Hujan yang turun tanpa henti beberapa hari amat mengusarkan kami sekeluarga. Bila tiba hujung tahun dan bersekali musim tengkujuh, sudah menjadi rutin untuk penduduk Kelantan terutama di kawasan yang mudah di naiki air lebih berjaga-jaga.
Sewaktu pulang ke Kota Bahru, baru-baru ini, sempat juga kami bersembang tentang kemungkinan banjir yang bakal melanda kampung kami tahun ini. Kata abah.. lama dah tak banjir.. sejak sungai Kelantan di besarkan air dah lama tak bah. Enjin motor bot abah pun abah dah jual.. Dulu abah beli motor bot itu untuk banjir.. masa tu banjir besar melanda kampung, air naik tujuh kaki dari paras tanah. Mujur rumah abah tinggi dan terletak di kawasan yang agak tinggi. Bila air naik tinggi 7 kaki, abah mula berkira-kira untuk memiliki sebuah bot, mudah kata abah kalau banjir.. kebetulan abah sememangnya mempunyai kemahiran mengendalikan bot, memandangkan abah bekerja di Pelabuhan Johor satu masa dahulu. Pengalam bekerja di di laut pasti satu bonus bagi abah jika kampung di landa banjir. Pasti abah akan membantu memindahkan penduduk kampug ke kawasan yang selamat..
Setelah sedekat menunggu banjir besar tak kunjung tiba.. akhirnya abah pun menjual engin motor botnya. Dari tak guna dan dibiarkan punah.. baik di jual.. kata abah sewaktu kami bersembang pada satu petang..
Namun kita hanya merancang.. perancangan Allah tak siapa yang dapat menduga...
Sedih dan pilu rasa hati bila membaca berita tentang 7 negeri di Malaysia di landa banjir. Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini. Kecut perut bila mendapat pekhabaran terbaru ini..
gambar ikhsan : I love Kelantan |
Kami senantisa berhubung untuk menanyakan perkhabaran dan berita terkini keadaan banjir di sana dan keadaan abah dan ma. Walaupun kami sedia makhlum, rakyat Kelantan sudah lali dengan situasi banjir yang melanda.. tapi banjir kali ini amat luar biasa.
Awal-awal lagi abah dah membuat persediaan, beras berkampit-kampit dah abah beli untuk sebarang kemungkinan.. makanan kering, biskut, ikan kering dan bahan dapur semua abah dah sediakan awal-awal. Ubi belakang rumah pun abah dah cabut sebagai bekalan bila musim banjir nanti..
Bila mendengar air sungai dah naik, abah dah mula mengangkat barang bawah rumah, semua barang yang berharga abah simpan kemas... peralatan penting abah dah naikkan atas rumah.. Risau hati abah.. biar penat.. jangan barang punah terkena banjir.. bisik hati kecil abah..
Kesian abah... abah pun bukan sihat sangat sekarang.. Badan yang di mamah usia semakin hari semakin uzur.. mujur adik ipar balik Kelantan.. dapat mereka membantu abah memindahkan barang-barang berharga ke tempat yang selamat.. Adik yang pulang bercuti baru-baru ini tersangkut akibat banjir.. semua jalan terputus hubungan.. membuatkan mereka tak dapat pulang ke Kuala Lumpur. Mereka lah peneman abah dan ma.. selain adik bungsu kami yang baru melahirkan anak yang bungsu. Mujur juga adik dah habis pantang kalau tidak lebih menyukarkan keadaan.. kain baju yang tak pernah kering di ampaian.. di tambah lagi cuaca sejuk dan dingin membuatkan anak-anaknya asyik terkucil atas tilam.. habis basah tilam.. nak jemur tak nampak pula bayang matahari...
Setiap hari bertanya khabar akhirnya kami terputus hubunga akibat bekalan letrik yang di putuskan kerana bimbang akan litar pintas. Gambar terakhir yang adik kirimkan air dah naik paras dada. Pagar tepi rumah dah roboh kata adik di hujung talian.. Abah risau kerana arus air sangat deras. Bimbang jika ada rumah yang ranap di bawa arus... bimbang jika ia merempuh tiang rumah.. itu yang membuatkan hati abah jadi kecut..
Hujan turun sekejap-sekejap.. tapi angin kuat.. sambung adik lagi.. sebelum talian terputus terus...
Ya Allah selamatkanlah keluarga ku.. selamatkan mereka yang di landa musibah ini.. Berikan mereka kesabaran... dalam menempuhi setiap ujian dari mu...
Bekalan api sudah terputus... bekalan air juga terputus.. bagaimana nasib mereka disana..? Ya Allah hanya engkau yang maha melindungi... lindungilah mereka yang Allah....
gambar ikhsan : I love Kelantan |
6 comments:
Ya Allah. Saya yg tak hadapi masalah banjir inipun sudah terasa apabila membaca dan mendengar informasi mengenai masalah banjir ini daripada rakan2, inikan pula orang yg menghadapinya sendiri. Allahu Allah, moga mangsa2 banjir diberi kekuatan untuk menghadapi musibah ini. saya dari jauh hanya mampu berdoa untuk rakan2 semua di pantai timur :'(
Our doa to you and your family. Insya Allah, everything will be okay. Stay strong. Take care xoxo
Saya org Muo and inlaw org KKrai.
Hubby pun x senang duduk...dah terputus hubungan......moga2 semua selamat
:( oh Azlita, semoga keluarga senantiasa di jaga oleh Allah SWT. Dan banjir segera berlalu.. Please take care.. My pray for you and your family
banjir kat kelantan sgt dasyat kak ita..mcm tsunami kecil bila air makin surut..bygkan paras air waktu banjir masa tu kerana rumah atas bukit pun boleh tenggelam di manik urai..sedih sgt bila negeri tercinta diduga allah s.w.t smpi tahap mcm tu.saya sendiri smpi di KB masa hari krismas..tapi terpaksa bermalam di rumah saudara krn kg sy terputus hubungan.
Mereka insan terpilih dgn dugaan sebegini...kalau kita pon x tau sanggup ke tidak. Allah ada bersama
Post a Comment