Jus Tembikai Lemon - masam manis f

Breaking

Nov 24, 2014

Jus Tembikai Lemon


Ita pasti ramai yang suka makan buah tembikai. Warnanya yang menarik dan jusnya yang manis adalah antara penyejuk dan penyaman tekak ketika berhadapan dengan cuaca yang panas dan terik. Tahukan anda terdapat banyak khasiat bila kita memakan buah tembikai.


Hari ini ita ingin kongsikan kebaikan dan khasiat buat tembikai.. bukan sahaja dari segi kesihatan tetapi juga untuk kecantikkan. Ianya adalah rujukan ita melalui pembacaan ita di beberapa blog.

Ibnu Abas berkata :
"Makanlah buah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan, ianya makanan , minuman kepada peransang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit"

Suatu hari telah di hadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda :
"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi, jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga"

Rujukan : http://www.inikalilah.org/2013/08/bongkar-rahsia-khasiat-buah-tembikai.html


Oleh kerana tembikai mengandungi 93 % air, tembikai menjadi buah kegemaran yang serasi untuk kulit. Pelbagai nutrisi dan vitamin di dalamnya bermanfaat untuk merawat kulit serta mencegah penuaan. Selain itu, tembikai juga boleh menjadi pelembap semulajadi yang dapat melembab, melindungi kulit dari sinar matahari serta menyegarkan.

Jadi, sudah tahu bagaimana tembikai memberi kesan yang baik kepada kulit? Mari lihat cara memanfaatkan buah ini untuk kecantikan kulit anda.

Meremajakan kulit
Untuk meremajakan kulit, ambil 100 gram isi buah tembikai, kemudian hancurkan. Sapukannya sebagai masker pada seluruh wajah sehingga wajah berasa lebih dingin, segar dan lembab. Kesan masker tembikai ini mampu membersihkan debu dan kotoran hingga ke dalam pori-pori.

Melembutkan kulit
Untuk melembutkan kulit, ambil 100 gram isi buah tembikai, campur dengan 1 sudu makan yogurt. Sapukannya pada wajah serta leher dan biarkankan selama 10 minit. Bilas dengan air sejuk. Cara ini berfungsi untuk mengembalikan kelembaban kulit. Manakala yogurt dapat melembutkannya dengan menyerap jauh ke dalam kulit. Kulit akan menjadi lebih lembut serta bersinar.

Mengatasi kedutan di wajah
Tembikai juga kaya dengan kandungan antioksidan. Oleh itu ia dapat membantu mencegah kerosakan kulit serta mengatasi kedutan di wajah. Caranya adalah dengan mencampurkan 100 gram isi buah tembikai dengan avocado yang telah dihancurkan. Gaulkan hingga sebati kemudian sapukan pada seluruh wajah sebagai masker.Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam, kemudian akhiri proses dengan meletakkan ais ke seluruh wajah.

Menghilangkan noda hitam di wajah
Sebagai scrub, tembikai juga bertindak mengatasi noda hitam di wajah. Caranya adalah dengan mencampurkan 100 gram isi buah tembikai dengan 2 susu makan garam. Kemudian scrub dan urut muka dengan gerakan membulat. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas, dan rasakan kulit yang lebih bersih dan bersinar. Selain menjadikannya sebagai masker, tembikai juga enak dinikmati sebagai potongan buah segar dan jus. Tidak susah untuk mengembalika kecantikan kulit dengan cara semulajadi yang menyenangkan dengan menggunakan bahan-bahan di sekitar anda.

Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


Setelah kita ketahui rahsia buah tembikai, ita nak kongsikan pula khasiat buah lemon yang menakjubkan dalam kecantikan dan kesihatan. Jom kita sama-sama dapatkan info dari perkongsian ini..

1. Membersihkan kulit
Salah satu alasan yang meyakinkan untuk minum air lemon adalah dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Air sendiri dapat membantu membuang racun, tetapi vitamin C dalam lemon membantu pembersihan racun dari darah kita untuk menghilangkan noda dan mengurangi garis-garis halus dan kerutan diwajah.

2. Menyeimbangkan pH Anda
Air lemon dapat menyeimbangkan pH dalam tubuh Anda. Memang lemon rasanya sangat masam, tetapi ia benar-benar memiliki efek yang menakjubkan pada tubuh kita. Menjaga pH tubuh seimbang mencegah munculnya virus dan bakteria jahat di tubuh.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Manfaat lain dari air lemon diyakni membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita. Kalium dalam jus lemon membantu mengontrol tekanan darah, merangsang fungsi otak dan saraf dan vitamin C membantu melawan pilek. Jika Anda  sakit, cobalah perahjan  jus lemon yang ditambah satu sudu  madu.

4. Menurunkan berat badan
Air lemon juga membantu dalam penurunan berat badan. Mengamalkan meminum jus lemon setiap hari di katakan bisa menutunkan berat badan. Disamping itu, minum air lemon membantu meningkatkan metabolisme anda.

5. Menenangkan perut dari alkohol ( bagi yang bukan Islam )
Secangkir air lemon hangat dapat membantu menenangkan perut anda, setelah meminum alkohol. Minum air lemon hangat dapat bertindak sebagai antiseptik dan membantu detoksifikasi sistem anda dari semua minuman keras itu!

6. Menyegarkan napas
Kita sekarang tahu bahwa air lemon memiliki banyak manfaat dan salah satu keuntungan lainnya adalah membantu menyegarkan napas kita! Ini benar-benar efektif untuk saat anda ingin menyegarkan napas anda setelah menyantap makanan pedas atau sesudah merokok. Semua hal ini dapat mengeringkan mulut anda, yang dapat menyebabkan napas yang kurang enak baunya, maka jangan lupa untuk minum air lemon.

7. Meningkatkan fungsi sistem otak
Salah satu dari efek yang mengesankan minum air lemon adalah bahwa hal itu mengandung banyak kalium. Rendahnya tingkat kalium berhubungan dengan depresi, sifat pelupa, kecemasan, dan melemahnya fungsi sistem otak.

8. Membantu masalah pernapasan
Jika Anda mengalami masalah pernapasan seperti infeksi atau asma, air lemon merupakan minuman yang ideal untuk Anda! Air ini memiliki sifat anti bakteri dan membantu menyingkirkan infeksi dada serta mengurangi batuk. Air lemon juga dikatakan sebagai obat alami untuk membantu alergi karena membantu menjaga tubuh lebih seimbang.
Air lemon memiliki beberapa manfaat yang fantastis. Sangat mudah untuk membuatnya, selain itu murah dan lazat

Rujukan : Informasi dan Tips Seputar Perawatan Kulit dan Kecantikkan

 
Meminum jus tembikai dan di perahkan sedikit jus lemon adalah detox yang terbaik untuk tubuh anda.




5 comments:

CIKU said...

wow merahnya..ciku baru lepas buat jus tembikai dan jus nenas..disebabkan tembikai ciku beli tak manis so ciku campurkan je kedua dua buah tu..hihi..sedap gak.Jus tembikai plus nenas.hihi

Eny Abdullah said...

wah tak boleh imagine rasa gabungan lemon dan tembikai... semestinya sedap.. nanti nak cuba jugak...

http://enyyusnizar.blogspot.com/

sumysya said...

info yg bagus sgt...LIKE

Unknown said...

As salam..Baru tau khasiat tembikai..boleh la cuba detox dgn tembikai pula

Anonymous said...

Tolong quote Sumber hadis ...sila berhati2

Post Top Ad

test