Bila Dalili jatuh... - masam manis f

Breaking

Jan 20, 2015

Bila Dalili jatuh...


Maaf sebab semalam ita berhenti bercerita kerana mula rasa kurang selesa. Biasalah kan bila kita berada dalam situasi begini kita boleh rasa.. Bagi mereka yang tak pernah kena mereka tak rasa.. dan itu juga adalah satu anugerah dari Allah.. kenapa Allah pilih kita untuk mengalami peristiwa begini.

Ita hanya mengigatkan setiap apa yang ita ceritakan ini adalah perjalanan yang ita lalui.. mungkin ianya boleh menjadi panduan pada rakan-rakan yang lain.. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang baik.. Jika kita fikirkan ianya ke arah positif.. maka positif lah jadinya dan jika kita fikir nagatif maka nagatif jugalah yang kita terima. Setiap yang baik jadikan ianya sebagai panduan dan yang buruk jadikan ianya sebagai pengajaran. Sesungguhnya kita hambanya yang lemah.. kita perlu bersyukur di atas setiap ujian Allah.. bukan ianya  membebankan tetapi ada rahmat di sebalik apa yang telah di tentukan.. Bukankah kita senantisa dah di ingatkan senantiasa bersangka baik padaNya.. kerana dia yang maha pemurah lagi maha mengasihani..



Dahulu.. ita juga memang tak percaya.. kadang ita rasa pelik bila orang pergi berubat.. pergi rawatan alternatif atau berubat dengan bomoh. Bapa ita terlalu kuat berpegang pada agama. Jadi bapa ita memang pantang kalau kita dapatkan rawatan alternatif.. bapa ita ni bukan sahaja rawatan alternatif dia tak percaya.. rawatan hospital pun dia tak yakin padanya kita harus yakin dengan Allah , walaupun dahulu dia berkerja di hospital. Kerana itu ita juga tak berapa ambil endah tentang rawatan tradisional atau alteratif. Mungkin kerana itu Allah bagi ujian ini pada ita dan keluarga..

Jika sebelum ini jika sakit ita pergi klinik dan dapatkan rawatan dari hospital. Berulang alik ke hospital dan klinik setiap kali ita sakit. Hingga doktor nasihatkan ita cuba rawatan Islam atau perubatan tradisional. Ita pernah cuba rawatan berbekam, ita juga pernah cuba akupuntur dan pernah juga buat rawatan fisioterapi. Boleh kata semua rawatan ita dah cuba. Setahun lebih ita berubat dengan rawatan Islam, berulang alik setiap minggu hingga ita rasa dah penat untuk berubat. Ita percaya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Janji kita yakin yang menyembuhkan kita hanyalah Allah..

Bila ita mengalami peristiwa ini.. barulah ita sedar bahawa setiap sakit itu ada penawarnya.. Bukan sahaja rawatan sains tapi juga rawatan rohaniah.

Rumahku.. syurgaku..
Ita cukup menyanyangi keluarga ita.. pada ita ia adalah surga ita dan harta yang tiada nilainya. Ia juga amanah yang perlu di jaga dengan sebaik-baiknya.
Bagaimana jika kurang selesa berada di rumah sendiri...

Ita tak tahu rumah ita ada ganguan hingga lah pada suatu hari rakan suami tumpang bermalam di rumah. Dia agak alim dan sering bangun malam untuk solat. Sewaktu tinggal di rumah ita, di jatuh di bilik air.. kasihan.. kakinya bengkak dan terpaksa di papah ke klinik. Kami juga membawanya untuk dapatkan rawatan di Engku Mohsin sebuah pusat rawatan yang terkenal di Johor. Ramai yang ada masalah urat saraf atau patah tulang ke sana untuk dapatkan rawatan. Ita juga sering ke sana jika ita sakit sendi.

Kesian melihatkan keadaannya.. terpaksa bertongkat dan ita rasa macam bersalah pula.. licin ke bilik air ita tu? fikir ita berkali-kali dan ita juga minta maaf banyak-banyak pada beliau kerana ita rasa sangat bersalah atas apa yang berlaku. Mungkin terpanggil untuk berkata sesuatu.. akhirnya beliau berterus terang.. minta supaya ita dan suami cari seseorang yang boleh pulihkan rumah ita.. Ita mulanya termangu.. tak dapat tangkap apa yang beliau maksudkan..

