Lontong dan sambal kerang - masam manis f

Breaking

Jan 15, 2015

Lontong dan sambal kerang


Alhamdulillah.. setelah beberapa hari berhadapan dengan komplikasi tekanan darah yang merudum, hari ini ita rasa sihat sikit.. walaupun tidak sepenuhnya..
Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ita. Terima kasih juga buat suami yang banyak membantu ita.. di saat ita tak boleh berjalan.. terpaksa di papah ke bilik air.. Ita juga tak boleh menjalankan kewajipan ita sebagai ibu.. tak boleh nak masak.. nak mengemas rumah.. badan memang longlai sangat.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ita rasa sangat sedih bila ita tak dapat jalankan kewajipan ita pada keluarga seperti biasa.

Beberapa hari hanya berbaring di atas katil.. memang sesuatu yang amat-amat meletihkan. Maklumlah ita dah biasa renyah dengan aktiviti ita sehari-hari.. tiba-tiba tidak boleh bergerak, tangan dan kaki menjadi kebas memang cukup-cukup mencabar. Ubat yang doktor berikan membuatkan ita mengantuk dan hanya makan tidur.. makan tidur sahaja rutin ita beberapa hari ini.. Ita terpaksa akur atas nasihat doktor supaya ita tak bergerak banyak, kerana doktor bimbang badan ita yang lemah akan membuatkan ita jatuh yang akan memburukkan lagi keadaan.


Hari ini bila ita dah rasa sihat.. ita cuba melayan anak tekak ita yang tak berapa selesa ni.. mungkin sebab banyak makan ubat yang doktor bekalkan.. tekak memang pahit sangat.. Terasa macam nak makan yang masam-masam tapi ita tak boleh langar saranan doktor yang minta ita kurangkan makanan berasid. Sekarang ita kena ikut apa yang doktor suruh ita makan.. walapun tak suka kenalah juga ikut jika ita ingin sihat sepenuhnya..

Malam tadi ita mimpi ita makan lontong, hihi.. bila bangun aje ita terus minta suami belikan bahan untuk ita buat lontong. Mula suami ita kata biarlah dia beli sahaja lontong memandangkan ita tak sihat lagi. Tapi ita sekarang rasa kurang selesa nak makan makanan luar.. Ita sakit pun kerana ita makan luar lah ni.. dari batuk terus melarat ke demam dan kini dah kurang darah pula.. Ita jadi takut dan fobia pula bila nak beli makanan di luar. Biarlah penat sikit janji ita puas hati dan tahu tahap kebersihan makan yang di sajikan. Lagi pula buat lontong pun bukan susah mana sangat.. Suami ita pun banyak membantu ita memasak... Cuma memang agak payah untuk ita mengambil gambar masakan...  pergerakkan ita cukup terbatas kini.. tak boleh macam dulu.. lasak.. panjat sana.. panjat sini bila nak ambil gambar masakan ita.. Kadang rasa frust jugak.. sebab ita tak boleh lasak macam selalu.. ita harap ita cepat sembuh.. supaya ita dapat lakukan apa yang ita suka lakukan..


LONTONG

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan
 
8 tangkai kacang panjang ~ potong 1 inc
2 keping tauhu ~ di potong dadu dan di goreng
2 keping tempe ~ di potong dadu dan di goreng
1 keping fucuk atau tauhu kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong  mancis
1 biji sengkuang saiz kecil ~ dipotong mancis
1/4 kobis ~ dihiris kecil
sedikit soon ~ di rendam
 
Air secukupnya
200 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
 
Bahan di makan bersama
 
Nasi himpit
Telur rebus atau telur pindang
Sambal tumis, udang, ikan bilis, sotong, atau kerang
Sambal kacang jika suka
Serunding daging atau kelapa
 
Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan air dan biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah mendidih masukkan dahulu sayur yang keras seperti, kacang panjang, lobak, sengkuang , fucuk dan masak hingga lembut
Masukkan tauhu dan tempe
Biarkan ia merenih sebentar.
Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan soon dan kobis
Didihkan sekali lagi dan terus matikan api
 
Lontong di makan bersama telur rebus, sambal tumis, serunding atau sambal kacang.
 
 
SAMBAL KERANG
 
150 gram isi kerang
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar halus
1/2 cawan jus asam jawa
4 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci belacan ~ kisar

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar hingga harum, garing dan terbit minyak
Masukkan jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masak hingga pekat
Masukkan isi kerang dan masak hingga sedikit kering
Sedia di hidangkan
 
 
 
 

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Ita...semoga cpt sembuh ya.Aaminnn

Gee® said...

Dah lama tak makan lontong... sedapnya

Lina Sani said...

Salam perkenalan Kak Ita, Semoga Kak Ita cepat sembuh, sempat lagi buat lontong dan nampak sedap.

umi's cup cake said...

Semoga Allah meudajkan segalanya buat kak ita..Rabbi yassir watuasir

Ruzana Ibs said...

Lontong is my favourite. Gambar tu sungguh menggiurkan.
Ita : Get well soon.

Post Top Ad

test