Semalam ita cukup sibuk siapkan tempahan kek. Ada beberapa biji kek yang ita harus siapkan figurinnya. Bila ita kena buat figurine, ita kena ambil masa yang lama untuk siapkan. Kena fokus dan kena tenang.. kalau fikiran bercelaru.. ita memang tak boleh fokus.
Pada sebelah paginya.. ada sedikit ganguan pada blog ita, Entah kenapa bila nak bukak tak boleh " page not found " tertera pada skrin komputer.. Down jugaklah rasa.. sebab rasanya dah banyak kali blog ita kena macam tu.. Mungkin sebab server.. ita pun tak tahu.. atau sebab spam.. atau komputer dah ada virus.. entahlah.. macam-macam yang ita fikirkan.. Tapi ita dah bertekad dah.. kali ni.. kalau blog ita tak dapat dijumpai.. maka berakhirlah tugasan ita sebagai blogger masakan.. bukan kecewa... tapi terasa sangat penat.. mau tak penatnya.. hasil kerja yang ita kumpul untuk anak-anak jadikan rujukan hilang macam tu aje.. Mungkin ita akan fikirkan untuk bukukan blog ita ni.. untuk rujukan anak cucu nanti..
Di sebabkan ita sibuk, hari ni ita masak yang simple aje.. paling simple.. bayam masak tumis air. Ita goreng ikan selar papan dan buat sambal pelam.. sesekali makan simple macam ni.. bertambah-tambah jugak makan.. kena pula dengan ikan goreng selar papan yang manis dan lembut isinya.. di sulam pula dengan sambal pelam.. adoiii... memang tak boleh nak angkat punggung lah..
Ikan selar papan ni kalau di Johor ni mahalnyalah aiii... dahlah mahal payah pulak nak dapat. Hari tu masa ita balik Kota bahru, mak mertua ita goreng ikan selar papan.. sedapnya lah makan ikan yang segar.. harga pun tak lah mahal sangat RM 10.00 sahaja sekilo di sana.. di Johor Bahru ni.. ita beli selar papan RM 22.00 sekilo.. separuh beza harganya.. tapi sebab ikan ni sedap.. beli jugak lah.. Adik-adik kenal tak ikan selar papan?
Kalau di Johor ni kalau kita pergi pasar banyak ikan selar hijau. Selar hijau bersaiz macam ikan kembung, tapi dia ada line hijau di badannya. Lagi satu selar kuning.. selar kuning ni dia agak kecil dan nipis. Biasa sedap kalau masak singgang. Selar papan lebih lebar badannya dan nipis sikit. Dagingnya lebih halus berbanding dengan selar hijau yang agak kasar dagingnya. Ada sesetengah negeri, tempat dan daerah gelaran untuk ikan ini turut berbeza mengikut lorat daerah atau negeri masng-masing. Ikan selar papan ni ita goreng dengan kunyit dan garam aje...
Tahu tak macam mana nak siang ikan. Bagi adik-adik yang baru mendirikan rumah tangga, mungkin ada di kalangannya yang mungkin tidak pernah masuk dapur sebelum ni.. pasti perkara pertama yang terfikir bila nak masak, adoiii... macam mana nak siang ikan. Tak usah bimbang dik.. sekarang ni sangat mudah.. tak macam masa zaman kak ita dulu.. kena belajar macam mana nak siang ikan. Sekarang ni bila beli ikan di pasar, terus suruh penjual tu siap-siap siang ikan sekali.. mereka pun suka kerana segala isi perut ikan itu mereka kitar semula untuk buat baja kompos. Kita pun tak payah nak bersinsing lengan menyiang ikan di dapur. Ia juga mengelakkan rumah kita di hurung lalat dan langau.
Berbalik pada menu simple kita hari ni iaitu sayur bayam tumis air. Sayur bayam ni biasa orang masak samaada tumis air atau goreng. Itu setakat yang ita tahulah kan.. yang biasa ita lihat dan yang biasa di masak oleh emak ita dan juga ibu mertua. Tak tahu pula kalau ada menu lain yang special untuk sayur bayam.
