Ikan Bakar Cara Protugis - masam manis f

Breaking

Nov 10, 2014

Ikan Bakar Cara Protugis


Ikan bakar cara Protugis pernah popular di kalangan para blogger masakan. Cuma ita sahaja yang belum berkesempatan untuk mencuba pada ketika itu. Resepi ikan bakar yang di katakan sangat enak dan cukup beraroma ini telah di cuba ramai. Ada yang menyatakan resepi asal milik Chef Wan dan tak kurang juga yang tidak menyatakan dari mana resepi asal mereka perolehi. Tapi bila ita tengok pada resepi, sukatan dan cara penyediaan yang sama, sudah pastilah ianya dari satu sumber yang sama... cuma tak dinyatakan sahaja.
Setelah puas ita google dan mencari akhirnya ita temui pemilik resepi yang pernah kongsikan resepi ini di dalam blognya  Jom Masak-masak yang di siarkan pada 21 July 2005. Kira-kira hampir 10 tahun yang lalu kan.. Terima kasih kepada tuan empunya resepi yang sudi kongsikan untuk di cuba oleh rakan-rakan yang lain.

Menurut pemilik blog Jom Masak-masak, resepi ini adalah milik sahabat beliau yang berbangsa Serani. Beliau juga tidak pasti nama pemilik sebenar resepi ini. Walau bagaimanapun sekali lagi jutaan terima kasih kerana sudi kongsikan resepi yang telah menjadi darah daging sebahagian peminat dunia masakkan.


Resepi ni penyediaannya cukup mudah. Bahan pun tak sukar mana..
Apa yang istimewanya kerana ia menggunakan minyak bawang putih yang membuatkan ianya lain daripada resepi ikan bakar yang lain.

Rasanya juga sedap, enak dan penuh aroma yang membangkitkan selera. Kalau dapat makan dengan nasi putih pun sudah memadai memandangkan ianya juga mempunyai rempah ratusnya di samping keenakan isi ikan yang telah di perap dan dibakar bersama rempah ratusnya.

Kepada yang sukakan masakan yang mudah dan simple.. apa tunggu lagi..



IKAN BAKAR CARA PROTUGIS
Resepi Oleh : Jennifer atau Gertrude
Rujukan : Jom Masak-Masak

1 ekor ikan siakap
6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut di hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus ikan


Bahan Kisar
10 tangkai ciili kering ~ rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inc lengkuas


Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih.
Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih. Kemudian kita ketuk biar dia pecah.
Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi
Tumis hingga harum dan bawang putih garing.
Tutup api dan biarkan sejuk


Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering.
Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa
Letakkan ikan di atas kertas aluminium
Salutkan dengan bahan kisar hingga rata
Tuangkan minyak bawang putih di atasnya
Taburkan hirisan daun lumau purut
Bungkus ikan kemas
Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna
Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang
Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat







5 comments:

dokterFaryn said...

Sedapnyeeeeee.. Kecurrrrrrr :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak Ita.. wahhhh.. akhirnya jumpa juga dengan pemilik asal resepi ini, kan.. sy belum pernah cuba lagi.. teringinlah pulak.. tergoda tengok gambar Kak Ita ni.. hihi. Lagipun husbnd sy mmg peminat setia ikan siakap..

fazianbatrisyia said...

nasib baik dah cuba...sempat jugak la masak ni blk keje sbb simple....sedap kan kak ita...

Gee® said...

Wow...

Unknown said...

Boleh cuba ni..

Post Top Ad

test