Sedap rupanya air ni...
Padanlah ramai yang mencuba di group Masak Apa Hari Ni dan rata-rata katakan air ini sedap!
Memang terliur ita di buatnya bila ramai rakan-rakan yang telah mencuba. Dah tak tertahan-tahan. Akhirnya hari ini dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama terbuku.. dan menjeruk rasa melihat kesegaran air soda rakan-rakan.
Terima kasih ya kerana sudi berkongsi idea, berkongsi resepi semoga perkongsian ini memberikan keberkatan untuk kita semua
Apa rasa air ini ya?
Sedap ke?
Air ini di katakan di jual dengan mahal di restoran. Ada yang menyatakan hampir RM 10.00 untuk satu gelas.. ya ampun... memang mahal.. bagi keluarga yang ramai, memanglah fikir dua tiga kali mak ayah, kalau nak beli untuk anak-anak.
Tak pe.. jangan risau.. anda dah boleh buat sendiri. Mudah aje cara membuatnya yang penting ada bahan yang lengkap dan sedikit kerajinan.
Jangan tak tahu.. air ini banyak di jual di Istagram tau! di botolkan cantik-cantik dan di jual secara online. Macam-macam kan idea untuk tambah pendapatan.
Rasanya masam-masam soda dan segar rasa pudina. Memang enak bagi mereka yang gemarkan minuman masam. Serai tu memyeimbangkan rasanya. Kalau peram lama lagi kuat rasa pudina dan asam boi. Suami ita lah paling suka, kebetulan dia memang suka masam-masam.
Tapi anak ita Azrul tak suka.. dah agak dah.. sebab Azrul memang tak suka makanan atau minuman yang masam.
Ada yang tanya boleh ke ibu mengandung minum air ni. Setelah ita menikmatinya... bagi ita boleh jika teringin sangat nak rasa, kesian kat baby dalam perut tu.. tapi jangan minum bayak lah.. dan ita cadangkan setelah semua bahan di campur terus minum, jangan di peram pulak nanti lagi masam rasanya. Tapi bagi mereka yang baru lepas bersalin ita tak galakkan minum ya.. rasa macam tak berapa sesuai.. tunggu sampai habis pantang 100 hari barulah boleh kalau nak merasa
Kepada yang nak mencuba.. jom apa tunggu lagi
SODA HERB
Rujukkan dari : teman-teman di group Masak Apa Hari Ni
1 botol air aiscream soda ~ botol besar
1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ di titik
daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ di hiris nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya
Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Sediakan bekas yang bersesuaian
Letakkan daun pudina secukupnya
Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
Dan di ikuti asam boi putih
Kemudian masukkan buah laychee atau longan
Tuangkan air aiscream soda secukupnya
Letakkan ketulan ais jika suka
Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
Sedia di nikmati
Segarnya....
16 comments:
Salam k.ita..klau nk jual letak dalam peti tahan lama x?
Ya ampunnnn menggodanya..tp kt sini tgh ujan..tggu summer br buat
Telan air liur menengoknya...
Tengok gambarpun dah rasa menyegarkan, apatah lagi bila menikmamatinya..
haduiiihhh.... tgk sedap n mengiurkan sis... kecui rasa...
Sedap-sedap..dah try minum.
Emmm...mengiurkan...boleh cube ni.
Wah! mengguda! nk try buat lah... TQ Ita share resipinya...
slurpppp!!! telan air liur pepagi ni ita.. kna bli soda n laici je nih.
salam k.ita...itu serai wangi ke serai biasa yg buat masakan tu yer..?
Wasalam shikin, akak guna serai biasa. kalau serai wangi lagi sedap kot! nanti akka cuba pulak dengan serai wangi.. tapi mana nak cari ya serai wangi
Salam kak ita,
Saya panggil air ni air sampah lol
Mana taknya ada daun2 ada lemon cam sampah je, mmg klau pergi mskan dekat william tu sy x igt nama tp sebut air sampah derang tau tu utk air spda herbs, mmg sedap
Buat sendiri berbaloi ��������
assalam air ni rahan brapa lama?
air ni xyah letak gula ke?
Sedapnya.... mohon kongsinya... untuk rujukan saya sendiri dan teman-teman...
Alhamdulillah...Saya dah mencubanya...memang menyegarkan minuman ni...tak puas rasanya segelas...
resepi air minuman sedap ni, mohon share :)
Post a Comment