Sambal tok tok benar-benar membuka selera.. - masam manis f

Breaking

Jan 18, 2015

Sambal tok tok benar-benar membuka selera..


Dah berapa hari ini selera ita semakin berkurang. Mungkin sebab tekak ni tak berapa sedap.. Hilang rasanya nikmat makan sekejap.. Makan apa pun rasa macam tak ngam aje dengan tekak ni.

Di sebabkan hari ini hari persekolahan di Johor. Sebagai ibu walaupun kurang sihat, ita kena juga sediakan makanan dekat anak ita. Dalili bersekolah sebelah petang tahun ini. Sebelum dia melangkah ke sekolah, ita kena pastikan Dalili dah mengambil makanan yang cukup supaya tidak tergangu pembelajarannya di sekolah. Bersekolah di sebelah petang adalah pengalaman pertama pada Dalili. Setiap kali balik dari sekolah, dia akan mengadu pening kepala. Mungkin cuaca yang terlampau panas sejak kebelakangan ini. Kerana itu ita kena pastikan dia makan dahulu sebelum ke sekolah, takut pula jika perut kosong masuk angin pula.. itu yang membuatkan dia berasa pening kepala.

Menurut Dalili lagi, dia selalu tak sempat nak makan di kantin pada waktru rehat. Masa rehat yang terlalu pendek dan harus pula berkejar ke surau untuk menunaikan solat, membuatkan dia selalu tak makan pada waktu rehat. Kesian Dalili, di suruh bawa bekal tak mahu pula. Berat bag katanya..

Hari ini ita masak yang ringkas sahaja untuk Dalili. Ita gorengkan ikan merah, daging ita masak kari dan ita juga buatkan sambal tok-tok yang power ni..


Inilah yang ita hendak kongsikan... sambal tok-tok. Sedapnya lah haiii... sambal tok-tok ni. Memang betul-betul membuka selera ita hari ini. Bertambah-tambah juga ita makan. Kalau sebelum-sebelum ni nasi boleh kata dua tiga suap pun tak lalu.. tapi bila kena dengan sambal tok-tok dan kuah kari.. di tambah pula ikan merah di goreng rangup.. ya Allah.. sedapnya... memang makan tak toleh kiri kanan..

Sambal tok-tok atau ada yang memanggilnya sambal totok di katakan popular di kalangan masyarakat Jawa. Sambal ini di katakan juga sebagai pembuka selera. Cara membuatnya cukup mudah, dan rasanya memang sangat sedap.. rasa rangup ikan bilis dan pedas sambal memang benar-benar menggit.. memang harus ita sediakan sambal ini selalu.. Jom cuba!



SAMBAL TOKTOK atau TOTOK
Resepi Oleh : Shelle
Rujukan : Mesra. Net

Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
3 biji cili merah ~ ita tambah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturisecukupnya

Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur
Angkat dan ketepikan
Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh

Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Perasakan sekali dengan garam dan gula
Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.
Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.


8 comments:

Ruzita Idias Ismail said...

waahh..nampak macam sedap ni Ita, Ita disini nak try cuba buat jugak lah. Walaupun makcik Ita kahwin dengan orang jawa dari Johor, tapi tak pernah nampak dia buat.. mungkin tak kebetulan dengan saya kut.. Anyway.. semuga Ita sihat.. bila baca blog u.., selalu jer tak sihat kan.. sabar ya..adalah hikmahnya tu..

Anonymous said...

Damn delicious!!!
lovin havinf this with hainam or lemak rice,
my mom used to add some bruised pete or stinky bean too into the sambal, we used to called it as sambal tuktuk here in Palembang

Gee® said...

Nyum2x...

budakvanilla said...

uishhhh, sedapnya. memang faveret kita bab sambal nie. hehehe :D

Terowong Informasi said...

Sambal Tok Tok kalau orang jawa tak tahu, mesti pelik. kan? hehe

Cik Puan Ida said...

Thank you

Unknown said...

rasa mmg padu, terus jatuh hati slps sekali slurrppp haha

01110869956 perawan siput jantan said...

Terbaik sambal ni...anak Saya ratah gituu je...

Post Top Ad

test