Resepi ayam masak kicap bermadu ni ita masak beberapa hari yang lalu. Tak sempat-sempat nak kongsikan dalam blog akibat kekangan masa. Maaf lah ya kalau sejak dua menjak ni blog ita kian sepi dan terasing. Masa ita cukup-cukup terbatas bertambah lagi dengan tempahan kek yang semakin hari semakin Alhamdulillah sambutannya.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang masih setia menemani blog ita walaupun semain sepi rasanya..
Ita tak boleh nak sembang panjang, kita terus sahaja pada resepi yang ita ingin kongsikan. Resepi ayam masak kicap bermadu ini ita ambil dari blog sifu masak kita Dapur Tanpa Sempadan. Sebenarnya kadang macam kering idea nak masak. Bila nampak resepi ni ita terasa macam nak cuba. Kebetulan anak ita Dalili suka lauk kicap, pasti lebih enak bila di letakkan madu. Alhamdulillah sedap juga rasa lauk ni.. kalau anda dah tak ada idea nak masak macam ita.. boleh cuba lauk ni.. mesti anak-anak suka. Resepinya pun ringkas dan tak pedas. Sesuailah untuk anak-anak makan tengahari sebelum melangkah ke sekolah.. atau bagi anak yang lapar bila pulang dari sekolah nanti.. Ita masak lauk kicap ni berkuah sikit. Tak kisahlah kalau anada nak masak berkuah lebihkan sedikit air. Kalau suka kering boleh ikut macam Mat.
AYAM MASAK KICAP BERMADU
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan cuci bersih
3/4 camca teh garam
1 camca besar serbuk kunyit
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan perap sebentar. Kemudian goreng, angkat dan ketepikan
3 biji kentang ~ kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar ~ hiris bulat dan leraikan
5 ulas bawang putih ~ diketuk
1/2 inci halia ~ hiris
1 biji cili merah ~ hiris memanjang
1 biji cili hijau~ hiris memanjang
1 batang leek ~ potong dan rendam
3 camca besar kicap pekat
4 camca besar kicap lemak manis
1 camca besar madu
1 camca besar sos cili
1 camca teh serbuk lada sulah ~ ita gantikan lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit hirisan daun sup, untuk hiasan
Toskan kentang, kemudian lap kering.
Goreng kentang hingga empuk dan keemasan, guna api kecil dan kacau
sekali sekala.
Angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula
ayam hingga masak, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
Cedok keluar minyak, dan tinggalkan kurang lebih 4 cammca besar.
Cedok keluar minyak, dan tinggalkan kurang lebih 4 cammca besar.
Tumis kayu manis, bunga lawang, bawang
putih dan halia hingga harum.
Masukkan cili sos, kicap pekat dan kicap
lemak manis.
Kacau rata dan masak dengan api kecil.
Masukkan leek (toskan) dan ayam.
Masukkan leek (toskan) dan ayam.
Gaul
rata2.
Tambah lada sulah, bawang besar dan cili merah dan cili hijau.
Tuang
sedikit air, kacau dan masak hingga pekat.
Akhir sekali masukkan madu,
gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup
dan hidangkan
4 comments:
Thanks kak ita share resepi :)
kak ita, kapan kita boleh masukkan kentang goreng ke dalam masakan ? Bersama dengan ayamkah ?
Bestnyaaa...
SUKA TGK BLOG PUAN. GAMBAR CANTIK2.
Post a Comment