Daging Goreng Kunyit Kelantan - masam manis f

Breaking

Oct 9, 2015

Daging Goreng Kunyit Kelantan


Daging goreng kunyit ni cukup popular di Kelantan. Ia adalah makanan yang paling di sukai dan yang paling mudah penyediaannya. Ita cukup suka kalau mak mertua ita masakkan daging goreng kunyit. Dan pertama kali ita makan daging goreng kunyit setelah ita berkahwin dengan suami ita yang kebetulan adalah orang Kelantan. Dari situlah ita banyak belajar masakkan Kelantan dari ibu mertua.

Boleh ita katakan makanan Kelantan cukup mudah penyediaannya dan cukup ringkas. Walaupun ringkas,  rasanya memang tetap  sedap! bak kata orang putih les is more..  dan daging goreng kunyit ini adalah salah satu resepi ibu mertua yang paling ita suka.



Hari ini ita kongsikan daging goreng kunyit Kelantan style. Tapi bukan resepi ibu mertua ita. Tapi cara penyediaannya sama sahaja seperti yang ibu mertua ita selalu sediakan. Kali ini ita ambil dari Ena Abdullah. Sedap tau! daging dia lembut aje.. sama macam mak mertua ita masak.. suami ita pun kata sedap.. lulus katanya.. dapat 5 bintang lagi.. ^_^


DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN
Rujukkan : Ena Abdullah

600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~  tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam

Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!






3 comments:

Suzy Candy Crush said...

Sis..mula2 mase masukkan daging, halia, bwg & kunyit tu tak perlu masukkan minyak dulu ke?

Unknown said...

X payoh sbb masukkan air td tggu air kering pastu baru masukkan minyak

Unknown said...

Tq atas resepinya..

Post Top Ad

test