Suatu hari sepupu suami ita datang bermalam di rumah. Pagi tu sewaktu ita bangun untuk solat ita lihat lampu di biliknya terang benderang. Ita ingat beliau dah bangun juga untuk solat subuh. Lepas siapkan sarapan beliau pun bercerita peristiwa yang beliau alami pada malam itu. Katanya sewaktu dia baru nak terlelap.. dia terperasan macam pintu biliknya di buka.. seingatnya pintu itu telah di kunci.. Tiba-tiba katanya Dalili masuk ke dalam bilik.. Dalili mengigatkan dia supaya jangan pandang belakang.. lantas Dalili terus keluar.. Dia merasa sangat pelik.. dengan situasi itu dan terus pandang belakang.. Tiba-tiba katanya dia nampak satu lembaga yang sangat besar.. dia kata sangat terkejut dan terus tersadar.. terus katanya tak boleh tidur.. Dia terpaksa buka semua lampu kerana takut.. Hari itu juga dia minta izin untuk pulang.. Ita dan suami terkebil-kebil antara percaya atau tidak..

Sebenarnya, suami ita dan anak ita Amirul sering kali di tindih ketika tidur. Pada mulanya kami ingatkan perkara ini biasa saja.. mungkin sebab kita terlalu penat pada siang hari ianya akan menganggu bila kita tidur pada malam hari.

Sebenarnya macam-macam lagi peristiwa yang pelik berlaku di rumah. Apa yang paling ita pelik, rumah ita ni 2 tingkat. Silingnya adalah batu kerana atas ada lantai. Suatu hari sewaktu rakan ita datang rumah dan sewaktu kami sedang bersembang tiba-tiba terdengar bunyi cakaran pada siling. Ita dan suami berpandangan.. kami rasa pelik sebab atasnya adalah lantai.. macam mana pula ada benda atau mkhluk lain yang boleh masuk.. Mula ita ingat ita seorang aje yang dengar.. rupanya kawan ita pun dengar bunyi yang sama..



Kemarin Dalili jatuh tangga. Selama 6 tahun turun naik tangga, tak pernah jatuh.. kenapa boleh jatuh. Ita macam biasa mula lah membebel.. kenapa jalan tak tengok.. kenapa tak hati-hati... Kemudian dalili berbisik pada telinga ita.. kita rasa macam ada orang tolak kita... aduyaiiii....










15 comments:

Mat Gebu said...

Allah hu akhbar...kak...saya sendiri rasa tak senang hati dengan masalah yang menimpa keluarga akak..huhu...mungkin juga rumah akak tu ada makhluk lain yang menumpang. Kita sendiri tak pasti tapak rumah tu dulu macam mana. Rumah saya yang kak ita pernah datang dulu pun sebenarnya laluan makhluk halus (kata orang2 terdahulu lah, wallah hualam). Tahun lepas masa Bak saya kurang sihat kerana sakit gaot, dia sendiri mengalami hal2 yang aneh. Nampak benda2 pelik, dan Bak kata belakang rumah kita tu sebenarnya tanah perkuburan. Dan dia sering nampak orang mengaji, buat tahlil dan pernah sekali bawah meja makan kami Bak nampak orang kerdil ramai dan pakai baju sama.

Satu lagi yang saya tak boleh lupa, dalam bilik tidur, Bak kerap meracau dan dia berasa ada kat tempat lain. Tiap2 malam dia kata ada banyak lipan dalam bilik. labah2 dan dinding bilik tukar jadi kaler merah. Pernah sekali dia kata di grill tingkap ada perempuan bersenggayut sambil dukung anak. Waktu siang Bak nampak satu keluarga siap dengan anak2, tapi mereka tak tunjuk muka..semua tunduk. Pernah juga nampak seorang wanita berpakaian seperti orang zaman dulu, dan seorang lelaki berpakaian seperti pahlawan melayu. Bak kata, dia baca macam2 ayat al-quran, tapi benda tu tak nak hilang. Bila Bak sihat dari sakit gaot benda tu terus takde...

Mak saya sendiri pernah alami satu peristiwa di bilik tidur utama, masa tu bulan puasa dalam jam 11 malam, dia baring atas katil, tiba2 mak yah dengar seperti orang tengah menyapu kapet yang terbentang sebelah katil. Masa mak yah toleh ke kanan, dia nampak ada seorang budak perempuan bermata hijau, berdiri betul2 bawah lampu dinding sebelah bilik air. Mak yah terkejut dan dia tanya "kau ni siapa?"..Budak tu tak cakap apa, tapi dia senyum aje. Masa tu mak yah tak boleh nak gerakkan badan, macam melekat. Lepas beristigfar beberapa kali, mak yah baru dapat bergerak dan budak tu hilang...hurmm...

Anak buah saya masa dia pra sekolah, dia pernah nampak..masa tu saya dengan dia saja kat rumah. Lepas balik sekolah dia datang kat saya...Tiba2 dia pergi kat depan dan sembunyi belakang tembok. Saya tanya kenapa...dia kata...diam2 ucu, kat depan ada hantu...perempuan...hurmmm...saya kata jangan tengok dia...meh duduk sini (waktu tu petang dalam jam 2 macam tu)...sekarang ni kalau ada pun saya berdoa sangat2 pada Allah, jangan lah sekali2 diusiknya kita dan ini rumah kita, kita berhak untuk duduk dengan aman dan tenteram.

