Bila anak-anak dah mula bersekolah, ita pasti mencari menu yang mudah, ringkas di sediakan dan yang penting enak dan menyelerakan. Hari persekolahan menuntut para ibu lebih kuat lagi bekerja.. kena lebih cekap dan bijak. Ibu-ibu kena bijak merancang masa supaya tidak kelang kabut dengan tugasan harian dan perhatian terhadap keluarga.
Oleh kerana itu bila tidak punya masa yang cukup, ita suka memasak yang ringkas-ringkas sahaja. Janji perut anak-anak terisi dengan makanan sebelum mereka melangkah keluar ke sekolah.
Hari ini ita sediakan satu resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas tapi ianya juga sangat enak di makan. Resepi hasil perkongsian dari Widad di My Resepi. Terima kasih Widad. Menurut Widad resepi ini adalah resepi air tangan neneknya yang berasal dar Siam. Memang sedap! anda pun boleh cuba..
AYAM PHAT PHET
Resepi Oleh : Widad
Rujukan : My Resepi
1/2 ekor ayam, di potong kecil
1 batang serai di titik
1 keping asam keping
4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Lisar
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Masukkan sedikit air dan serai
Masukkan juga asam keping, ayam dan daun limau purut
Renihkan hingga ayam betul-betul masak dan empuk
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan
* ita macam biasa, ita goreng dahulu ayam yang ita gaul dengan ayam dan kunyit.
6 comments:
senang nya.... sekali sekala boleh nak tiru nih... tengkiu for sharing
macam lebih kurang masak lemak juga kan...
betul tu.. dah start sekolah ni masak yang simple dan ringaks je.. janji anak-anak kenyang..:))
nampak menyelerakan & macam mudah . InsyaAllah nak cuba jugak laah...makan ngan nasik impit pon sodap ni... TQ sis kongsi resepnya.
Tksh k.ita kongsi resepi.sy mhn share resepinye 👍❤
senangny.. tq for the resep.
Post a Comment