Ketam Masak Lemak Keledek Oren - masam manis f

Breaking

Oct 8, 2015

Ketam Masak Lemak Keledek Oren


Hari ni masak yang simple-simple aje.. sebab petang ni dah nak mula siapkan tempahan customer. Sekarang ita dah tak ambil banyak tempahan, ambil pun hanya untuk hujung minggu sahaja. Rasanya dah mula letih.. nak beri tumpuan lebih pada keluarga dan blog ita yang dah lama ita tinggalkan dulu..

Buat kek ni sebenarnya penat tau.. badan pun letih sebab kita tak dapat tidur yang cukup. Lagi pulak ita ni kerap kena darah rendah, bila kurang tidur mulalah migranie ita datang.. kejap nak pengsan.. Bertambah teruk bila cuaca yang berjerebu.. selalu aje sakit dada dan sesak nafas.

Hari ita beli ketam, beli tak banyak cukup untuk sekali makan aje.. Jadilah buat anak-anak nak merasa. Dalili yang suka sangat kalau ita masak ketam. Tapi kadang kalau cari ketam di pasar jarang ada yang besar dan betina. Banyak yang orang dah borong. Ada kalanya tuan kedai tu sampai asingkan.. yang jantan dan betina harga lain-lain dan pastinya yang betina lebih mahal.



Bila nampak ada yang molek  sikit ketam ni, ita tak lepaskan peluang untuk membeli. Jadilah sesekali merasa.

Kali ni ita masak lemak cili api, lauk kesukaan suami. tapi ita tambahkan leledek sikit supaya kuahnya pekat dan manis-manis leledek lemaknya. Berselera sekali kami menikmati hidanga di lawankan pula dengan sambal belacan dan ikan kembung goreng lagi lah bewrtambah-tambah nasi di pinggan.


KETAM MASAK LEMAK KELEDEK OREN

3 ekor ketam bunga ~ di bersihkan dan potong 2
Keledek oren ~ di potong dadu besar
1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
2 keping asam keping
1 batang serai ~ di titik

 Bahan Kisar

10 batang cili padi
2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc belacan

Ketam di cuci bersih. Sepitnya di ketuk sedikit
Masukkan ketam ke dalam periuk
Masukkan bahan kisar, serai dan air
Masak hingga mendidih
Masukkan keledek, santan dan daun kunyit
Biar merenih hingga keledek empuk sambil sentiasa di kacau perlahan
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa
Biar kuah didih baru matikan api
Sedia di hidangkan


1 comment:

Unknown said...

Terimakasih Artikel Ketam Masak Lemak Keledek Oren nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Salam Aneka Kue Kering

Post Top Ad

test