Kangkung Masak Lemak Putih - masam manis f

Breaking

Oct 12, 2015

Kangkung Masak Lemak Putih


Selalu kalau beli kangkung, mesti masak goreng belacan atau masak ikan masin. Hari ni suami minta ita masakkan sayur lemak. Katanya teringin nak makan kangkung masak lemak.
Bila ada yang berhajat ita pun buatlah.. tak susah nak masak sayur lemak ni.. Selain kangkung kita boleh guna apa-apa sahaja sayur yang sesuai. Lagi sedap kalau dapat sayur kampung, macam sayur turi, pucuk manis, pucuk betik, pucuk labu atau apa-apa pucuk lah yang boleh di masak.

Sesekali kalau makan lauk kampung memang lah berselera. Tekak anak kampung.. macam mana pun mesti nak cari lauk kampung jugak. lawan dengan ikan masin dan sambal belacan pun dah bangkit dah selera.




KANGKUNG MASAK LEMAK PUTIH

2 ikat kangkung ~ di potong dan bersihkan
6 ekor udang basah
1 batang cili merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
1 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan serai hingga harum
Tambahkan sedikit air dan masukkan udang
Masukkan santan
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kangkung dan cili merah
Masak sebentar hingga kangkkung layur
Angkat dan hidangkan




1 comment:

Zeeqcoziq said...

tadi saya cuba resipi ni... tapi x der serai... kurang umph la xder serai... huuuuu tapi rasepi best...

Post Top Ad

test