Resepi yang mudah dan ringkas.. yang penting sedap!
Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah penyediaannya, cepat di masak dan sedap di makan. Makan dengan nasi goreng ada telur dadar dah cukup mengenyangkan.
Sebagai ibu kadang kala, kita kebuntuan idea untuk memasak. Hari-hari dengan menu yang sama, bukan sahaja yang makan terasa bosan.. tukang masak pun bosan di buatnya.
Memandangkan sekarang.. kos sara hidup yang semakin meningkat.. dengan barang dapur yang semakin mahal harganya.. bertambah terbeban dengan cukai barangan GST, ramai yang mula mengambil jalan untuk berjimat cermat.
Kalau dahulu, pelbagai juadah di sediakan untuk keluarga.. sekarang cukuplah dengan satu hidangan sahaja.. yang penting mengenyangkan. Satu hidangan pun.. jika kena caranya.. enak hidangannya.. pasti bertambah-tambah seisi rumah menjamu selera.
Hidangan yang ita sediakan hari ini cukup ringkas.. ita suka sediakan makanan yang ringkas-ringkas aje sekarang.. memandangkan terkejar-kejar masa setiap hari. Janji perut anak sempat diisi sebelum melangkah kesekolah. Jika ada masa terluang seperti hujung minggu.. barulah masak yang renyah-renyah sikit.
Ianya juga sesuai untuk anak-anak kita yang tinggal berjauhan dari keluarga.. tak kiralah untuk anak bujangnya atau anak dara. Dari makan diluar baik masak sendiri dapat jimat belanja sikit.
Resepi daging masak merah ni di kongsikan oleh dyna di My Resepi. Bila melihat ramai kawan-kawan yang dah mencuba dan rata-rata memuji.. ita pun tak naklah lepaskan peluang mencuba. Ternyata hasilnya tidak mengecewakan.. Berselera kami sekeluarga menikmatinya..
DAGING MASAK MERAH
Resepi Oleh :Dyna
Rujukkan : My Resepi
500 gm daging ~ dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Hiasan
daun sup
daun bawang
kacang buncis
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum
Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram
Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging
Perasakan dengan garam
Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat
Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang
Angkat dan sedia dihidangkan
Boleh di makan bersama nasi goreng atau nasi putih. Tambahkan juga telur dadar untuk dimakan bersama.
14 comments:
Terliur plak SA tengok menu ni....
meleleh air liur..macam menu nasi goreng usa kat kedai tom yam tu ...ermmm....menyelerakan
salam ukhwah, selalu makan di gerai je menu ni, terima kasih berkongsi resepi mungkin boleh mencubanya di rumah pula nanti tqsm :)
nampak sedap betul ini kak....
nampak sedap betul ini kak....
Alhamdulillah..Ita kembali bersiaran. Ingatkan merajuk kemana dah. he he
Kipidap dgn menu2 air tangan ita yg sentiasa menarik dan berinfomasi :*
Dah try wat tadi..mmg sedap..terima kasih sbb share resepi. Semoga dimurahkan rezeki..
Dah try, memang sedap, first time masak daging, resepinya pon mudah. Terima kasih kerana berkongsi
Boleh x guna sirap sebagai ganti pewarna merah?
Alhamdulillah. Dah buat. Tp sbb daging sy beli jenis lembut, sy x r
Alhamdulillah. Dh buat. Tp sbb daging sy beli jenis lembut dah, x payah dah nak rebus. Lgpun mmg x minat letak pewarna.
Resipi sangaatt mudah. Terima kasih azlita! Sedappp.
Hidangan tengah hari ni..mmg mudah, simple dan sedap
sy goreng daging tu...lg sedap
Mohon share.tq
Post a Comment