Sebelum ni ita pernah kongsikan di SINI sayur bayam merah tumis air juga. Tapi ramai juga yang kata.. " kak ita salah lah itu bukan bayam merah tapi bayam biasa.." tak pe lah.. mungkin ita silap.. tak kenal jenis sayur.. Tapi sebenarnya mereka yang komen tu tak baca N3 ita tu..di blog, dia tengok gambar ita pos di fb terus komen.. Selalu ita memang malas nak berbalas komen sebab dah tahu dan faham sangat dengan sikap sesetengah manusia di alam maya ni.. Mana komen yang baik ita terima.. yang tak baik pun kena terima juga.. di samping kita perbaiki lagi setiap kelemahan. Sekurang-kurangnya dengan komen tersebut semakin mematangkan dan menambahkan lagi pengetahuan bukan sahaja untuk ita tapi rakan-rakan yang lain juga.
Sayur bayam ni dia ada 2 jenis, satu bayam hijau macam dalam gambar tu.. dan satu lagi bayam merah seperti di SINI. Macam mana nak kenal bayam merah dan bayam hijau? bayam merah daunnya atau batangnya ada warna merah dan daunnya juga agak lebar. Ada kala banyak warna merahnya dan ada kala sikit-sikit aje merahnya. Tapi bila di masak, bayam merah akan membuatkan kuahnya berwarna merah jernih.
Sayur bayam ni ada caranya tau kalau nak siang. Buakan main potong-potong aje.. Cara siangnya guna tangan aje.. patahkan dari pucuknya.. bila patahkan kita tarik.. dia akan keluarkan selaput pada batangnya yang harus kita buang.. kalau tak buang bila makan sayur ni rasa liat kat batangnya.. Itu sebab kanak-kanak tak suka makan sayur.. sebab ada sesetengah ibu-ibu yang masak sayur dia tak buang.. jadi sayur tu rasanya liat.. susah anak-anak kecil nak kunyah dan buatkan mereka tak suka. Macam ita, kami sekeluarga tak bermasalah untuk makan sayur.. anak-anak ita pun cukup suka makan sayur. Mereka dah biasa makan sayur dari kecil lagi..
Banyak pulak songel ita pagi ini.. apa kata kita terus sahaja pada resepi yang mudah dan ringkas ni..
1 ikat sayur bayam ~ di siang, asingkan daunnya dan tangkainya.
6 ekor udang
4 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
Garam secukup rasa
air secukupnya
Panaskan sedikit minyak
Tumiskan bahan hiris kecuali cili merah dan masak hingga harum
Tambahkan udang dan air
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam
Masukkan batang bayam dahulu
Bila dah lembut masukkan sayur bayam dan cili merah
Tutup api dan kacau rata
Jangan lama sangat masak sayur sebab takut khasiatnya hilang pula
Sedia di hidangkan
5 comments:
sedapnya bayam tumis...ada ikan goreng pulak tu...gandingan mantap...gue suka yg mcm ni.
artikel keren!
bayam juga punya khasiat khusus dalam kesehatan lo
cek di sini
http://www.id-woltbit.com/inspirasi/7-kesehatan-menarik-dari-sayur-bayam
sdpnya..suka mknan mcm ni juga..tp mls masak mcm ni nti mkn x ingat dunia..tq
salam kak ita.
Thanks for the info pasal selaput kat batang sayur tu. :)
Sy biasa dah buat sayur tumis ni, tp xpnh tau plak pasal selaput tu. Hihi
p/s: Ni first time sy dtg blog akk. thumbs up! Sbb sy sukaaaa tgk gmbr2 akk amek. lawa sangat!. Haha
sangat bermanfaat sekali artikel ini tidak hanya satu artikel ini saja tapi semuanya artikel artikel d webset ini sangat bagus dan juga bermanfaat buat yang tidak tau tentang cara membuat resep yang baik dan benar, memang webset ini juaranya dalam memberikan urain urain artikel yang berkualitas saya harus banyak belajar supaya bisa seperti yang pegang webset ini. sungguh banyak sekali ilmu ilmu baru yang saya peroleh setelah membaca semua artikel yang ada d webset ini. dan tidak ada salah nya meluangkan waktu untuk saling mengetahui: sayur bayam dan jamur segar salam masakan buat yang memiliki webset ini.
Post a Comment