Sup Ayam Istimewa - masam manis f

Breaking

Apr 6, 2015

Sup Ayam Istimewa


Assalamualaikum..
Hari ini ita masak yang mudah dan ringkas aje untuk kami 3 beranak. Bila tinggal 3 beranak tak adalah nak masak pelbagai.. sebab takut membazir pulak.. hihi sekarang ni kan barang semua dah nak harga.. bertambah lagi dengan GST lagi.. jadi memang kenalah berjimat dalam bebelanja.

Walaupun ringkas tapi sedap dan istimewa sup ayam ni.. namapun dah sup ayam istimewa mestilah istimewa kan..
Apa yang istimewanya kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup bunjut dan rempah sup. emmm... di situ kita dah jimat kan dah tak perlu beli sup bunjut dan tak perlu beli rempah sup.. dapat jimat belanja dapur kita untuk bulan ini ^_^
Bagi anda yang sukakan rasa sup asli inilah ramuannya dan anda harus cuba!


Jika anda tak suka ayam boleh gantikan dengan daging, kambing atau tulang. Jom kita intai resepi yang di kongsikan oleh Che' Nom


SUP AYAM ISTIMEWA
Resepi oleh : Che' Nom
Rujukkan : iResepi

500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih
1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang  1 inc
2 biji kentang ~ di potong baji
1 biji tomato ~ belah 4
Daun sup dan daun bawang di mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga

Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu

Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar
Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang
Masak hingga empuk
Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang







29 comments:

rahel said...

Waaa....sedapnya...slrup!

Unknown said...

Sje jalan2 dalam blog2 akk..tq share resepi2 mudah. sy bru nk berjinak2 dlm masak memasak ni.


*itupn selepas 5 bln berkahwin. Hehehe. keep the good work kak!

Nor Rimah said...

adoiii.. tertelan2 air liur ni.. tetiba rasa perut lapau..hehehe

Adele said...

Maksud sangai tu apa ya kak?

allinoneshop said...

Nyumm nyum

aciiikkkkkk said...

xpyh letak sup bunjut or rempah sup ke

aciiikkkkkk said...

goreng tanpa minyak

sitizuu said...

Mmg sedap resipi nie...😋

Unknown said...

knp saya dah try jdi mcm sup kurma dah lps msuk jintan2 tu suma

Nor said...

tanpa sup bunjut?...hmmm..nmpk sedap

hawa jailani said...

Salam Kak Ita, ayah saya suka sangat sup ni..terima kasih..

Unknown said...

Menu sup ayam ni + ayam goreng

Anis Azalea said...

Nampak sedap...tak pernah pulak saya masak sup ayam menumis.

hayati suki said...

sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

Luna Merza said...

Terima ksih dgn resepi. Mr. Husband suka dan siap tambah nasi lgi :)

Nursafina Sidin said...

Sy dh cube resipi ni...sedapp sgt..mmg mendpt sambutan...tanpa rempah..
Sy letak sup bunjut jgak..tp jintan manis & jintan putih sy gunakan serbuk...jd x perlu sangai..pon jd...
Thanks sis..!

yantie3011@gmail.com said...

Thanks sis untuk resepi

edah said...

Saya nak try resepi ni harini.tq for sharing.. semoga Allah memberi rahmat kpd akak krn xlokek berkongsi resepj.

Unknown said...

Klau tak ltak biji buah keras takpe ke

ida said...

Alhamdulillah arini saya dah try resepi ni. Mendpt pujian dr bakal suami.

Sis Rezzan, saya buat pon xletak sbb xde..

Diah Ngasri said...

Assalammualaikum kak, saya dah cuba resipi sup ayam ni. Memang sedap!

Unknown said...

Tq for sharing. Nk masak utk anak2 kesayangan. Harap depa semua suka la..

Zarina said...

Thanks for the recipe ! Now my sup ayam dah tak Flat macam sebelum nie.

MyaRose said...

Assalamualaikum sis,

Syukur alhamdulillah krn sis sudi berkongsi resepi ni. Now sup ayam sy lbh sdp dri sebelum ni.rempah ratus yg sis gunakan much better dari sy guna sup bunjut @ perencah2 sup yg pernah sy cuba di pasaran.tq again sis.

Anonymous said...

My husband luv it, TQ for sharing this receipe

Anonymous said...

G

ceritahartanah said...

Saya mmg sejak lepas kawen mmg klu buat sup ayam, mmg nie la resipi sy buat, smpi sy dh ingat hehe.. Klu rs terlalu berempah, sy kurgkan jintan manis tue. Setakat nie x penah lg laa sy guna sup bunjut utk masak sup ayam.. Alhamdulillah, sentiasa dpt pujian dri suami.

Ida said...

Salam Kak Ita, best tu sup ayam.

Unknown said...

As salam Kak Ita. Terbaeekkkk la sup akk ni. Sejak sy guna resipi akk, sy x guna resipi lain dh. Semua org suka sup ni. Suami suka, mak,ank ii dan ank buah semua suka. Maceh kak sbb sudi share resipi ni....

Post Top Ad

test