Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.
Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.
Biasanya bila nak masak gulai darat ia ada rempah khas untuk memasak gulai darat. Rempah ini anda boleh dapatkan daripada pasar yang menjual rempah di negeri Kelantan. Tapi bagi anda yang tak berpeluang nak dapatkan rempah tu .. jangan berasa kempunan pulak tak dapat nak merasa.. hari ini ita kongsikan resepi yang di kongsikan oleh Kak Noly
Apa yang istimewanya kak Noly kongsikan bagaimana kita nak sediakan rempahnya jika kita tak dapat cari rempah gulai darat. Mudah sahaja rupanya anda hanya perlu campurkan cili serbuk dengan kunyit hidup.. tadaaa... dah dapat dah rempah gulai darat..mudah aje kan.. Kerana ita tak ada stock rempah gulai darat dalam simpanan, ita cuba kaedah yang kak Noly tunjukkan dan memang sedap juga.. tak banyak bezanya dengan yang menggunakan rempah gulai darat
Menurut kak Noly lagi gulai darat ni kuahnya tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering.. ialah yang biasa ita makan bila ke Kelantan kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. yang sedan-sedang aje.. Ianya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk hidangan anak-anak juga.. Jom kita intai resepi yang sedap sangat ni..
DAGING GULAI DARAT
Resepi Oleh : Kak Noly
1/2 kg daging
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 ketul ubi badak saiz kecil atau 3 biji kentang
3 sdm kerisik
3 sdm rempah gulai darat
1 cm gula melaka
garam secukup rasa
2 keping asam keping
sedikit mnyk utk menumis
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 sdm ketumbar biji ~ sangai tanpa minyak dahulu
* Jika tiada rempah gulai darat, boleh campurkan 1 cm kunyit hidup dan 2 sudu makan serbuk cili dalam gulai. Versi yang sedikit berlainan tapi rasanya tetap sedap.
Hiris nipis daging atau potong dadu sederhanan besar.
Ubi kentang atau ubi badak jika ada di potong baji
Santan di asingkan 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah gulai darat, kerisik, gula melaka dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan ubi kentang
Masukkan santan cair dan masak hingga daging dan kentang empuk
Setelah daging empuk, masukkan santan pekat, asam keping
Biarkan ia merenih hingga kuahnya pekat dengan api yang perlahan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan
11 comments:
mmg nampak sedap!!
Ita...kalau arwah nenek saya untuk gulai darat ni dia akan tumbuk kunyit hidup, lengkuas hingga halus, kemudian campurkan dengan biji ketumbar yang telah disangai dan ditumbuk halus...kemudian campurkan dengan cili boh. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris hingga garing baru masukkan rempah yang ditumbuk tadi dan tumis hingga naik bau dan garing baru masukkan daging/ayam..masak hingga mati air ayam/daging tu baru masukkan santan cair..biarkan mendidih kemudian masukkan santan pekat dan kerisik...jgn lupa masukkan gula melaka, garam dan asam keping..bila dah hampir masak masukkan cili hijau yang telah dibelah 2..biarkan mendidih seketika dan siap..boleh makan bersama nasi putih atau pulut kuning...
Nampak sangat sangat sangat menyelerakan daging gulai darat ni...
Kak Ita kat mana nak dapatkan rempah gulai darat ni... ?? Cicah roti jala mesti best giler ni.. :)
mabeles kak ita
ermm... sedapnyer...
Sedapnyer..
Memg sedap gulai darat. Ore kelate meme suko bena. Hehe. Cantiklah blog akak. Kalau sudi lawatlah.blog saya yer. Saya org baru org muda suka sgt masak. Eh muda ke. Haha. Resepi senang easy n mabeles. Salam kenal. :).
nk try.. hope sedap dan menjadi bila sy buat nanti
salam. puan azlita .terima kasih di atas segala resepi yang di kongsikan.kali pertama saya mencuba ialah mee goreng, saya ikut sebijik' ramuanya , kuantiti dan cara memasak. memang sedap.. selalu husband makan 1 pinggan je jadi sy mintak dia bg kawan2nya sbb sy masak 1 kuali besar..pastu xjadi sbb suami sy makan dan bwk bekal je da tgl skt. dia kata sedapla.sejak dari tu saya masak ikut resepi puan..saya copy semua resepi puan utk rujukan saya.. memang terbaik..pasni xsabar rasanya nak masak plak utk mak ayah dan mak mentua..Thanks again.
Saya follow 100% sedappppppppp. Hingga menjilat jari...tqvm
Saya mesti tambah budu kpd gulai yg hampir masak, baru afa oomph, baru rasa Kelate
Post a Comment