Kek Bakul Putih 3 Tingkat - masam manis f

Breaking

Nov 1, 2014

Kek Bakul Putih 3 Tingkat


Satu lagi kek yang ingin ita kongsikan untuk hari ini. Kali ni kek weading tiga tingkat pula. Sebenarnya kek ni dah lama dah sebelum ita bercuti emergency tempoh hari.  Kek untuk sebuah majlis perkhawinan.

Sebenarnya ita tak sempat nak ambil gambar kek ni tau! sebab masa tu dah kelang kabut nak mengejar masa. Tahulah kan buat kek bunga dari buttercream ni memang banyak masa kita perlukan. Ialah nak fikir bancuhan warna yang sepadan, nak buat jalinan bakul tu lagi.. nak buat kuntuman bunga yang pelbagai.. memang mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi keknya tiga ketul pula.. lagilah kelang kabut menyiapkannya.



Kerana kelang kabut tu hingga ita terlupa nak snap gambar. Ini pun beberapa keping gambar yang sempat di snap curi-curi dalam mengejar masa.


Kek ni dalamya kalau tak silap ita lah kan.. ni ingat-ingat lupa ni.. maklumlah dah lama dah kan.. mak cik ni pun dah makin pelupa sekarang.. ngee.. ^_^
Kek tiga tingkat seingat ita yang atas sekali dalamnya kek strawberry , layer dengan krim strawberry. Yang tengah kalau tak silap red velvet dengan cream cheese frosting. Dan yang bawah tu choc moist dilapisi krim coklat.
Semua kek di coating dengan buttercream. Kek ni kek bakul atry cake. Kek dengan hiansan bunga pelbagai di atasnya. Tiada tema khusus dari tuan empunya badan.. cuma inginkan bakul berwarna putih dan bunga dari tone warna yang lembut.


Kepada yang berhajat untuk membuat tempahan . Boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179.
Tempahan hanya untuk sekitar Johor Bahru sahaja.
Tempahan perlu di buat 1 bulan awal.




 

7 comments:

Hanis Amanina said...

sayangnya nak potong kek ni T_T
cantik!

Hanis Amanina said...

sayangnya nak potong kek ni T_T
cantik!

Pretty Sweets said...

Masyaallah... Cantik sgt bunga2 pd kek tu.. K.azlita mmg creative & talented bab baking .. Sy puji sgt & kagum dgn hasil tgn k.azlita.. Teringin sgt nk merasa kek air tgn k.azlita tp Sy org KL T_T

MH08 said...

Ya Allah. Cantiknya kak. Sangat teruja. Mcm bakul bunga hidup. :)

Unknown said...

cantik betul kek nie...

Dzurliza said...

cantiknya....
www.dzurliza-cantikcantik.blogspot.com

Mummy Hana said...

cantik sgt kek nih..kalau saya mesti sayang nak potong..

Post Top Ad

test