Mee Kuah sedapnya hingga menjilat garfu.. - masam manis f

Breaking

Apr 2, 2015

Mee Kuah sedapnya hingga menjilat garfu..




Assalamualaikum..
aiii... apa khabar semua... lama nya tak jengah sini.. macam rindu lah pulak rasanya..
Pada yang ternanti-nanti resepi terbaru dari dapur ita ni.. aduyaiiii... minta maaf banyak-banyak ya.. ita ni sibuk sangat sejak dua menjak ni.. bertambah pula masalah internet yang slow sangat.. dan juga masalah blog ita yang tak berkesudahan..

Kadang rasa macam malas pulak nak tulis blog.. rasa macam nak tutup blog dan  fokus pada keluarga. Kadang sedih jugak dengan masalah yang kerap kali terjadi pada blogger masakkan. Masalah curi gambar yang tak pernah berkesudahan dan entah bila akan berpenghujung.


Mungkin ada yang salahkan ita, kenapa akak tak letak watermark.. ? kalau letak pun di padam buat apalah susah-susah nak letak. Kenapa ita tak letak watermark? Ada banyak sebab salah satunya blog ita selalu jadi rujukan para pelajar kualinari. Ramai antara adik-adik ni sering kali minta gambar masakkan ita untuk projek, assignment atau nak siapkan paper.. Biasanya ita izinkan mereka gunakan gambar ita untuk siapkan segala tugasan. Sebab tu ita tak letak watermark.. mereka boleh ambil gambar terus dari blog ita. Kalau tak... ita nak kena cari gambar resepi tu semula memang lah payah.. ita pula tak cukup masa.. sebab terlalu sibuk. Bila tak letak watermark mereka boleh ambil dari blog ita sahaja.


Sebenarnya ita tak kisah kalau nak gunakan gambar masakkan ita sebagai rujukkan. Cuma minta satu aje... letaklah sikit dari mana gambar itu di ambil.. siapa juru fotonya.. bukan lama sangat.. cuma tulis.. Gambar dari.. sepolan sepolan.. atau gambar rujukkan dari blog mana?.. atau gambar ambil dari google.. rasanya tak patah jari tu setakat mengetuk satu dua patah perkataan..

Ita sebenarnya malas nak bising-bising pasal gambar ni.. sebab kalau kita bising sekalipun akhirnya kita juga yang menjadi mangsa amukkan.. tak ikhlas lah.. kalau tak nak kongsi jangan share gambar lah..

Apa yang ingin ita katakan jujurlah dengan setiap apa yang dilakukan..

Ok lah malas nak fikir kan.. nanti sakit kepala menyerang pula.. kita intai-intai resepi ni pulak.. dapat semangkuk mee kuah ni memang hilang sakit kepala tau! terbaik lah mee kuah ni.. memang sedap sangat.. Terima kasih juga pada kak Yah yang sudi kongsikan resepi terbaik ini. Ita perasan ramai juga rakan-rakan blog yang dah cuba.. rata-rata memuji resepi ini terbaik.

Kami sekeluarga memang suka makan mee berkuah macam ni.. Kebetulan semalam 1 hb hari ulang tahun suami ita, jadi ita masakan mee kuah ini untuk hidangan kami sekeluarga. Berselera dan bertambah-tambah suami ita makan.. sedap sangat katanya.. anda pun kena cuba juga kalau nak tahu kesedapannya.

Ita ada ubah sikit lah resepi, kebetulan suami ita tak suka makan ayam, jadi ita gantikan dengan daging. Tak kisahlah nak guna daging atau ayam yang pasti rasanya tak lari dan menyengat selera..
Jom cuba!


MEE KUAH
Resepi Oleh : Dari Dapur Kak Yah



Sebungkus mee kuning
Beberapa ekor udang sederhana besar
2 biji telur
2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)
2 biji tomato ~ belah 4
1 biji lada merah ~ hiris bulat
garam dan gula secukup rasa
Limau nipis
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis


Mula-mula kita panaskan minyak 
Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sos satu persatu
Masukkan sos tiram
Masukkan cili sos
Masukkan sos tomato
Masukkan kicap
Renihkan hingga kuahnya pekat
Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
Biarkan kuah merenih dan mendidih


Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
Ita lebih suka menggunakan gula Melaka, kerana kuahnya akan rasa lemak-lemak gula Melaka.
Kemudian masukkan udang
Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
Ita suka pecahkan dulu telur dalam mangkuk, supaya tak lah termasuk telur yang rosak atau termasuk kulit telur.
Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras
Bila telur dan keras baru masukkan sawi
Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih.
Sedia untuk di hidangkan
Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis
Sedap juga di makan bersama cili jerus


yum.. yum.. jemput makan semua...





