Kek Minyak lembut dan mulus hasilnya.. sedap! - masam manis f

Breaking

Nov 29, 2014

Kek Minyak lembut dan mulus hasilnya.. sedap!




Kek Minyak.. Ramai kawan-kawan yang dah buat kan..?
Ita baru berkesempatan nak membuat kek ni.. Kek yang menjadi fenomena di alam maya. Rata-rata ramai yang memuji akan kesedapan.. keenakkan.. kegebuan.. dan kehalusan kek yang satu ini.

Kek minyak?
Biasa kek di buat menggunakan minyak.. ianya bukanlah satu yang pelik..
Kek menggunakan minyak biasanya lebih lembut terutamanya bila di letakkan susu pekat semakin lembab dan mulus hasilnya.

Rasa kek jika menggunakan minyak dan menggunakan butter ada kelainannya.. Kalau kek butter ia lebih harum.. dan lebih lemak. Jika menggunakan minyak pula kek tidak terlalu muak bila di nikmati.



Berbalik kepada kek minyak ini, kek ini sangat enak.. rasanya tidak terlalu manis pada tekak italah kan.. bagi mereka yang menjaga kesihatan, bolehlah kurangkan gula, kerana kita sedia makhlum kek ini juga menggunakan susu pekat manis yang banyak.

Ada banyak versi kek minyak, ada yang di kukus.. ada yang di bakar.. tak kurang juga versi mereka yang senantiasa menjaga kesihatan iaitu kek minyak tanpa telur.
Kali ini ita cuba versi bakar dahulu yang di kongsikan oleh Kemma81 di My Resepi. Terima kasih pada tuan empunya resepi.. sedap kek yang awak kongsikan..




Oleh kerana ita ni hari-hari mengadap kek.. kadang bau harum kek buatkan ita pening kepala. Ita jadi muak bila terbau harum kek. Tapi bila ita sediakan kek ini tadi.. semerbak baunya cukup menusuk ke hidung.. Banyak juga ita makan kek ini.. memang sedap rasanya.. lembut.. enak.. tak muak.. mulus sahaja  dan juga lembab..

Kepada anda yang belum mencuba.. ita cadangkan supaya anda juga cuba.. dan nikmati hasilnya bersama keluarga tercinta.. Sebagai hidangan minum petang atau juga untuk meraikan sahabat handai..
Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas.. apa tunggu lagi.. tak kan nak di tengok sahaja..


KEK MINYAK
Resepi Oleh : Kemma81
Rujukan : My Resepi 



5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.








22 comments:

Mrs.Leela said...

Looks yum... Versi ini boleh kukus ke kak ita?

fazianbatrisyia said...

Menarik warnanya...

Unknown said...

salam kak ita...
nak tanya lah...
sebenarnya ovallate tu utk ape?
dan kalau tak digunakan boleh?
sebab setahu sy,ovallate ni ada yang tak halal...
dan boleh tak kak ita share mana nak cari dan macam mana nak tau ovallate yang dijamin halal untuk digunakan.
terima kasih kak :)

IeRA said...

Salam

Tergoda tengok ni!!!

IeRA said...

Salam..

Memang tergoda tengok!!

Unknown said...

wahh nmpak sedap terliur pulak

Unknown said...

Akak da try ke buat versi kukus? Nak try jugak akak kalau kukus pun mjadi juga

Unknown said...

Boleh ke nak kukus?

greenthuffah said...

Sedap nyer ,nak cuba

Unknown said...

Nape bila pas msk klu x kuarkn dr oven cept2 dia akn mengecut? Kdng tu mendap kt tgh2? Permkaan dia ada biji2
Satu lg ps msukkn tepung dia akn turun blik nape ye

Unknown said...

Terima kasih sangat atas perkongsian, saya dah cuba dan hasilnya mashaAllah! Sedap sgt2 mcm beli kat kedai.. Hehee.. Anak2 pun suka.. :D

adyani's said...

Dah try buat...sedap..menjadi....sy suka mkn masa panas2

Unknown said...

Share ye..tq :-)

azie fairus said...

Sb terlalu lama mix😉😉😉😉

Unknown said...

Thax..sedap mudah..n kesukaan budk2

shellysuhana said...

Assalamualaikum kak ita... Kalau pakai tepung kek boleh tak... Hihi tepung ni je ade kat rumah.. malas plak nk g kedai...

Unknown said...

Salam..cntiknya kek kak ita..nnti ada msa nak try jgak..makasi resepinya..😊

umminani said...

Terima kasih share resepi yg ringkas dan sedapp.

ella said...

Nyumm

Hamzah Suleiman said...

Saya dah buat, cuma gula saya jdkan stgh cawan jer... then saya tambah choc rice... dan sunquick... hhhmmm... sdp sgt.... saya kukus je...

Aidha Shopz said...

Maaf kalau boleh tanya, di kukus berapa lama?

Unknown said...

Telur gred B brp biji guna untuk kek minyak

Post Top Ad

test