi kongsi ilmu..smg semakin murah rezki..sihat selalu

Ell Joella said...

Terima kasih k.ita..sgt2 membantu stepbystep peony ni.. Blh la nt nk try buat.. Tgh gigih nk salut kek dgn fondant masih terkial2 lagi ni..huhu

Unknown said...

terima kasih kak ita.. memang terbaekk

Unknown said...

Ngaaaa..terlopong mulut..Cantiknya kek tu..dn bunga tu..mcm real je..rajinnye k.ita ni..tiup skit mood rajin tu kt saya..fuhh fuhh mai sini..hihihi..
Thanx k.ita..sungguh2 k.ita bg ilmu..xloket..semuanya diterangkn dgn jelas..moga berpnjgn phalanya..amin..sayang k.ita..:-)

WanShila said...

Amazing! Kagum sy dgn kegigihan kak ita. Keep it up kak ita!

Unknown said...

Wahhhhhh...kagumnya tgk kak ita..kan seronok kalau sy pun ada tgn sehalus & seseni kak ita..

fazianbatrisyia said...

sy suka kek dgn hiasan yg minima. Nampak mewah, elegen, profesional

Unknown said...

Xpuas tgok..ari2 nk tgok..arini tgok lg..ni klu k.ita bg kek kt sya ni maunye xmkn.xtido..nengok je kek tu..tv pun xlyan dh..hihihi..cantiknyr..mesti diorang tu xsampak hati nk potong kek ni..aisyhh bg sya je la..hihihi

AdanyaKauUntukku said...

salam kak ita
tumpang tanya....
selepas seminggu di keringkan tu
bunga tu akan jadi keras kannn...
possibility untuk patah tu..tinggi tak

sorry kak..soalan bodoh pulak

Unknown said...

Thanks a bunch kak ita step by step nya..sangat jelas akak jelaskan semua tu... barulah saya tau pasal bunga tu harus keringkan 1 munggu...salut sama akak...temoahan keik nya bagus2 semua...

Unknown said...

Thank you so much for your willingness to share. I've learnt so much from your blog. Hopefully I will have time to try out this peony. Once again, appreciate your generosity. Wish you well and good business.

Post Top Ad

test