Sarapan pagi dengan nasi lemak sampoi hari ini. Biasalah kan orang Johor, pagi sarapan mesti cari nasi lemak. Sekarang nasi lemak bukan sahaja menu sarapan orang Johor sahaja, malahan dah menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia.
Bila ita buat sambal tumis, mulalah masing-masing minta buatkan nasi lemak. Atas permintaan ramai maka ita sempatlah sediakan nasi lemak bersama sambal puyuh yang sempoi ni.
Senang aje buat nasi lemak ni... tapi ita lebih suka nasi lemak tumis dan inilah resepi nasi lemak yang sering di sediakan oleh emak ita. Kalau nasi lemak ita suka letak halba, sedap aje makan bila terbangkit bau halba nan semerbak..
NASI LEMAK SEMPOI
3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
2 helai daun pandan di simpul
3 cawan santan ~ santan biasa aje.. jangan pekat dan jangan cair sangat
2 sudu teh halba
1 batang serai ~ di titik
2 inc halia ~ di titik
3 ulas bawang merah ~ di hiris
1 sudu besar butter / margerin / 2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Dalam periuk nasi, panaskan butter / minyak
Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur.
Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit
Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih
Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan beras
Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda
Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa
SAMBAL TELUR PUYUH
Telur puyuh secukupnya ~ di rebus kemudian kupas kulitnya
Bahan Kisar
100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)
Bahan lain
2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )
Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
Bila dah garing masukkan air asam jawa
Lepas tu perasakan dengan garam
Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan telur puyuh yang kita dah kupas kulit tadi
Biar sambal merenih sebentar, baru tutup api dan sedia di hidangkan.
Nasi lemak di hidangkan bersama , sambal tumis puyuh, ikan bilis goreng dan timun. Kalau rajin boleh goreng kacang tanah
7 comments:
sedapnya kak....ahhh...nak buat esok la..
nasi lemak burung puyuh goreng pun sedap :)
tgk gmbr pun da sedap..ni klu mkn mst lg sedap
Sedapnya! Teringin pulak nak pekena nasi lemak :)
Sedapnya...nasi lemak tumis lebih wangi dan berperisa. Kebiasaannya di Penang memang nasi lemak cenggini.
wah nampak sedap...nk try juga lah
Assalammualaikum Kak. Saya dah try buat nasi lemak sempoi Akak ni. Memang sedap sangat! Thank you for sharing. 😊
Post a Comment