Bunga Carnation - masam manis f

Breaking

Jan 17, 2015

Bunga Carnation


Assalamualaikum..
Apa khabar rakan-rakan ita petang-petang minggu ni.. Doa ita agar semuanya sihat..
Alhamdulillah kesihatan ita semakin baik.. walaupun tidak sepenuhnya namun ita bersyukur kerana ianya lebih baik dari har-hari semalam..

Ita tak boleh lama-lama depan pc ni.. pening kepala nanti.. kita terus sahaja pada topik yang ita nak kongsikan hari ini. Jika sebelum ini ita pernah kongsikan bagaimana kaedah nak membuat bunga ros yang kembang dan yang kuncup di SINI. Alhamdulillah ramai yang ita lihat dah boleh pun buat bunga ros yang kembang dan kuncup dengan cantik! ada yang sampai buat kelas lagi.. Alhamdulillah rezeki masing-masing.. cuma nasihat ita kalau buat kelas tu jangan lah caj mahal-mahal sangat.. sebab kaedah membuat bunga dengan buttercream ni tak lah sukar mana sangat kan.. bahan pun taklah mahal sangat.. kesian kat kawan-kawan yang baru mula-mula nak berjinak belajar membuat kek..





Bagi adik-adik akak yang tak dapat pergi kelas atas faktor tak cukup masa atau mungkin yuran yang mahal.. tak pe.. mana yang akak boleh ajar akak ajarkan.. ya tapi kena praktis selalu supaya dapat hasil yang cantik!

Hari ini ita kongsikan pula cara membuat bunga carnation pula. Mudah aje cara membuatnya.. dan ita rasa kalau ita tunjuk aje pasti semua akan kata.. senangnya.... ^_^

Untuk resepi buttercream bunga ita pernah kongsikan di SINI
Sekarang kita hanya perlukan nozel untuk membuat bunga carnation.


Nozel yang ita gunakan ialah nozel dengan tip no 116 kalau dalam gambar tu nozel yang bawah. Nozel dengan tip no 352 tu pula untuk daun

Bancuh warna yang anda suka untuk pilihan warna bunga.
Masukkan sedikit dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil. Ini adalah untuk membuat kon bunga  atau kudup bunga.
Ambil satu lagi piping bag, masukkan nozel no 116 pula.
Selain nozel anda juga perlukan nail atau paku untuk membuat bunga ni
Anda juga perlukan gunting dan juga lidi satay

Sebelum anda buat bunga ni, pastikan kek dah pun siap di lempa dengan buttercream. Sebab kita akan letakkan bunga yang kita dah siapkan terus atas kek.
Ok ! semua dah ready, jom kita mulakan


Ambil piping bag yang kita dah gunting hujungnya untuk membuat kon bunga dan paipkan atas nail membentuk kon, tak perlu kon yang terlalu tinggi macam nak buat bunga ros tu ya.. tak payah tinggi sangat konnya.
Kemudian dengan menggunakan piping bag dengan nozel 116 paipkan membentuk kelopak bunga carnation. Anda boleh buat ke kiri dan ke kanan
Penuhkan sampai nampak bentuk bunga carnation yang kembang
Dah pun siap sekuntum bunga carnation.. mudah aje kan...


Sekarang kita nak letakkan atas kek pula.
Sediakan kek yang telah di hias.
Dengan menggunakan gunting. sepit dan tarik bunga carnation keluar
Letakkan atas kek
Songketkan sedikit dan tolak bunga keluar dengan lidi satay


Penuhkan kek dengan bunga. Anda boleh buat bunga itu bertindih-tindih supaya ia nampak hidup.
Buat sampai anda puas hati dengan kuntuman bunga yang anda inginkan.
Sekarang dengan warna hijau untuk daun dan tip nozel no 352 anda buatkan pula kelopak-kelopak daun di celah-celah bunga
Bahagian yang nampak kosong anda boleh tambahkan bunga-bunga kecil atau biji-biji bunga.
Dah pun siap!
Untuk menampakkan kek tampil eksklusif, anda boleh letakkan ribon atau manik mutiara sebagai hiasan.


Macam mana?
Senang aje kan... Selamat mencuba ! ^_^





12 comments:

Unknown said...

terima kasih kak ita... semoga dkrniakan kesihatan yang baik...

Niza Samat said...

Terbaik.. Tq atas ilmunya..

Shiela said...

tq ita.. memang seram betul dengan harga harga class sekarang.. class bunga buttercream jer pun dekat rm500.. pada yg berpendapatan sederhana mmg berat jugak..

love sweetymania said...

Tq k.ita sudi berkongsi ilmu...

Unknown said...

tq kak ita byk2 yer..i love u.

wanmar said...

Terima kasih kak ita. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kak ita.

asue said...

k.ita, camna ye nak buat biji-biji bunga tu?

Unknown said...

tq kak azlita...perkongsian yg menarik dan berguna..moga cepat sembuh ya..

ratna said...

tq kak ita.. kak ita selalu bagi tips. semoga dimurahkan rezeki. saya pernah nak join kelas flower buttercream. harga nak dekat RM400 lepas tu saya kena bawak brg2 lain lagi.. yg paling terkejut..tisu pun saya kena bawak sendiri. sedih rasanya bila kena mcm tu. terus saya cancel nak pegi kelas tu sbb saya rasa org tu sgt berkira utk bg ilmu.

mayangbakingmadness said...

TERIMA KASIH KAK ITA... SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN DAN REZEKI BERTAMBAH HENDAKNYA

Salina Jalaludin said...

Terima kasih kak. Sy belajar buat bunga dari blog akak yer. Buat buttercream pun sy amik resipi akak. Semoga akak Dimurahkan rezeki sbb sudi kongsi ilmu dgn beginner mcm kmi ni

Unknown said...

Thank you very much for the tutorial

Post Top Ad

test