Mee Hon Goreng Tom yum - masam manis f

Breaking

Oct 22, 2015

Mee Hon Goreng Tom yum


Selalu ita goreng mee hoon biasa aje.. kali ni nak cuba pula mee hoon goreng tom yum yang di kongsikan oleh Zalinah.
Rumah ita ni kalau mee hoon goreng ni kurang sikit. Anak-anak suka mee kuning dari mee halus. Kalau mee halus ni ita sorang aje yang suka. Tu yang kadang malas nak sediakan mee hoon goreng. Kalau mee hoon sup mereka makan lah pulak.. macam-macam kan citarasa masing-masing.

Kerana ita suka mee hoon dan dah lama nak cuba mee hoon goreng tom yum, ita pun masak ajelah.. hihi hari ni ikut citarasa ita pulak! selalu kita ikut selera orang.
Tak sangka pulak habis jugak sekuali ita masak. wah! sedaplah tu..



Memang sedap mee hoon tom yum ni.. rasanya lainlah sikit dari mee hon biasa, sebab terasa tom yum dan daun limau purut tu yang buatkan rasa dan aromanya sungguh memikat selera. Memasaknya pun mudah dan ringkas. Sesuailah untuk hidangan keluarga, tak kiralah untuk sarapan pagi, makan malam mahupun untuk di bawa jika pergi berkelah.. memang sesuai sangat


MEE HOON GORENG TOM TUM
Resepi Oleh : Zalinah Basir

1 bungkus mee hoon
20 ekor udang
5 ekor sotong ~ di potong
1 cawan isi ayam ~ ita ganti daging
2 sudu makan sos cili
4 sudu besar pes tom yum
4 helai daun limau purut ~ di hiris halus
Kobis ~ potong halus
Lobak Merah ~ potong panjang ~ ita ganti taugeh
daun saderi ~ di hiris
Limau kasturi

Bahan Kisar / Tumbuk

6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering ~ rendam sebentar dan cuci
3 sudu besar cili kisar ~ jika suka pedas lebihkan
2 batang serai ~ dihiris  halus

Mee di rendam hingga lembut dan toskan airnya
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi
Kemudian masukkan udang kering dan cili kisar, kacau rata
Masukkan sos dan pes tom yum
Kemudian masukkan ayam / daging, sotong dan udang dan masak hingga daging empuk
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Jika terllau kering tambahkan sedikit air
Masukkan mee hoon dan kacau rata
Akhir sekali masukkan kobis, karot, daun limau purut dan gaul sebati

Setelah masak angkat dan hidang kan bersama perahan limau kasturi





3 comments:

maszull said...

assalamualaikum kakita...sedapnya tengok mee hoon goreng ni..:)

adda syuhada said...

sy tak pernah masak me hoon cmni..
Nanti nak cubalah..

Unknown said...

assalamualaikum kak ita.. wahhh2 kakk ita.. mcm sedappp jee.. insyaALLAH nk cube nii..hehe

Post Top Ad

test