Sup daging dan air nenas - masam manis f

Breaking

Jul 2, 2015

Sup daging dan air nenas


Hari ini ita masak simple jugak untuk berbuka puasa, memandangkan kami ni dah tinggal bertiga beranak sahaja.. Semua yang tinggal ni pun tak kuat makan.. Jadi ita pun masak yang mudah dan ringkas aje.

Ita hanya sediakan sup daging. Sup ni boleh kalau nak makan dengan nasi atau roti. Terpulang pada selera masing-masing, yang suka roti boleh makan dengan roti dan bagi yang suka berat sikit boleh gandingkan dengan nasi. Ita juga sediakan ayam goreng untuk anak dara ita Dalili dan juga air nenas kesukaan kami sekeluarga.



Apa yang paling ita suka, tahun ini selain ita tak ke bazar Ramadhan, kami juga tak membazir. Ita masak cukup untuk kami 3 beranak aje.. Untuk pencuci mulut pula kalau suami ita teringin nak makan barulah ita sediakan sebab ita tak nak banyak sangat makanan nanti lepas buka semua tak bersentuh.. dah membazir pulak kan.. tak baik membazir.. lebih-lebih lagi dalam bulan puasa yang mulia ini. Kalau anak bujang ita balik baru meriah sikit menu, sebab mereka pemakan sikit..


SUP DAGING

1 kg daging lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus  jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar di hiris
1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
1 batang lobak merah ~ di dadu
2 biji kentang ~ di dadu
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng untuk tabur
Garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 batang lobak merah
3 pokok daun bawang ambil bahagian batang putih yang bawah

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak dan batang daun bawang di kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti. 

Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula lobak merah dan batang daun bawang yang telah di kisar halus.
Masak lagi hingga garing
Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan daging dan air rebusan daging. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
Tutup api dan sedia di hidangkan bersama sambal kicap bagi pengemar sup yang pedas.


SAMBAL KICAP ZAHIR TAK TERUCAP
Resepi Oleh : Chef Amer

15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC ita guna kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar
Sedia di makan bersama sup tulang





AIR NENAS

1 biji nenas ~ buang kulit dan mata nenas , belah 2 dan buang empulur tengah
1/2 bahagian nenas tadi di potong dadu
1/2 bahagian nenas lagi di kisar halus
air secukupnya
gula ikut kemanisan
1 helai daun pandan di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih dan gula larut
Bila dah didih sejukkan
Hidangkan bersama ketulan ais




19 comments:

Unknown said...

Salam perkenalan kak Ita, minat sungguh la dengan gamba2 masakan Kak Ita, cantik semua. Selalu juga bertanyakan khabar kak Ita dari Aidora (saya di Kelantan), sy bgtau dia, sy memamg minat kak Ita. Lucu ye nama sambal kicap, hehe. Saya dulu blaja kat johor, memang jatuh cinta dengan sambal kicap.

Malinda said...

akak pon sejak awal puasa belom terjejak lagi ke param...memang dah tanam niat nak berjimat tahun ni makan ape yg ada ...air nenas tu kene didihkan dulu ek baru tahu nampak cam pekat dan sedap...tq nanti bole cuba

intandayani said...

Menarik gak idea air nenas tu kak Ita

Unknown said...

Salam perkenalan sis ita..tengok gambar pun dah terliur..nampak sedap sangat. Bolehla mama cuba masak lepasni.

Unknown said...

Sup makan dengan sambal kicap memang terangkat habis.

KakSuey said...

sedapnye nampak sup daging tu. terliur lah

Unknown said...

As salam Kak Azlita. Saya suka dengan blog akak ni. Setiap kali tak tau apa nak masak saya akan mencari idea di blog akak. Alhamdulillah semua resipi yang akak bagi sedap-sedap. Terima kasih Kak.

fazianbatrisyia said...

menu kegemaran sy jugak ni...daripada sup ke air tu semua sukalah...
mana ni biskut raya kak ita...muncul lah...

Eray Majid said...

Kenapa sup ni nampak best sangat? Bestnya kalau duduk berjiran dengan kak ta.

aryn Fadz Lee said...

Sedapnya rupa sup daging kak ita tu.nanti nak cuba resepi kak ita ni :)

aryn Fadz Lee said...

Sedapnya rupa sup daging kak ita tu.nanti nak cuba resepi kak ita ni :)

chedacheyu said...

Sup buatan sendiri lagi best, buka di luar tak kena selera.. Mesti cuba resepi Kak it a.. Tq

KHALID said...

Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

My Sewing Memory said...

Assalamualaikum...seronok sy baca blog kak Ita... bukan mudah utk buat tutorial bergambar dgn professional..hanya kesabaran dan ketekunan diperlukan..dan semuanya menjadi mudah...it is all about passion!!...

Jazakallah utk semua ilmu resepi..fotografi dan interior... sy rasa kak Ita mesti gemar barangan yg ada nilai estetika dan antik kan..sebab sy pun minat barang antik ni :-) Classic :-)

Terima kasih kerana terus menghasilkan post yg best2...salam Ramadhan dan selamat hari raya

Unknown said...

Bestnye...bole try...tq sharing resepi....sambal kicap tu nama tkleh tahan...heheheh

Unknown said...

Assalamualaikum, pertama kali 'jejak kaki/jari' ke blog ni. Resipi & gambar-gambar yang sangat menarik. Will be back ;-)

Emmanita said...

i love the recipes and photos..do you have english version for this blog. thanks

OKje said...

Weyh.....terliur nengoknya ni.....hihi

Unknown said...

Kak Ita...
Pakar rujuk saya no 1... heheheh
Apa je yang hubby suruh masak mesti google azlita masam manis..
Sampai suami pun da tahu..if saya jawab xtau nk masak resepi yang dia request,
dia pulak suruh saya jengah blog kak ita...

thanks kak Ita...

Post Top Ad

test