Chewy Choc Chip Cookies ala Subway yang sangat sedap! - masam manis f

Breaking

Sep 18, 2015

Chewy Choc Chip Cookies ala Subway yang sangat sedap!




Dah lama ita mencari resepi cookies ni. Biasanya ita akan beli di Subway. Sekarang ni dah senang sikit sebab Subway boleh di dapati di mana-mana aje.. kat JB pun dah ada beberapa cawangan Subway. Dekat dengan rumah ita pun dah ada. Kalau dulu, bila ita ke Kuala Lumpur ita mesti ajak suami singgah Subway. Ita akan borong cookies ni untuk buat stock kat rumah. Kebetulan kami sekeluarga suka sangat dengan cookies ni yang chewy, rangup di luar tapi lembab-lembab di dalam.

Baru-baru ini ita terpandang rakan dari group Masak Apa Hari Ni ada kongsikan resepi cookies ni yang katanya ala-ala Subway. Ita pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba, harap-harap ianya menepati seperti yang ita inginkan.






Setelah mendapatkan resepi dari tuan empunya badan, ita pun terus mencuba. Alhamdulillah ianya memang sedap sangat dan menepati selera kami. Cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun tak sesukar yang di sangkakan untuk mencari. Anda juga tak perlukan mixer bagai untuk mendapatkan biskut yang crunchy di luar dan chewy dan lembab di dalam. Dengan taburan choc cip yang mewah memang tak tergambar kesedapannya.

Masuk ni dah berulang kali ita membuatnya, hingga anak-anak ita pun dah boleh menyediakannya sendiri. Hinggakan masa ita menaip ni pun Dalili dan Azrul masik sibuk mengadun dan membakar cookies ni.. harum semerbak rumah dengan bau cookies.


Istimewanya cookies ni kerana ia enak di makan panas atau dingin. Coklat yang melt di dalamnya yang membuatkan kita tak sanggup meninggalkan sisanya di tangan..
Ianya juga boleh di frozenkan, maksudnya bila kita nak makan baru kita bakar.. atau kita simpan adunannya dalam peti ais untuk stock. Bila ada tetamu datang ke rumah baru kita bakar.. 15 minit dah dapat di hidangkan dan di nikmati hangat-hangat.. walla... pasti tetamu tak dan nak sembang lama-lama.. mesti tak berhenti-henti.. sekeping demi sekreping di jamah..

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan pada Tengku Marceline Tengku Fin, kerana sudi kongsikan resepi cookies yang dah lama sangat ita idamkan ini. Alhamdulillah kami sekeluarga suka sangat.. semoga perkongsian ini mendapat keberkatan buat Tengku Marceline dan keluarga. Ita sharekan di sini pula ya.. sebagai rujukan esok hari dan untuk kawan-kawan yang lain juga.




CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : Masak Apa Hani Ni




115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita


Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai


Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar




Sesuai untuk kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini nanti..
Selamat mengookies..



52 comments:

Unknown said...

Salam kak Ita..
bleh tahu x choc button jenama apa yg akak guna? terima kasih ^_^

Gee® said...

Bestnya... angkut resepi ye Ita...TQ

najua said...

Apa fungsi gula perang Kak Ita?

Unknown said...

Mmg kena simpan dlm peti ais 1 jam ye??kalau nk terus bakar boleh x?

Unknown said...

Menarik mahu mencuba

hafiz said...

Mmmmmm....sedapnya

Myalycia said...

sedapnya kak Ita...

Anonymous said...

best masuk group MAHN.hari2 nak try resepi baru..tq kak ita. gambar cookiesmu menggodaku utk cuba bt :)

ummi rifqy said...

Kak ita,tepung jagung tu masuk sekali masa ayak tepung gandum ye?

Azlita Aziz said...

ya ummi ayak sekali

Unknown said...

Salam mohon share ya. Terima kasih.

Unknown said...

Assalam sis..chocolate button tu brand apa ye..and kat mana blh cari..

Unknown said...

Assalamualikum ita, mana nak beli chocolate button? & brand apa ya, tq

Pretty Sweets said...

Salam kak ita.. kalo telur tu kecik perlu guna 2 bj ke ye??

Unknown said...

Klu guna telur gred B kena guna 2biji ke?

Unknown said...

Dah buat sedap tq

wan said...

salam sis..if nak buat cookies ni colour coklat, tambah cocoa powder ke cmne?:-)

Unknown said...

