Sana kedut.. sini kedut..
Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.
Sekarang muncul pula dengan di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai.
Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.
Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam sebelum di campurkan ke dalam adunan.
Ramai yang menyatakan kehairanan.. bagaimana brownies ni boleh berkedut pada permukaannya. Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg.
Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Untuk brownies ita ini, ita menggunakan coklat masakkan jenama Beryl's dan untuk serbuk kokonya ita menggunakan Cacao Barry Extra Brute 100 % coco. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.
Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.
Resepi ini di katakan oleh Cik Cek dan di kongsikan oleh Ayu. Ita ambil pula dari blog Juicy Cafe. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Kepada yang nak cuba jom ikut ita masuk dapur.
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
206 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 206 of 206Assalamualaikum kak azlita saya dah 2 tahun buat jual ikut resepi akak ni..saya pernah join class online pjj juga ada resepi Brownies tapi costumers saya tak suka..mereka lagi suka Brownies dari resepi kak ita..terima kasih kak ita kongsi resepi ni..saya memang suka follow blog akak bila nak cari sesuatu resepi..
Assalamualaikum kak azlita saya dah 2 tahun buat jual ikut resepi akak ni..saya pernah join class online pjj juga ada resepi Brownies tapi costumers saya tak suka..mereka lagi suka Brownies dari resepi kak ita..terima kasih kak ita kongsi resepi ni..saya memang suka follow blog akak bila nak cari sesuatu resepi..
Assalamualaikum kak ita. Alhamdulillah sy buat mnjadi n skrg da boleh buat niaga. Sy minx maaf baru ckap skrg. Minx halalkan ilmu yg k. Itaa kasi ni ye. Smoge dpermudahkn urusan k. Itaa skluarga. Aamiin.
Nak tnya, kalau guna selain unsalted butter tu boleh ke ? Guna buttercup
Thank you very much for seeing good information.
Thank you very much for seeing good information.
Thank you very much for seeing good information.
Thank you very much for seeing good information.
Post a Comment