Pernah makan mee celup? Kalau orang Kelantan pasti tahukan.. Mee celup ni popular di Kelantan dan ada juga yang kata popular juga di Siam. Ita tak pernah lagi berkesempatan untuk merasa mee celup semenjak berkhawin dengan orang Kelantan, walaupun sering di cadangkan oleh mertua. Mungkin mertua ita tahu, ita ni.. suka makan mee berkuah, tu yang beliau cadangkan ita merasa mee celup. Tapi setiap kali ke Kelantan, tak berkesempatan lagi.. kerana ita lebih sibuk nak merasa makanan lain yang pada ita lebih istimewa.
Bila ada seorang rakan FB cadangkan ita mencuba mee celup.. yang katanya pasti kak ita suka.. ita pun segera google untuk dapatkan resepi yang terbaik. Tak ramai yang kongsikan resepi dari Kelantan ini.. hingga ita bertemu dengan blog Cikgu Wan
Cikgu Wan mengambarkan betapa sukannya beliau dengan mee celup hingga setiap kali balik Kelantan beliau pasti mencari mee celup. Keterujaan cikgu Wan bilamana beliau berkesempatan sendiri melihat penyediaan mee celup yang di sediakan oleh seoarang tukang masak. Beliau yang telah beberapa kali gagal menyediakan mee celup asli , memang tak melepaskan peluang untuk melihat dan merebut peluang yang ada di depan mata. Alhamdulillah.. mungkin keikhlasan beliau.. dan keikhlasan tukang masak tersebut akhirnya ita juga turut sama-sama dapat merasa mee celup yang cukup sedap dan cukup istimewa ini.
Mudah aje sebenarnya buat mee celup ni.. janji semua bahan tersedia di depan mata.. proses menyediakannya menjadi cukup mudah dan cukup simple.
Inilah pertama kali merasa, memang sangat sedap rupanya mee celup ni.. Pada mulanya ita ingatkan rasanya seakan Bakso. Tapi rupanya ia lebih enak dan lebih sedap dari bakso.
Ya Allah betapa keluarga ita cukup menyukainya.. Hingga habis kering kontang seperiuk mee celup yang ita sediakan. Ini baru orang Kelantan kan....
Tahu tak.. lepas makan mee celup ni.. badan berpeluh-peluh di buatnya.. macam baru lepas lari 4 X 100 meter pulak! Mula ita ingatkan bila cikgu wan kata lepas makan mee celup ni pasti berpeluh di buatnya.. mengambarkan mee celup ini pedas atau teramat pedas hingga berpeluh-peluh. Tapi bila ita makan.. eh! tak pedas pun..... tapi dia punya peluk mericik!
Mungkin juga penggunaan bahan dalam penyediaannya yang membuatkan badan berpeluh-peluh dibuatnya.
Terima kasih ya Cikgu Wan, kongsikan resepi yang enak, sedap dan di sukai kami sekeluarga.
MEE CELUP
Resepi Oleh : Cikgu Wan
Resepi cikgu Wan menggunakan perut lembu. Oleh kerana ita tak makan organ dalaman haiwan, ita gantikan dengan daging. Jika anda makan perut lembu bolehlah letakkan perut lembu ya.
Ita juga tidak menggunakan fish ball, sebaliknya ita gantikan dengan meat ball atau bebola daging. Anda bolehlah letak bebola ikan, bebola ayam atau bebola daging mengikut kesukaan.
