Sambal bajak ini adalah sambal yang cukup popular di Indonesia. Rata-rata ibu-ibu di Indonesia sering menyediakan sambal bajak untuk di makan bersama nasi dan lauk-pauk. Sambal ini bukan sahaja mudah di sediakan tapi cukup enak.
Ita pernah di ajarkan oleh pembantu rumah ita dahulu, tentang penyediaan sambal bajak. Masa tu ita tak tahu nak buat sambal apa untuk hidangan suami. Hari-hari sambal belacan kadang kala rasa bosan jugak kan.. Lantas ita di ajar bagaimana menyediakan sambal bajak yang bukan sahaja mudah dan ringkas, malahan rasanya cukup enak, bertambah enak lagi jika di gandingkan dengan nasi hangat, ulam-ulaman dan lauk-pauk. Dapat sayur bening dengan ikan goreng pun dah buat bertambah-tambah selera makan tegahari kami sekeluarga.
Bukan sahaja enak, sambal ini juga tahan lama. Boleh lah buat banayk-banyak dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan nah.. sudah tersedia tak perlu nak tumbuk bagai lagi..
Sambal ini lebih sedap kalau di tumbuk, tapi ita ni malas nak tumbuk. Ita kisar aje semua bahan kecuali buah tomato yang ita hiris halus. Kepada anda yang sesekali nak tukar selera, boleh cuba sambal bajak ni.. gerenti sedap!
SAMBAL BAJAK
Resepi Oleh : Masakan Lezat
Bumbu halus ~ bahan ini di tumbuk
25 cabai rawit merah ( cili padi )7 buah cabe merah besar ( lada merah )
4 siung bawang putih
6 siung bawang merah
Garam secukupnya
2 buah tomat ( buah tomato )
Bumbu Lainya ~ bahan lain
2 sdm air asam2 lembar daun salam
1 batang serai
1 sdm gula merah
3 sdm minyak goreng
air secukupnya
1 sdt terasi goreng ( belacan bakar )
Langkah Membuat Sambal Bajak
Panaskan minyak, tumis bumbu halus, dengan serai, terasi dan daun salam sampai baunya harumTuang air secukupnya, air asam, dan gula merah masak dengan api kecil sampai kering sedikit.
Angkat dan sajikan.
No comments:
Post a Comment