Bila ada nasi berbaki dalam periuk.. ita selalu memikirkan untuk membuat nasi goreng sebagai santapan di pagi hari. Kalau di rumah ita ni semua suka nasi goreng.. Ita pun suka nak membuatnya kerana cara membuatnya yang ringkas dan ianya juga amat mengenyangkan. Bila dah masak nasi goreng sebagai sarapan pagi.. makan tengahari nanti ita masak lewat sikit sebab masing-masing dah kekenyangan.
Asyik dengan menu resepi nasi goreng yang sama.. nasi goreng kampung.. nasi goreng cina.. nasi goreng cendawan.. nasi goreng ikan masin.. pasti dah jemu.. bukan yang makan rasa jemu tapi tuan yang masak juga terasa jemu dalam menghasilkan menu yang sama setiap masa.
Hari ini ita nak cuba resepi yang lain sikit.. Pencarian ita berakhir di buku resepi milik Chef Zaidah. Citarasa Malaysia melahirkan 1000 resepi unggul untuk di cuba. Banyak sangat resepi yang menarik.. Ada beberapa resepi yang ita dah cuba.. Tak sia-sia juga ita mengumpul koleksi buku masakkan. Inilah gunanya bila dah tiada idea nak memasak..
Hari ini ita memilih untuk menyediakan Nasi Goreng Permata Hati..
Waaaa... menarik namanya kan.. pasti menarik dan tertarik juga nak mencuba.
Nampaknya percubaan ita tak sia-sia. Suami dan anak-anak sukakan rasanya. Mula ita risau mereka tak suka kerana resepi menggunakan bunga kantan dan serai yang pasti membuatkan nasi terasa beraroma. Tapi tak sangka.. licin nasi yang di masak. Hingga suami berulang-ulang memuji keenakkan nasi goreng kali ini dan minta ita menyediakannya lagi keesokkan hari..
Anda bagaimana?
Teringin merasakan kelainan.. jangan takut mencuba resepi baru untuk keluarga..
NASI GORENG PERMATA HATI
Resepi Oleh : Chef Zaidah
Rujukkan : Citarasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Terbitan : Marshall Cavendish
4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah ~ di hiris
5 ulas bawang putih ~ di hiris
150 Gm udang segar ~ di bersihkan buang kulit
100 gm daging ayam ~ di bersihkan dan di hiris
1/2 batang bunga kantan ~ di mayang halus
1/2 batang seraio ~ di mayang halus
10 tangkai cili padi ~ di titik atau di hiris
4 cawan nasi ~ di peroi
1 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan udang dan ayam
Biarkan ayam masak dahulu, kemudian barulah masukkan bunga kantan, serai dan cili padi
Apabila naik wanginya, masukkan nasi, kicap pekat dan garam secukup rasa
Goreng sebentar
Goreng hingga rata dan hidangkan
Set hidangan ini untuk 6 hidangan
10 comments:
ala..resepi nasi kerabu sebab pakai serai dan bunga kantan. looks tempting sgt
telan air liur dah nie..
Lama tak singgah blog kak ita ni...sejak berpantang. Menarik menu ni...tp kena tukar udang tu dgn benda lain kot utk saya...tq k.ita...
haah macam nasi goreng kerabu la,lama tak buat
Wah! sedapnya Ita... bak nak sepiring... udang lebey ar... hihi
sedap betul.. hurmmm
nasi goreng mmg juadah yang simple tp sedap, terutamanya kalau dimakan panas2..Allah, nikmat!
favourite saya, nasi goreng kampung :)
List udangnya jadi inget asam urat.hehe
Hai nk makanan kesihatan boleh tgk www.momstoreretail.blogspot.com atau wsap 012 7646324
Hai
Post a Comment