Kedondong adalah merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang banyak terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asia. Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar dan boleh mencecah ketinggian 45 meter.
Di hilir Perak, masyarakat setempat memanggilnya dengan nama Amrah.
Buah kendondong sangat enak di makan . Ianya boleh di makan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.
Kedondong mempunyai biji yang bersabut. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, kedondong tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Namun tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini hingga kini.
Ita cukup gemar makan kedondong, tidak kiralah masa ia masih muda, sudah masak ranum , mahupun di jadikan jeruk. Jeruk kedondong cukup enak dan menjadi kesukaan ita sejak zaman berzaman. Pantang nampak kata orang.. hihi
Memandangkan cuaca di Johor beberapa hari ni agak panas terik, maka hari ini ita sediakan jus kedondong asam boi. Jus ni ita tak letak ais, maklumlah ita tak berapa sihat.. dah berapa hari demam tak kebah-kebah dan dah mula batuk. Mungkin faktor cuaca yang kejap hujan dan kejap panas terik membuatkan kesihatan ita sedikit terganggu. Mujur ita dah kurangkan tempahan kek dan hanya ambil pada hujung minggu sahaja. Kalau tak pasti tak larat ita di buatnya..
Kita berbalik semula pada jus kedondong asam boi ita ni, ita sebenarnya dah lama mengidam nak merasa jus kedondong asam boi setelah beberpa raka-rakan mengesyorkkan ita mencuba. Terbayang-bayang pula jus kedondong asam boi yang Mat Gebu sediakan..
Maka hari ini tertunailah hajat di hati.. sedap!
JUS KEDONDONG ASAM BOI
Resepi Oleh : Dapur Tanpa Sempadan
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya
Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Kacau dan biarkan sekejap.
Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sedap diminum sejuk.
6 comments:
semoga cpt sihat ye kak ita. sedapnya jus ni. hr tu buat sy letak madu...
salam kak ita .. wani pun tak suka letak ais minum air mcm ni... tak sihat minum ais2 ni.. take care ya kak.. semoga cepat sembuh
get well soon kak ita,,, sedapnya.. lama tak minum air kedondong
dah beberapa hari beli jambu batu nak buat jus.. bila tengok jus kedondong Ita ni.. makin teruja nak membuatnya.. letak pulak asam boi..tu yang teruja tu..
Berbuka puasa dengan jus kedondong asam boi sedapnya!
assalam kak....kita ada jual asamboi kedondong punya kordial..kilang kita kat tampoi je hehehhe..insyaAllah boleh COD kat mana2..harga berpaptutan..
rm13 / 1 liter dan boleh dibancuh dengan 4 liter air...
ramuan : asamboi + kedondong + limau kasturi
jus limau green lemon pun ada...rosselle kedondong...
boleh contact saya WANI 017-7970862
Post a Comment