Ita sangat sukakan soto, tak kiralah soto nasi, mee hoon atau mee kuning. Tak kira juga soto ayam, daging atau tulang. Kerana ita begitu suka makan soto, ita suka mencuba pelbagai resepi soto yang seringkali di kongsikan. Pantang ada resepi baru.. cepat aje ita nak try. Ialah manalah tahu kalau terjumpa resepi yang betul-brtul menambat selera. Namun begitu setiap resepi yang kawan-kawan kongsikan semuanya cukup enak dan menyelerakan pada tekak ita dan keluarga.
Semalam Dalili bawa lagi kawan-kawannya pulang ke rumah setelah pulang dari Choral Speaking. Sementara nak tunggu kelas petang bermula, dia bawalah kawan-kawannya singgah rumah.. senang katanya nak mandi, salin baju dan juga menjamu selera.
Bila Dalili kata nak bawa kawannya pulang, ita mula merangka-rangka nak masak apa. Kebetulan tekak ita ni dah lama teringain nak makan soto. Nak tunggu anak-anak balik berkumpul... bilalah pulak masanya..lama lah pulak nak menunggu... Oleh itu ita merebut peluang rakan-rakan Dalili bertandang untuk menyediakan soto ayam.
Kali ini ita mencuba resepi dari Adnan Ibrahim. Ita tertarik nak mencuba resepi dari Mat ni kerana Mat meletakkan rempah kurma dalam soto yang di sediakannya. emmm... pasti lebih enak dan lemak-lemak rasanya.
Memang tak rugi mencuba, resepi yang ringkas dan mudah dan rasanya juga sedap dan menepati selera semua. Kawan-kawan Dalili pun suka dan bertambah-tambah mereka makan. Sesekali terdengar juga mulut mereka mengomel.. uhhh... pedas.. hihi mungkin cili kicap ita tu pedas agaknya..
SOTO AYAM
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim
Bahan Untuk Kuah Soto
2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
Bahan Lada Kicap
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis
Bahan-bahan Lain
Nasi Impit
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng
Cara membuat kuahnya
Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata.
Masak guna api sederhana.
Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik.
Kacau hingga rata.
Tuang air anggaran 3 - 4 liter.
Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana.
Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing.
Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.
Penyedian Soto
Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh.
Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).
Untuk Lada Kicap
Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.
BEGEDIL
Bahan-bahannya
5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 camca besar hirisan daun sup
1 camca besar hirisan daun bawang
1 camca teh rempah sup "ADABI"
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu
Cara membuatnya
Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk.
Angkat dan toskan.
Lenyek hingga lumat.
Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum.
Gaul hingga rata.
Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas.
Buat hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali.
Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan.
Gunakan api sederhana.
Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel
17 comments:
Kak ita kalau masak nampak menyelerakan sungguh.. Rase mcm nk masak sekarang jugak! Selalu jugak try resepi kak ita ni. Memang sedap & menjadi. Yummmyy...
LatifahFazri
Terlior tengok... nyum2x
emmm sedapnya...pagi tadi saya sarapan soto di kantin ofis..
Insya Allah lain kali boleh cuba resepi ni plak..:)
Waw sedap sekali..
Obat Penyakit Ginjal Kronis
Waw sedap sekali..
Obat Penyakit Ginjal Kronis
Sedap nyaaaa soto tu...tgk gambar dah bole tersa kat tekak,,,hihi..terima kasih sis kongsi resepi..
Jemput singgah di blog saya pula ye ...
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/
nyam nyam...sedapnya....!nak cuba juga lah buat di rumah...!Dah lama xmakan soto...
Jemput singgah di blog saya pula ye ...
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/
wow! sedapnya... mangkuk tu kiut! :))
sedapnya kak ita!
Assalamualaikum. Do you mind if we share this webpage in our Facebook page? We are currently developing an app called Nutmeg (a recipe app) and we are trying to get youngsters and foodie out there to get into the kitchen. Thank you for your time.
resepi akak memang semua sedap-sedap sbb saya selalu cuba..siap boleh buat tempahan untuk masjid or mesyuarat kecil-kecilan or reunion..
http://kitanitakperfect.blogspot.com/2015/05/best-friend-forever-part-2.html
Terliur bila tengok pada gambar soto tu!
assalam kak ita ambil resepi ye. hee sudi follow la jugak :) masih baru dalam dunia blog.Tq.
http://chentaqaseh03.blogspot.com/
assalam kak ita ambil resepi ye. hee sudi follow la jugak :) masih baru dalam dunia blog.Tq.
http://chentaqaseh03.blogspot.com/
mekasih kak ita.mmg sedap sgt2..baru semalam liyan buat. puas hati makan. cuma liyan x tambah lada hitam utk anak makan..apa2 pon mekasih kak ita utk resepi ni..mmg terbaik :)
Dah terai! Mmg sedappp :D
Saya ambil perkongsian resepi soto sahaja lain tiada terima kasih
Post a Comment