Hari Jumaat yang barakah.. Sekarang dah mula masuk musim tengkujuh. Bila musim tengkujuh ni masalah utama suri rumah adalah pada pakaian yang di jemuran yang tak kering-kering. Penuhlah rumah dengan ampaian, dan pakaian yang bergantungan..
Bagi para ibu, tak lama lagi dah mula masuk musim cuti sekolah. Mungkin ada sesetengah sekolah yang anak-anak dah mula bercuti dari minggu lepas lagi.. Ingat ya.. musim cuti sekolah bersekali dengan musim tengkujuh.. jadi ibu-ibu jangan terlalu leka.. senantiasa perhatikan di mana anak-anak anda berada.. terutamanya anak-anak kecil. Jangan biarkan mereka bermain di tepi sungai, longkang atau parit besar. Malang tidak berbau.. cegah sebelum parah dan beringat sebelum terkena.. agar tidak menyesal di kemudian hari..
Pagi ni bersaran dengan nasi lemak dan sambal sotong kering. Kebetulan hari tu masa pergi pasar nampak banyak sotong kering jual di pasar, cantik aje dia susun atas rak tu.. Suami ita pun apalagi.. terus ambil beberapa keping dan letak dalam bag plastik.. " balik buatkan sambal sotong ya.." katanya.. sambil mengecap air liur.. mungkin terbayang akan sotong kering yang berenang dalam lautan sambal... dan di makan pula bersama nasi lemak.. harum mewangi.. pergh...!
Sambal sotong makan bersama nasi lemak pandan.. wah.. baunya sahaja dah buatkan anak ita Dalili beberapa kali mengulang ke dapur. Sepinggan.. sepinggan nasi bertambah.. Kuat jugak Dalili ni makan.. tak padan dengan tubuh yang kecil molek tu.. Masuk ni dah tiga kali nasi di tambah ke pinggan.. berselera nampaknya dia menikmati makanan yang simple pagi ni..
Suami ita tak usah cerita lagi lah.. memang dah mengidam dari pasar lagi.. Sambal sotong yang ita masak habis licin tak bersisa.. Alhamdulillah.. hilang rasa penat memasak setiap kali melihat suami dan anak-anak menikmatinya dengan cukup berselera sekali...
NASI LEMAK PANDAN
2 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 helai daun pandan di potong kecil dan kisar bersama 1/2 cawan air, tapis ambil airnya sahaja.
1 batang serai ~ di titik
1 helai daun pandan ~ di simpul
1/2 sedu teh halba
secubit garam
3 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih di hiris
sedikit mentega ~ untuk menumis
sedikit pewarna hijau
Seperti biasa ita akan masak nasi menggunakan rice cooker.
Cairkan 1 sudu butter dan kemudian tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
Masukkan air , air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan
Biarkan ia didih
Masukkan beras dan garam, kacau rata
Tanak nasi seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
8 keping sotong kering ~ rendam lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar ~ potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
10 ~ 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Sotong di rebus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing, harum dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
Kemudian masukkan sotong dan bawang besar
Kacau rata
Bila dah merenih bolehlah di hidangkan bersama nasi lemak
10 comments:
Sedapnya...
sedap nyer kak..
Di hari jumaat yg terpaksa bekerja ni, membuatkan perutku berkeroncong dengan resepi sambal kak ita ni..Untung la klu dapat isteri cam akak kan..pandai masak lagi..hihi
AKU DAN KAMU: MAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL
lapaq.... !
emm, kecuq aiq liuq ni kak ita..
wahhh...menariknya nasik lemak pandan ni...nak cuba lah satu hari nanti :)
Sedapnyeee sambal sotong dan nasi lemak pandan. cantik je nasi tu http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/ayam-halia-goreng-crispy.html
Terbaik lah Ita..
Kak mia dah cuba semalam..
resepi nasi lemak terlazat yang pernah kak mia masak..
family semua happy..
resepi Ita tak pernah mengecewakan..
Macam mana lembutkan sotong supaya tak liat? Mcm org buat kat kenduri..
Macam mana lembutkan sotong supaya tak liat? Mcm kat kenduri kawin tu..
Post a Comment