Air Barli - masam manis f

Breaking

Oct 14, 2015

Air Barli




Air barli adalah air minuman kesukaan bapa ita. Bila setiap hari mak sediakan air barli untuk bapa ita, ita pun tumpang merasa sekali. Lama kelamaan ita pun tersukalah minum dan menjadi antara air minuman kesukaan ita. Biasanya ita minum air barli bila badan terasa tidak berapa enak. Kalau nak demam atau selsema.. ita cepat-cepat masak air barli untuk menyejukkan badan.

Air barli juga kini menjadi antara air kesukaan anak ita Azrul. Ita kalau air barli tak suka manis sangat. Ianya enak di minum manis-manis buah aje.. Biasanya bila merebus air barli ita menggunakan gula batu sebagaimana yang mak ita ajarkan.



Air barli ni banyak khasiatnya. Nak tahu apa khasiat air barli? ini ita kongsikan khasiatnya yang ita ambil dari blog Dr. Rozmey

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang di tanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta di jadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.
Khasiat barli di percayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
Selain itu, barli juga di kesan boleh membantu merendahkan kolestrol, meredakan sembelit dan mencegah kancer.

Bijirin barli yang kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting ( vitamin B3) thiamine ( vitamin B1 ) selenium, ion, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolestrol seperti lain-lain bijirin.

Jika diamalkan meminum air barli selalu, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.


AIR BARLI

1/2 cawan barli ~ di cuci bersih
1 ketul gula batu
air secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa

Barli di cuci bersih dan toskan airnya
Masukkan barli dalam periuk bersama daun pandan,dan air, dan rebus hingga barli kembang
Bila abarli dah kembang, ambil sedikit barli dan kisar halus
masukkan semula barli yang di kisar dalam periuk dan masak semula
Tambahkan gula batu dan biar sampai gula batu larut
Jika kurang manis tambah gula pasir secukup rasa. jangan manis sangat tau! air bali ni sedap manis-manis buah aje
Boleh di hidangkan panas atau dingin






6 comments:

Ruzana Ibs said...

Favourite saya ni.
Satu hari tu, order air ni masa makan di luar.
Lepas tu, setiap kali pergi restoran tersebut, anak saya yang berumur 3 tahun tu, pasti order air barli untuk dia.. takde air lain yang dia order selain air ni. Sekarang jadi favourite kami berdua!

Ruzana Ibs said...

Favourite saya ni.
Satu hari tu, order air ni masa makan di luar.
Lepas tu, setiap kali pergi restoran tersebut, anak saya yang berumur 3 tahun tu, pasti order air barli untuk dia.. takde air lain yang dia order selain air ni. Sekarang jadi favourite kami berdua!

LuckyCharm said...

Boleh try ni... Tq!

Jiha Jahari said...

谢谢

Maizul Hamid said...

Sedap air barli ni.

Unknown said...

Hmm this is great

Post Top Ad

test