28 comments:

fazianbatrisyia said...

sy lah salah sorang yg ternanti2 tu. kak ita sihat? rindu tau air tgn kak ita. tak baik ambil kesempatan atas kebaikan org lain kan kak...harap ada hikmah yg lebih baik kak ita dpt nanti.

Salrina M Nasir said...

Terima kasih Kak Ita berkongsi resepi....ada a few resepi yg dh saya cuba dr blog masam manis nie...mmg mabeless!!!.....

~fam~ said...

Rindu kat entry baru blog kak ita juga. Kak ita, jangan tutup blog please. Banyak lagi resepi kak ita yang saya nak cuba.

Moga dirahmati Allah kehidupan akak sekeluarga.

rahel said...

Sedapnyaaaa....slrup!

Anonymous said...

saya tengah cari resipi kek indulgence kt google then terjumpa blog akak.macam fall in love at first sight pulak.saya siap baca dgn suami saya blog akak sbb dia suka makan so saya tnjuk gmbr2 akak masak. hahaha seronok sangat.lepas tu lagi saya salute akak,gambar tu akak tangkap sendiri.and i feel u bila org curi gmbr kita n tk mntk izin.sbb hasil tangan kita kan... keep it up kak!

Gee® said...

Wow! Yummy nya

My Umaira said...

Assalamualaykum wbt

Kak Ita, this looks so delicious! I've tried a couple of your recipes (like Donut Kentang Gebu, Nasi Ayam Penyet, Nasi minyak), I definitely try this one too! InsyaAllah :) . Alhamdulillah all turn out well and my friends love them. Syukur Alhamdulillah for sharing wonderful and best recipes Kak Ita. Jazakallah khir. I also promote your website to friends who are struggling to cook their own malay and halal meals.

For those who plagiarize your work Kak Ita, may Allah transform their wrong deeds to further promote you and your talents, and most of all your generous and noble characters to educate others. Aminn Ya Robbal Alamin.

Unknown said...

nampak sangat menyelerakan Kak Ita..terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni..akan diaplikasi utk juadah berpuka puasa petang nanti..tak sabar nak balik dan masak..

TH said...

Bump across your blog when finding the recipe for crepes, love the way you decorate the crepes, and this Mee Kuah is one of my favorite too! Thanks for the recipe sharing, and for the plagiarism part, please put watermark on your photos that you took so that no one else will claim the photos theirs. All the best and keep on blogging!

OKje said...

Lebih kurang mcm mee bandung.....cuma bezanya tak de udang kering jer. Kalau mee bandung tak de sos bagai tu

Avicenna Boutique & Gallery said...

Dari dulu nak tanya, terang nye camera kak ita. Kak ita guna camera ape enk?

Unknown said...

Terima kasih kepada ita dgn resepi ni. Kak zue baru buat. Alhamdulillah thumb ups. Anak2 suka sgt. Terima kasih sekali lagi.

Unknown said...

sedap nye nk try la jap lg

Unknown said...

Thanks for sharing kak. I tried yesterday. My family n my hubby cakap nice . Superb.

Unknown said...

Thanks for sharing kak. I tried yesterday. My family n my hubby cakap nice . Superb.

Unknown said...

Thanks kak ita for for sharing the recipe. I tried yesterday. My family n hubby said its nice n superb.

Unknown said...

Thanks kak ita for for sharing the recipe. I tried yesterday. My family n hubby said its nice n superb.

Aisyah Ghazi said...

Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Ati said...

salam k.ita. nk tnya apa beza mee bandung dgn mee kuah ya. tgok cm sama

Unknown said...

Saya dah try semalam mmg best. Mee Kuah ni power!! Terima kasih kongsi resepi.

Unknown said...

terina kasih kongsi resepi... jadikkk... awesome ��

Miss arisa said...

Brape gram gula melaka tu?

Miss arisa said...

Kenapa bila saya letak kicap terus kuah saya jadi warna hitam. Mmg 3 sudu ke? Ke byk sgt tu.. Huhu. Terus sy x tambah sos tiram n tukar jadi masak mee goreng je

Elena said...

Assalamualaikum k.ita...sy dh try resepi ni smlm..memang superb.... Sedap sgt²... Tqsm share recepi yea k.ita.....

Unknown said...

AsSalam. Betol menjilat jari. Saya gunakan rusuk dagung kambing ...yummy. jazaa kallahu khair

Nor said...

Terima kasih utk resepi...alhamdulillah sedap

Unknown said...

Mohon izin ambil resipi ya. Tq

dds said...

Nampak menarik. Terima kasih kerana berkongsi. Kami juga ada membuat resepi ini boleh tengok di mee kuah by Dapur Osyom

Post Top Ad

test