Lagi satu dalam resepi menggunakan gula kabung atau gula somtam, ita gantikan gula Melaka yang ita rasa sama dengan gula Kabung
Bahan 1
4 ulas bawang putih ~ di mayang atau hiris
4 ulas bawang merah ~ di mayang atau di hiris
2 inc halia ~ di mayang atau di hiris
4 kuntum bunga cengkih
1 inc kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery ~ di potong 1/2 inc
1/2 batang lobak putih ~ di dadu
1 batang serai ~ di titik atau di ketuk perdu
1 pokok ketumbar ~ ambil dengan akarnya sekali cuci bersih dan potong
Bahan 2
3 ketul tulang yang berdaging ~ cuci bersih
1 keping perut lembu ~ sebesar tapak tangan (sebaiknya perut lembu susu) potong kecil
15 biji bebola ikan / bebola daging / bebola ayam
Bahan 3
1/2 cawan stock ikan
1 buku gula Kabung / gula Somtam ~ ita guna gula Melaka
1/2 cawan kicap masing
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bahan 4
Mee halus secukupnya ~ di celur
Mee kuning secukupnya ~ di celur
Mee tiew secukupnya ~ di celur
Taugeh secukupnya
Kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar
Kangkung ~ jika suka
Daun ketumbar ~ di hiris
Cili Flakes
Sambal Kicap
Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan garing
Kemudian masukkan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga
Tumis hingga harum
Kemudian masukkan tulang
Masak atau tumis lagi hingga tulang bertukar warna brown dan airnya kering
Bila air tulang dan kering barulah masukkan air secukupnya.
Biarkan sampai ia mendidih
Kemudian masukkan perut dan bebola daging dan masak lagi hingga bebola daging dan daging empuk serta daging pada tulang lembut
Kemudian, masukkan serai, batang celery, lobak purtih dan daun ketumbar beserta akarnya sekali
Ita hiris-hiris kecil pokok ketumbar tu
Biarmerenih sebentar
Kemudian masukan stock ikan, gula kabung dan kicap masin
Perasakan dengan garam dan gula secdukup rasa ( hati-hati dalam penggunaan garam dan gula kerana kita dah menggunakan kicap masin dan gula kabung )
Biarkan mendidih
Mengikut kata Cikgu Wan, setelah sup kita masak, kita kena tapis asingkan kuah dengan isi
Kemudain asingkan tulang dan bebola daging.
Bahan seperti serai, batang cerery dan lobak kita asingkan
Bila makan nanti kita hanya ambil kuah, , perut, tulang dan bebola daging sahaja
Tapi ita tak tapis, sebab bahan-bahan tu semua ita potong kecil jadi ita makan sekali sedap!
Bila kuah dah siap bagaimana pula cara mee celup di hidangkan
Mee celup menggunakan tiga kombinasi mee iaitu mee halus, mee kuning dan mee tiew. Itulah yang istimewanya mee celup dan bersesuaian namanya mee celup, iaitu semua mee di celup dalam kuah.
Kesemua mee itu ita celurkan terlebih dahulu
Masukkan ketiga-tiga mee dalam mangkuk
Letakkan taugeh
Letakkan juga daun ketumbar yang di hiris
Ada yang juga meletakkan kangkung atau sawi. Tapi ita tak letak
Masukkan bebola daging
Tambahkan kuah secukupnya
taburkan cili flakes
taburkan juga kacang tanah tumbuk ~ ita tak letak
Dan jangan lupa hirisan limau nipis sebagai penambah perasa
Makan bersama sambal cili atau sambal kicap memang sedap sangat!
11 comments:
tenkiu untuk resepi..mmg feveret ni..
Feberet saya gak. Tp saya tmbh lobak masin dn minyak bawang putih. Rasanya lg power..
as salam sis ita. nak tanya, kalau saya nak guna stok daging boleh tak? sbb dlm resepi ni sis guna stok ikan.
as salam sis . Boleh tak kalau saya tukar stok ikan tu kepada stok daging?
Da lama cr.. Terima kasih atas perkongsian ini
Memang sedap mi celup ni
Nampak sedap sangat. InsyaAllah nak cuba. T kasih kongsi resepi
T.ksih yg tak terhingga.
Saya nak cuba...
Nampak sedapp sangat ni
Assalamualaikum akak. Sy dah try. Sedap! 😙😙😙
Assalamualaikum akak. Sy dah try. Sedap! 😙😙😙
Resepi mee, bihun celup ini memang nampak simple tapi salah buat memang serba tak jadi kan... Jika sampai Kota Bharu boleh saja order mee, bihun celup food delivery, tak perlu susah2 cari kedai lagi. Boleh sudi2 lihat menu disini nanti jika berkesempatan COD Chef .
Thanks share kak ita ;)
Post a Comment