Ya Allah... malas betul nak update blog sekarang.. Malas nak ambil gambar masakan.. malas nak edit gambar.. boleh kata semuanya malas aje.. Mood pun merudum sebagaimana jatuhnya nilai ringgit Malaysian kini..
Hari ini ita buat soto aje.. sebab malasnya lah aiii... nak memasak bagai.. Kalau masak soto ni cepat sikit.. dan ringkas.. lagi pula anak-anak pun suka.. Tapi soto ita ni masak mana yang ada aje.. hihi.. sebab mood memasak pun dah ke laut..
Soto adalah makanan yang popular di Indonesia, Malaysia dan juga Singapura. Di katakan soto ini berasal dari Indonesia yang kemudiannya mula mendapat tempat di Singapura dan Malaysia. Kalau di Malaysia, soto lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun meraikan hari keraian.
Di sebabkan cara membuatnya yang mudah dan ringkas, ia sering mendapat tempat di kalangan suri rumah untuk menyediakannya setiap kali menerima kedatangan tetamu dan juga pada hari raya.
Soto ialah sejenis sup berempah yang dihidangkan dengan nasi himpit atau mi. Ia mempunyai banyak variasi dan resepi. Kebiasannya soto yang di sajikan adalah soto ayam dan daging. Ia di makan bersama nasi himpit , mee atau ketupat. Di Malaysia kuah soto lebih jernih dengan rasa rempah yang penuh aroma. Di Indonesia pula, sotonya berlainan untuk setiap kawasan atau daerah. Biasanya setiap daerah ada resepi sotonya yang tersendiri sebagai contoh soto Madura, soto Bandung, soto Medan, soto Padang, soto kikil Surabaya dan sebagainya.
Di Indonesia, soto juga dikenali sebagai sauto, nyoto, tauto (tauto Pekalongan), coto atau cotto dari Makassar atau Mangkasara, dan juga sroto di Sukaraja dan Banyumas, Jawa. Soto juga dinamai menurut kandungannya, misalnya soto ayam, soto babat, soto kambing.
Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi soto yang cukup enak pada selera kami sekeluarga. Resepi ini di kongsikan oleh Kak Ina KL. Resepinya cukup mudah dan ringkas dan rasanya cukup enak dan benar-benar membuka selera kami sekeluarga. Terima kasih kak ina, kongsikan resepi kesukaan ita sekeluarga ni.
Resepi asal kak ita menggunakan nasi himpit, tapi sebab dah kerap sangat ita sediakan dengan nasi himpit, kali ini ita cuba dengan mee kuning pula. Anda semua boleh juga mencuba.. tak kiralah nak guna soto nasi, mee kuning atau mee halus.. semuanya pasti membuka selera.
Jom dah tak sabar ita nak kongsikan resepi hebat ini..
MEE SOTO
Resepi asal : SOTO AYAM SEDAP
Resepi Oleh : Kak Ina KL
Mula-mula kita sediakan dahulu bahan-bahan untuk membuat kuah soto.
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
3 batang serai ~ di titik. ( ita guna 2 batang sahaja sebab ita kisar semua sekali )
1 inc lengkuas ~ yang ni ita tambah
Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.
Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih ~ yang ni ita letak 1 sudu besar sahaja
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
Kak Ina menggunakan serbuk jintan manis dan jintan putih. Anda pun boleh juga guna serbuk jintan manis dan jintan putih.
Ita menggunakan jintan manis dan jintan putih biji. Oleh kerana itu ita goreng tanpa minyak atau sangai dahulu hingga harum
Kemudian kisar halus
Bahan lain
1 ekor ayam ~ potong 4 ( ita potong kecil-kecil)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam ~ yang ni ita tambah
2 sudu besar santan ~ yang ni ita tambah
Mula-mula kita panaskan minyak
Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah.
Masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus.
* ayam ita pula, ita potong kecil, jadi ita tak payah nak siat, ita terus aje goreng.
Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam
BEGEDIL AYAM
Begedil ayam ini juga resepi dari kak Ina, tapi ita olah dengan menggantikan daging cincang dengan ayam.
1 kg kentang
250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus
2 biji telur
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus
2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk meggoreng.
Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita larikan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas.
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
Kemudia kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sampai habis
Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit aje garam dan kocok lepas
Panaskan sedikit minyak dalam luali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL KICAP
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
Dah pun siap.. soto kita ni.
Soto ni di makan bersama
- Mee Kuning atau nasi himpit atau mee halus
- Taugeh
- Bawang goreng
- Daun sup dan daun bawang ~ hiris halus
- Kacang goreng
- Suhun Goreng
- Daging ayam yang di goreng dan di siat halus
Letakkan nasi himpit dalam mangkuk
Letakkan daging ayam, taugeh, suhun dan kacang goreng
Curahkan sup
Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang
Letakkan begedil dan juga sambal kicap
26 comments:
SAlam
Sedapnya kak..
salam singgah!!
Sedapnya Ita...
Salam sis, terliur betul tgk gambar mee soto ni. Thanjs for sharing. Ingat nak buat la weekend ni.
salam singgah kak ita .. malas2 pun penuh gambar hiii.. by the way,, soto memang favorite saya..
Sedapnya Kak.ita....salam perkenalan
Sedapnye k.ita...
selalu masak soto guns rempah dah siap...to k.ita ajar buat rempah soto sendiri ni...memang menarik...
terima kasih kak...
"salam perkenalan"
resepi soto yang Sgt lengkap...tq k.ita
Sedapnya akk
Beri tahu sekali apa sebab ringgit jatuh...
Macam kuah soto kalau separuh masak pasti tak sedap kan...kan...kan?
bestny nk try buat la nnt...
dptkn ebook ttg formula rezeki di link ini..
http://bit.ly/kuasarezeki
On d way buat ni..tq sis sb share resepi ni
As Salam Sis .. Saya try buat pada hari Raya .. Memang terbaik lah .. Terima kasih share resepi ..
Alhamdulilah! Menjadi lah my soto ketupat.. Hehe, almaklum ketupat banyak belen dari raya kelmarin.. hehee =D
Saya dh Cuba ikut betul resepi akak ni,memang mendpt pujian ramai...tq 4 d resepi:)
Resepi akk sume ble try menjadik! Tenkiuk2! Sdp.... ;)
Dah cuba resepi ni tengahari tadi. Sedap sangat. Family saya semua suka & puji. ^_^
Wow.. I gonna to try ..
Beautiful pics...Ada sudu garfu bronze pula tu...hi hi hi...itu yg lagi brtmbh nmpk menarik your presentation. Terima kasih.
Thanks for Sharing Ita... mesti saya cuba...
Wow wow rasanya uenak tenan, salam dari Bali
Mmg sedap. Sy dah cuba resepi ni tp sy guna nasi impit hehe.
Jalanjalan cari idea untuk openhouse 😁😁
Thanks share recipe 😁
Mmg sedap..tambahkan sehelai daun pandan simpulkan, naik baunya!
Post a Comment