Pucuk Labu Masak Lemak Putih - masam manis f

Breaking

Oct 29, 2015

Pucuk Labu Masak Lemak Putih


Satu lagi pucuk yang ita cari tak jumpa adalah pucuk labu. Payah juga nak dapat pucuk labu ni.. Dah berapa pasar ita cari masih lagi tak jumpa.

Semasa pergi pasar hari tu barulah jumpa dengan pucuk labu ni. Agak mahal juga pucuk labu ini tau! ita beli satu ikat harga RM 9.00.. memang terasa mahal sangat .. tapi sebab suami ita nak makan ita beli lah juga.

Balik bila nak siang, yang dapat sikit aje.. sebab bahagian yang lain dah keras dan liat. Pucuk labu ni kalau liat dah tak sedap! kita nak makan pun rasa macam tak selesa.. sebab liat. Adoiii... mengelat betul rasa penjual ni tau! dah lah mahal.. banyak yang liat daripada pucuk muda yang lembut.




Dulu masa ita kecik, selalu jugak lah mak masak pucuk labu. Tapi masa tu mestilah bila ada orang tanam labu depan rumah. Kalau tidak payah juga nak dapat pucuk labu.
Sewaktu pulang Kelantan dulu, mak mertua ita adalah masak pucuk labu. Sedap pulak makan masa tu.. mungkin masa tu makan ramai-ramai.. jadi bertambah-tambahlah rasa kesedapannya. Kata merrtua ita pucuk labu tu, adik ipar ita beli di Cameron Highland. Adik ipar ita setiap kali pulang Kota Bahru, dia rajin singah Cameron Highland, macam-macam di beli untuk di masak di kampung nanti. Ialah bila sesekali balik kampung.. pasti seronok kan.. makan dengan emak, ayah dan keluarga pasti lah riuh rendah meja makan di buatnya.. bertambah seronok bila makan air tangan mak yang lama di rindui..

Atas permintaan suami maka ita tunaikan.. pucuk labu masak lemak putih..


PUCUK LABU MASAK LEMAK PUTIH

1 ikat pucuk labu ~ ambil pucuk lembut sahaja
1/2 labu ~ buang kulit dan potong kecil
1 cawan santan

Bahan Kisar

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili api
2 sudu besar ikan bilis / 1 sudu besar udang kering

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan dan labu dan masak hingga labu empuk
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan pucuk labu
Masak hingga layur
Angkat dan hidangkan


5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Ita...sedapnya msk pucuk labu!Masa HB atie tanam labu dulu...lupaaalak nk ngambik pucuknya.Ruginyaa lar....

Unknown said...

keliatannya sangat enak kuenya !!

Terapi Obat TBC

Unknown said...

keliatannya sangat enak kuenya !!

Terapi Obat TBC

Ain Rahman said...

sedap pucuk ni

juanafadzlilah.blogspot.com said...

Assalamualaikum.. disini saya nak share pd sape2 yg nak tambah side income.. nak tak kalau kita cuba n usahakan untuk dptkan inc ome RM900 sehari?? Free Register. .Tiada apa2 bayaran dikenakan.. (kalau rasa program ni menipu, anda tak rugi apa2 pun. Sbb tak kluar modal langsung pun).
Tak perlu jumpa org. Tak perlu jual barang. Anda buka link di bawah yg sy bg.. dan Register je. Anda terus dpt USD25x4.2 =RM105..
Lepas tu anda dapat link sendiri dan copy ayt sy ni.. postkan pd kawan2 fb ke. Twitter ke dan sebagainya..
Setiap yg buka link anda , anda akn terima USD10x4.2=RM42. Mudah sungguhkan.!!
Anda boleh pilih samaada duit masuk ke Acc bank atau Cek dipos ke alamat rumah anda. Ramai yg dh Register sbb apa?? Sebab free dan dpt income. Klik link ni klu nak cuba2 buat duit dgn tanpa kos (FREE) tak salah mencuba tp klu x cuba kita yg rugi!
http://Job4Living.com/?ref=442647

Post Top Ad

test