Saya doakan agar kak ita sekeluarga dijauhkan dari musibah2 yang tak diingini..in sha Allah...yea kak..

Unknown said...

Benda yg tak nampk ni, susah nk buat org percaya. Cuma org yg mengalaminya je yg taw. Kdg2, kita berubat org kata mcm2. Bukan kita nak mcm tu, kalau boleh kita aman je. Lagi2 kalau ada anak2 kecil, lagi risau.

Lynn Abd Latib said...

Aduhai...seramnya kak..kena usaha cr org bijak pandai yang tau..kita usaha shj,tawakal pada Allah.Smg keluarga akak terlindung hdknya

norasiahnasir said...

saya masih teringat2 entri sebelum ini..masih meremang bulu roma, dan yang ini juga tetap sama.

saya puntak pernah alami dan berdoa agar tidak alami seperti ini.

saya kalau rasa tak sedap hati, saya pasang cd mengaji sampai betul2 rasa tenang...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Aduyaiiii...

Ruzita Idias Ismail said...

Salam Ita, Ita kat sini rasa cerita Ita lebih kurang sama dengan cerita saya sekarang. Saya masih lagi tak dapat bekerja dan 2 mingg lepas doktor dah sahkan saraf saya memang sudah rosak.. Cerita Ita, buat saya mengimbas kembali apa yang berlaku pada saya selama ini..

Qaseh Abadi said...

maaf tanya, kak ita dah tggl kat rumah tu sudah berapa lama. sejak bila rasa yg pelik2. takut plak saya. dah la kerap tggl seorang kt rmh sewa. huhu

Unknown said...

Adik saya pernah mengalami situasi n symptoms yang sama seperti puan. Yakin dengan Allah dan Al-Quran. Dalam Al-Quran ada byk ayat2 yang boleh membatalkan sihir dan gangguan syaitan ini.

Cuba puan hubungi yayasan darul ansar. Mereka menggunakan ayat2 suci Al-Quran untuk merawat.

Semoga Allah meringankan kesakitan puan

Unknown said...

Adik saya pernah mengalami situasi n symptoms yang sama seperti puan. Yakin dengan Allah dan Al-Quran. Dalam Al-Quran ada byk ayat2 yang boleh membatalkan sihir dan gangguan syaitan ini.

Cuba puan hubungi yayasan darul ansar. Mereka menggunakan ayat2 suci Al-Quran untuk merawat.

Semoga Allah meringankan kesakitan puan

Unknown said...

Selalu baca dan/atau pasang surah al-baqarah di dalam rumah. Jangan takut, itu rumah ita, dia yang sepatutnya keluar. Solat malam amalkan dan minta pertolongan dari Allah. Jangan putus asa ya Ita. Harap semuanya selamat. InsyaAllah.

ummisara said...

Salam Kak Ita,

Semoga semuanya dipermudahkan...Insyallah. Take care kak

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita

Saya pun mengalami gangguan yang lebih kurang sama dirumah bunyi dari syiling seperti perabut disorong, bunyi cakar, syiling jatuh tu dah biasa dah Kak Ita sampai anak saya takut nak naik keatas rumah sorang2.

Lebam2 badan dan kadang rasa letih dan tak larat sangat mcm menanggung bebanan berat..

Cuba pasangkan ayat2 ruqyah sebelum tu dapatkan rawatan daripada yang pakar contoh Darul Syifak ke..
Ustaz Ismail Kamus juga pakar dalam hal ni..

Apa2 pun saya doakan akk cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan perubatan dan sebagainya..
Kuatkan semangat ye lak & jangan lekang zikrullah..

Sha Nazri said...

Salam puan ita..singgah sini, mencari resepi di blog puan..terus jatuh hati dgn gambar2 yg menarik di sini..dan terbaca cerita ttg puan..insyaAllah ada jalan keluar..Allah sedang menguji, jgn sesekali putus berdoa..mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi puan dan keluarga. Untuk rujukan dan panduan mungkin puan boleh ke blog ustaz sharhan safie..byk ilmu yang boleh kita baca di sana.
http://ustazsharhanshafie.blogspot.com/?m=1

fazianbatrisyia said...

semoga kak ita & family dijauhkan gangguan mcam ni....ikhtiarkan kak...

Kayu Manis said...

Assalamualaikum
sama juga dgn sahabt di ats nk tgok resepi, bca nukilan ita ni mmg ada sesuatu,syorkn rawatan islam..

baca ayat2 ruqyah slma 3hari
in shaaAllah cabut lari iblis laknatullah. berdoalh

Post Top Ad

test