Puding Cocoa Puff lembut dan sedap - masam manis f

Breaking

Oct 20, 2015

Puding Cocoa Puff lembut dan sedap


Lama dah tak memuding. Semalam terasa macam nak makan puding lah pulak. Tu yang teruslah mencari resepi yang dah lama teringin nak buat tapi tak sempat-sempat nak buat akibat kekangan masa yang cukup-cukup terbatas.

Resepi puding ni ita ternampak di FB Mufidah. Macam menarik lah pulak! Resepi ini menggunakan biskut Cocoa Puff. Menurut Mufidah resepi ini dikongsikan oleh Sya Qiela. Terima kasih kepada tuan empunya resepi dan terima kasih juga pada Mufidah yang telah memanjang-manjangkan resepi untuk di cuba oleh rakan-rakan yang lain.

Serius ita katakan puding ini sangat sedap! tak terlalu manis dan lembut aje.. Dah lah sedap cantik pulak tu kejadiannya. Pasti teruja kan kalau nampak puding ni di depan mata. Siapalah yang tak teringin nak merasa.




Buatnya pun tak lah susah sangat. Cuma kenalah cari biskut cocoa puff tu. Ita minta maaf sebab ita tak sempat nak snap gambar biskut ni.. dah teruja sangat nak mencuba sampai tak ingat nak ambil gambar. Tapi tak pe.. ita cuba dapatkan gambar dari google. Terima kasih pada tuan empunya gambar. Ita ambil sekeping gambar ya untuk tunjukkan pada kawan-kawan yang tak kenal biskut ni lagi.


Resepi atau adunan yang Mufidah kongsikan ini agak banyak, ita hanya buat 1/2 daripada adunan yang di beri. Sedang elok tingginya dalam loyang 8 x8 inc. Ita juga ada olah sikit resepi mengikut citarasa ita. Kepada yang nak cuba ita kongsikan resepinya di sini. Tapi resepi yang ita kongsikan ini ita buat untuk 1/2 adunan sahaja ya. Kalau nak buat 1 adunan rujuk resepi Mufidah.


PUDING COCOA PUFF
Resepi Oleh : Sya Qiela
Rujukkan : Mufidah

8 gm agar-agar serbuk
2 bungkus biskut Cocoa Puff atau secukupnya
4 cawan air
1 cawan gula
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan tepung kastard
40 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Satukan telur, susu segar, santan pekat dan tepung kastard, pukul dengan wisk hingga bergaul rata. Kalau nak blend pun boleh juga. Ketepikam.
Dalam periuk, masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula larut.
Masukkan butter dan kacau hingga butter larut
Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi ( telur, tepung kastard, susu dan santan ) masak atas api yang sederhana sambil di kacau rata hingga adunan pekat. Tambahkan esen vanilla dan secubit garam. Kacau rata. Bila dah masak , tutup api dan angkat

Sedikan loyang 8 x 8 inc, bilas dengan air
Aduan puding tadi bahagi 2 bahagian
1 bahagian ~ letakkan pes pandan dan pewarna hijau
1 bahagian ~ biarkan kuning
* setiap bahagian yang dah kita bahagikan tadi bahagikan pula kepada 3 bahagian setiap satu

Tuangkan 1 lapisan warna kuning dahulu dalam loyang, ratakan
Kemudian susukan biskut cocoa puff di atasnya
Biarkan puding mengeras sebentar. Untuk cepat masukkan dalam peti ais
Kemudian tuang pula warna hijau dan susun biskut di atasnya
Ulang langkah yang sama hingga habis
Sejukkan dalam peti ais
Bila dah keras bolehlah di potong dan di hidangkan






7 comments:

Rozita Ceritaita said...

Ya Allah.. kecur sambil membayang kat depan mata..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kak Ita.. baru sy tahu Cocoa Puff tu biskut.. hihi.. kalau sy tukar biskut tiger okey tak.. jadik namanya Puding Tiger.. eh.. nak letak nama Puding Harimau Selatan laaa.. JDT gitew... aummmmm!

Mama Khyranaeems said...

Cantik kejadiannya..Sy share ye Puan Azlita.

mummy_ayu said...

wah..cantiknya...leh try ni

Kay said...

Salam KAk Ita... kat mana nak beli biskut tu? sy tak pernah jumpa kat tesco, giant atau jusco... kalau tengok gambar mcm biskut graham bentuknya... sbb sy nak buat resipi eclair yg guna biskut graham, cari kat bakeri pun tak jumpa

Anonymous said...

Cantik nya puding ni...Dan mcmanalah nk dpt potongan mcm k Ita ni...
Saya share resepinya ya kak

Izzah Azzah said...

Salam.. saya suka resepi puan.. nampak cantik dan sedap

Post Top Ad

test