Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua yang sudi lagi singgah di dapur maya ita ni..
Hari Jumaat pertama dalam tahun 2015. Bagi negeri Johor hari Jumaat adalah hari cuti, maka ramailah yang merebut peluang untuk menyiapkan dan melengkapkan lagi keperluan anak sekolah. Hari Jumaat juga pada ita adalah hari yang cukup pendek masanya.. Terkejar-kejar nak masak dan mengemas rumah kerana sekejap lagi orang lelaki dah nak ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Oleh kerana itu kena masak awal-awal.. sebab ada yang nak makan dahulu sebelum ke masjid dan ada juga yang nak makan bila selesai menunaikan solat.
Hari ni masak yang mudah dan ringkas aje..
Masakkan kesukaan orang selatan tanah air iaitu asam pedas.
Asam pedas ni kan bagi orang Johor, tak ada istilah jemu.. ianya macam dah sebati.. kalau seminggu tak kena asam pedas boleh meracau di buatnya.. macam terasa tak cukup energy aje...
Resepi asam pedas ita kali ni ita menggunakan ikan tenggiri, biasa ita kalau masak asam pedas atau lauk gulai yang menggunakan ikan, ita akan guna kepala ikan dan bahagian ekor untuk di masukkan dalam gulai. Sementara bahagian isi biasanya ita goreng aje.. sebab anak-anak semua lebih suka makan ikan goreng berbanding ikan yang di dalam gulai. Jadi sayang kalau ada isi ikan dalam gulai tu kan.. tak di makan, baik goreng aje.. pasti licin pinggan..
Ikan dalam gulai atau lauk asam pedas ni biasanya suami ita yang tukang habiskan.. suami ita memang sangat suka makan ikan berbanding ayam dan daging.
Ok, cerita pasal lauk ita ni.. sebenarnya tak cukup lengkap bahannya.. ita masak yang mudah aje dan mengikut apa bahan yang ada di rumah aje.. tak letak bunga kantan dan bendi... cuma letak daum kesum aje sebagai pembangkit selera...
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS
3 keping ikan tenggiri dipotong dan cuci bersih
400 mk air
100 gm bendi
1 batang serai dititik
1 kuntum bunga kantan di belah dua
1/2 cawan air asam jawa
1 cekak daun kesum
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili atau 15 tangkai cili kering di kisar
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 sudu teh belacan
Pijarkan minyak
Tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
Masukkan air dan air asam jawa dan masak hingga didih
Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan ikan
Renihkan senentar hingga ikan masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bendi
Masak sebentar hingga bendi lecur dan sedia di hidangkan
Lauk asam pedas lengkap di gandingkan bersama, ikan goreng, telur asin atau telur dadar, sambal belacan dan ulam..
Perghhhh... memang terangkat bila di makan bersama nasi hangat
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. ^_^
18 comments:
sedapnya asam pedas tenggiri Ita, kaknoor pun kalau tenggiri memang suka snagat nak buat asam pedas kalau ada kepala tenggiri agak besar sikit tu adoiii memang tak nampak telinga ni makan hehehee
sedapnyer...
Bunga kantan skrg boleh tahan harganya. hr tu sampai rm4.50/sekuntum. ada kwn bgtau rm6 pon ada.
Terima kasih kerana sudi share resipi ni. Saya dah mencuba. Memang sedaaaap sangat :))
Terima kasih kerana sudi share resipi ni. Saya dah mencuba. Memang sedaaaap sangat :))
My wife baru nak try masak, nak try resepi puan, sbb nama sama dgn wife.. Tq sbb share ilmu..
Sedap...sy dh try
Sy dh cuba dh. Mmg meletop. Tkasih kak ita sbb kongsikan resipi ni.
petang ni nak masak asam pedas tenggiri ni utk berbuka puasa,,, guna periuk tanah lebih ummmpphhh
TQ Puan Azlita sebab share resipi ni...dah cuba Alhamdulilah menjadi
Assalamualaikum, macam tau-tau je menu tengahari ni nak masak asam pedas..sudahnya saya BW jumpa kat sini.. sedap la.. salin resepi boleh... mommylina resepi masak-masak no.1
Tq sudi share resepi..boleh cuba utk makan trngah ari
Tq sudi share resepi..boleh cuba utk makan trngah ari
Tq kak ita..kebetulan nk masak asam pedas nih
Tq sy dh cube masak..memang sedap. En suami mkn bertambah arini.��
mahalnye.. di kamunting perak alhamdulillah 2kuntum rm1. huhu
Saya baru nak belajar masak. Buat masa ni resepi2 dari Puan Azlita memang tak mengecewakan. Terima kasih ye. Halalkan apa yg dikongsi
baru ngelihat aja udah ngebayangin rasanya gimana...
Post a Comment