Ita memang suka masak menu yang mudah dan ringkas. Sebab utamanya dapat menjimatkan masa ita di dapur selain ita dapat menghidangkan dengan kadar yang segera.
Sayur adalah menu yang mesti ada setiap kali ita sediakan hidangan untuk keluarga. Mujur anak-anak ita tiada masalah dengan sayur dan mereka dah di latih dari kecil supaya suka makan sayur.
Ita selalu sangat berjumpa dengan kawan-kawan yang tak suka makan sayur. Ada juga kawan-kawan ita yang sering mengeluh kerana anak-anak tak suka makan sayur. Pada ita untuk menggalakkan anak-anak makan sayur kita kena mulakan dari mereka kecil.. ibarat melentur buluh.. sebaiknya biarlah dari rebungnya..
Masa anak ita kecil, ita dah kenalkan mereka dengan sayur. Anak-anak ita biasanya ita suap setiap kali mereka makan sedari kecil hingga lah 12 tahun usia mereka. Bila ita nak suapkan makanan kat anak, sayur tu ita akan potong kecil-kecil, ini supaya mudah untuk mereka menghadam sayur-sayur tu. memanglah ambil masa sikit... tapi itulah caranya nak menggalakkan mereka sukakan sayur-sayuran. Biasalah kan sayur ni kalau kita tak potong nanti bila makan ia terbelit kat leher atau tersangkut kat celah gigi, itulah yang buatkan budak-budak ni tak nak makan sayur. Bila anak-anak dah besar mereka dah terbiasa mesti nak makan sayur.. sekarang ulam-ulam pun mereka suka makan.
Hari ini ita masak sayur campur pula. Resepi ni mudah dan ringkas aje.. masak pun tak lama. Anda boleh letak apa-apa sayur yang bersesuaian. Nak letak makanan laut macam udang, sotong atau kupang pun boleh.
SAYUR CAMPUR
1/2 biji capsicum hijau ~ di potong memanjang atau kecil
1/2 biji capsicum merah ~ di potong memanjang atau kecil
300g bunga kobis ~ dipotong kecil
1 biji karot ~ dihiris nipis
1 peket putik jagung ~ dihiris nipis
5 ekor udang atau sotong
1 biji cili merah ~ dihiris nipis
1 biji cili hijau ~ dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum dan wangi.
Masukkan udang atau sotong , cili merah dan cili hijau.
Kacau rata hingga udang atau sotong separuh masak.
Masukkan sos tiram dan sedikit air
Masukkan semua sayur-sayuran
Kacau rata
Perasakan dengan garam
Biarkan sayur layur sebentar dan sedia untuk di angkat dan dihidangkan
No comments:
Post a Comment