Masak Lemak Pucuk manis Dengan Keledek Oren - masam manis f

Breaking

Oct 10, 2015

Masak Lemak Pucuk manis Dengan Keledek Oren


Masak lemak pucuk manis atas permintaan anak bujang ita Azrul yang suka sangat lauk kampung ni. Kat pasar rumah ita ni kadang ada jual kadang tak ada. Malas nak ke pasar Larkin yang jauhnya lah dari rumah. Bukan apa malas nak bersesak-sesak dengan orang yang nak pergi ke tempat kerja di awal pagi. Kalau pergi pasar Larkin kena pergi awal pagi.. kalau lewat banyak barang yang dah habis.

Jenuh jugak lah mencari,. sayur kampung bukan mudah nak dapat kalau kat bandar ni.. Bila jumpa.. ni memang tak lepas lah.. terus sambar 2 cekak. Satu cekak mesti tak cukup.. kalau masak dapat sikit aje sayurnya nanti.



Biasa ita kalau masak pucuk manis ita suka letak kacang hijau, seperti yang mak ita selalu sediakan. Hari ni kacang hijau lupa lah pulak nak beli.. ingat ada lagi dalam stock.. sekali tengok botol dah habis dah.. lupa dah buat bubur hari tu.. Nak keluar semula malas sungguh lah.. nak mengadap jerebu lagi.. tak payah letak lah.. sedap jugak kalau tak letak.. tapi dah biasa letak pastilah ada rasa kekurangan sana sikit situ sikit..

Tapi tak pe.. janji dah dapat tunaikan permintaan anak bujang ita ni.. berselera nampak dia makan..
 " mak esok masak lagi dengan labu pulak.. mesti lagi sedap!"


MASAK LEMAK PUCUK MANIS DENGAN KELEDEK OREN

Sayur pucuk manis secukupnya ~ ambil daunnya sahaja cuci bersih
1 batang serai di ketuk
1/4 cawan kacang hijau ~ di rebus hingga empuk ( optional )
2 biji keledek oren atau unggu ~ buang kulit dan potong dadu sederhana besar
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 batang lada merah ~ di hiris
garam secukup rasa 

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis

Kacang hijau di rebus dahulu hingga empuk, angkat dan toskan
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan cair dan keledek , masak lagi hingga keledek empuk
Pucuk manis di ramas sedikit dan masukkan dalam periuk
Masukkan juga kacang hijau.
Masukkan santan pekat dan senantisa di kacau supaya santan tak pecah 
Perasakan dengan garam
Taburkan cili dan sedia di hidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan.





1 comment:

faten izaaty said...

kacang hijau guna untuk ape ye kak ita dalam masakan ni?

Post Top Ad

test