Biasanya ita memanggilnya kuih bakar Kemboja. Amie's pula memanggilnya Bahulu Kemboja. Bahulu pada ita lebih kepada kuih yang seakan kek tapi ia lebih kering teksturnya. Bahulu Kemboja pula di panggil bila bahulu itu di buat dalam acuan Kemboja.. Jika di buat dalam acuan cermai, maka bahulu itu di panggil bahulu cermai, kalau di Johor lah kan..
Mungkin lain tempat lain panggilannya. Ada juga sesetengah tempat dan daerah memanggil kuih ini bahulu Kemboja. Biarlah ita mengelarnya bakar Kemboja sahaja kerana ita lebih selesa dengan panggilan itu dan memudahkan ita membezakannya.
Bakar Kemboja atau kuih bakar adalah kuih yang sama. Kelainan bakar Kemboja hanyalah pada rupanya kerana ia di masak dalam acuan Kemboja yang berbentuk bunga pecah lapan. Acuan lama Kemboja biasanya di buat dari tembaga. Cara memasaknya hanya meletakkan ia di atas dapur dan di tutup dengan penutupnya. Tapi kini sukar untuk mendapatkan acuan tembaga, kecuali jika anda ke pantai timur. Di sana masih ada lagi kedai yang menjual acuan dari tembaga.
Dah lama ita berangan nak buat kuih bakar Kemboja ni.. Sejak terpandang kuih bakar Kemboja Amie's ita seakan tak sabar nak mencuba. Adunan Amie's agak banyak,, seperti mana kata Amies, dia menggunakan 4 acuan Kemboja untuk resepi yang beliau sediakan. Oleh kerana ita hanya ingin merasa.. dan takut kempunan pulak nanti, ita hanya buat 1/2 daripada adunan sahaja. Jadilah dapat buat merasa.. Sekarang ni tak boleh nak buat banyak-banyak takut tak habis nanti. Kuih macam ni anak-anak ita kurang sikit.. hanya ita dan suami sahaja yang suka.
Memang sedap kuih bakar Kemboja Amies ni.. lembut aje.. wangi dengan harum pandan kerana ianya menggunakan daun pandan yang banyak. Terasa lemaknya.. Kepada yang sukakan kuih tradisional, jangan ketinggalan untuk mencuba kuih ni.. sedap sangat.
Terima kasih ya Amie's atas perkongsian ini, ita simpan di dapur ita pulak ya.. Bersama ini ita kongsikan resepi 1/2 adunan yang telah ita sediakan. Resepi yang ita sediakan ita dah tukar kepada gram untuk memudahkan ita nanti. Ita sertakan sekali resepi dari Amie's bagi mereka yang nak buat 1 adunan.
KUIH BAKAR KEMBOJA
Resepi Oleh : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan jika tidak suka manis
2 cawan santan pekat
15 helai daun pandan - kisar dengan 1 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1 cawan jus pandan
4 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak sapi - oleskan 1 sudu kecil untuk dalam setiap acuan
bijan secukupnya
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 4 buah acuan bahulu kemboja.
2. Kacau gula bersama telur hingga larut.
3. Masukkan santan bersama telur dan adun sebati.
4. Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
7. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.
Di bawah ini pula resepi yang ita buat untuk 1/2 adunan
Bahan-bahan:
120 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
1 cawan santan pekat ~ ita guna santan KARA 1 kotak + air jadikan 1 cawan
7 helai daun pandan - kisar dengan 1/2 cawan air - perah / tapis untuk dapatkan 1/2 cawan jus pandan
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 sudu besar minyak sapi ~ ita gantikan dengan butter
bijan secukupnya
Ita tambah sedikit pewarna hijau epal dan sedikit emulco pandan
Panaskan oven pada suhu 200'C. Sediakan 2 buah acuan bahulu kemboja.
Kacau gula bersama telur hingga larut.
Masukkan santan bersama telur dan adun sebati.
Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.
Kacau gula bersama telur hingga larut.
Masukkan santan bersama telur dan adun sebati.
Tapiskan adunan supaya tepung tidak berketul.
Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven selama 10 minit.
Keluarkan acuan berisi adunan kuih tadi dan taburkan bijan secara merata di atasnya.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50 -60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.
*Boleh bakar dalam oven atau bakar terus atas dapur dengan acuan kemboja pecah 8.
Jika bakar atas dapur panaskan acuan dahulu dan sapukan minyak pada acuan.
9 comments:
Wah! Dah sampai ke dapur Ita rupanya kuih bahulu kemboja aka kuih bakar ni... he he heee, betullah tu lain tempat lain panggilannya. Kalau di tempat kami memang orang kampung panggil bahulu kemboja dari dulu sampai sekarang, entah kenapa ... walaupun beza sangat sebenarnya dengan bahulu yang biasa kita makan tu. Tq sudi cuba resepi ini.
assalam kak..
sedapnyer..teringin plak nak try buat.. hehe
askm kak ita;
mana nak cari acuan yg mcm kak ita punya tu?
Akak..nk ambk resepi..
sedap je tngk gambar tu
Kuih ni asal dr mana ye
Saya buat pakai acuan bahulu di dalam oven ambil masa yg lama.. 1 jam 10 minit hasilnya atas dan tepi ja garing tapi bawah masih hijau.. Suhu 200 °c ada cara lagi cepat tak?
Saya da cuba. Memang sgt sedap. Guna loyang biasa yg 4segi je. Suhu 180. Api atas bawah. Bakar 10minit pertama & lepas tu bakar 40minit
Guna loyang saiz apa ye sis.dgn sis guna adunan yg mna
Loyang saiz apa ye sis dgn bpe adunan sis guna
Post a Comment