Mohon share ye..semoga keluarga kak ita sentiasa dilindungi olehNya..tqvm

Unknown said...

Kalau nak tukar chic button dgn coklat mm bole x

Unknown said...

Mohon share yaaa..minx resipi jgak

Unknown said...

Mohon share yaaa..minx resipi jgak

Asma M. said...

eh resepi ni sebijik dgn yg sy pakai.. tp sy ambil dari Anna Olson di youtube.. :)

Asma M. said...

sy prnah guna MM. boleh je.. sedap juge.. tp choc button lg sedap.. sbb dia besar, jd lg terasa coklatnya.. rasa mcm Beryls. skdar berkongsi pengalaman :)

Asma M. said...

kalau kat pasaraya brand Beryls ada rasanya.. kalau xde, cari dkt kedai bakeri. selalu kedai bakeri ada brand choc button sendiri. antara nama kedai bakeri-- 2ply, Bakeri Bagus.. tu yg saya tahu..

Asma M. said...

biasanya berat saiz A 60g & B 50g.. xingat pulak tanpa shell atau dgn shell nya

Asma M. said...

biasanya boleh kurangkan kuantiti tpg gandum tu.. contoh nak tmbh 1/3 cwn cocoa maka kurangkan 1/3 cwn tpg..

Asma M. said...

supaya pengembangan biskut dlm oven tu lbh cantik, sekata & sama saiz.. boleh refer Oh Yum by Anna Olson punya video di youtube..

Asma M. said...

utk bg chewy pd biskut.. kalau guna gula putih halus shj maka dpt biskut yg rangup2

Unknown said...

As salam kak ita, kuantiti bahan ikut resepi yg akak share tu dapat buat berapa keping biskut ye agak2? 50 keping cukup ke? Tq

Unknown said...

As salam kak ita, kuantiti bahan ikut resepi yg akak share tu agak2 dapat berapa keping biskut ye? 50 keping lebih ke? Tq akak

Unknown said...

Sis..bakar pakai api bawah ke?? Saya budak baru belajar. Tq

Azlita Aziz said...

bakar api atas dan bawah

McNally said...

nak try jugakla ... banyak resepi kek biskut kak ita menjadi apabila saya melakukannya ... terima kasih kak ita atas perkongsian ini

Unknown said...

Mohon share ya sis

niksifu said...

Klu pakai butter yg salted ada beza ke? Terima kasih

Unknown said...

nak try

Unknown said...

Salam kak ita. Terima kasih atas perkongsian segala resepi. Doh tu boleh terus bake ke after keluar fridge? Atau perlu ada masa bertenang dulu?

hansku said...

memang sedap sangat saya dah cuba! terima kasih kak :-)

Adieq_Liz said...

Saya buat ptg tadi.. Alhamdulillah menjadi.. terima kasih kak ita.. happy sgt!

mmz said...

Salam sis. Terima kasih sbb kongsi resepi cookies yg awesome ni. Ni kali kedua buat. Keluar je dr oven, berebut! 😄

Unknown said...

Kak azlita. Biskut ni nampak sedap. Tapi kalau sy nak biskut ni wana coklat; boleh tak sy gantikan tepung gandum dgn cocoa powder? 150gm tpg gandum + 50gm cocoa powder? Akan affect tekstur biskut x?

Unknown said...

sedapnya...kena cuba ni 😄

adibah said...

kalau tak de gula perang boleh guna gula biasa je?

Unknown said...

Resipi ni hasilnya dpt berapa banyak cookies eh?

Unknown said...

salam kak ita.. nk tnya. kalau tepung jagung takde boleh tak gantikan dgn susu tepung??? tq

Unknown said...

Assalammualaikum kak Ita. Mohon share ye resepi. Terima kasih.

NabilaBella said...

Sedapnyaa

Reen said...

As salam, kak ita... Klu sy nk guna buttercup 250g, so tepung, gula halus n gula perang kena ada tmbhn gak kan?? Kena tmbh bpe ye??

Reen said...

As salam, kak ita... Klu sy nk guna buttercup 250g, so tepung, gula halus n gula perang kena ada tmbhn gak kan?? Kena tmbh bpe ye??

Aties said...

Dah try.. Sedap.. Tapi macam manis sangat pulak.. Ke sebab kite dah lama tak makan manis sangat

Unknown said...

Nak tnya pkai tepung gandum cap apa ya biasanya wat cookies ni

Masz said...

Macammana kalau saya nak buat biskut chocolate chips ni tak nak jadi flat ye?

Post Top Ad

test