Seperti biasa bila cuti sekolah menjelang .. pastinya ita akan penuhkan peti ais dengan jajan anak-anak. Walaupun biasanya hujung tahun, cuti sekolah berada di musim tengkujuh. Namun asikrim yang satu ini kata orang tak mengenal musim.
Inilah jajan ita masa kecik-kecik dulu. Biasa ita memanggilnya air batu asam kecut. Lebih popular dengan namanya air batu Malaysia dan di Indonesia pula lebih popular dengan es lilin. Kalau es lilin namanya itu boleh lagi di terima kerana bentuknya yang mirip lilin nan sebatang. Tapi kalau air batu Malaysia.. mungkin mengambil sempena nama tanah air yang tercinta. Sebenarnya ia air batu tempatan. Zaman dulu jarang anak-anak tempatan dapat menikmati ais krim yang lembut dan cremy macam anak zaman la ni.. Air batu Malaysia inilah yang di ngonges ke sana.. ke mari..
Antara air batu Malaysia yang cukup popular dan di minati ramai pastinya asam kecut, di samping air batu lain iaitu air batu jagung , air batu nenas , air batu kacang hijau, santan gula Melaka, air batu laici, bandung dan Milo. Inilah antara yang menjadi kesukaan kanak-kanak riang Raibena zaman dulu-dulu.
Sekarang memang payah nak jumpa.. kalau ada pun hanya di dalam peti ais , mak-mak atau ibu-ibu yang rajin melayan selera anak-anak sahaja..
Kalau dulu harganya cukup murah hanya sepuluh sen sebatang. Tapi kini tak mungkin lagi.. memandangkan harga barangan yang semakin mahal.
Pernah nampak seorang rakan jual di FB dengan harga 30 sen?? terfikir juga ita ada untung ke? atau hanya penat yang menanti kesudahannya.. bayangkan sekilo gula sahaja sudah RM 3.00. itu belum masuk lagi bahan lain seperti jagung, nenas, kacang.. dan juga termasuk gas , plastik dan upah mengikat air batu. Ita buat untuk 2 kg gula pun dapat tak sampai berapa batang aje.. macam manalah boleh jual dengan harga semurah 30 sen.
Air batu Malaysia, kalau nak buat kena masak segala bahan. Kalau airnya tak masak.. aisnya kasar tak halus... Dulu kalau ita beli air batu tu kasar aje teksturnya.. mak tak kasi beli lagi.. sebab kata mak airnya tak masak. Bahaya makan air tak masak ni.. boleh kena cirit berit. Sebab tu pastikan ianya di masak untuk mendapatkan tekstur air batu yang halus. lagi satu banyak gula juga menjadikan air batu itu lebih sedap hingga ke titisan air batu yang terakhir...
Jom kita layan asam kecut dulu..
AIR BATU ASAM KECUT
1 peket asam kecut / asam boi warna merah ( ita beli peket besar )
2 kg gula pasir ~ ikut sukatan air ya mesti manis dari air biasa kalau tak air batu tu kasar
air secukupnya ( 1 periuk besar ) air ni agak-gak manis gula tu seimbang
plastik air batu secukupnya
Satukan air, gula dan asam kecut dalam periuk dan masak hingga mendidih. Lepas tu rasa, biar rasanya seimbang masam dan manis
Sejukkan hingga suam kemudian tapis, asingkan asam boi daripada air.
Asam boi tu masukkan dalam plastik air batu, 1 plastik 1 biji asam boi. Kalau nak letak lebih pun boleh
Kemudian bolehlah masukkan air dalam plastik dan ikat. Ita suka ikat masa air tu suam sebab plastik tu lembut mudah nak ikat. Tapi terpulang pada masing masing
Lepas ikat cuci bersih dan simpan dalam peti ais hingga beku.
Sedia di nikmati
7 comments:
zaman budak2 mmg suka aiskrim ni....
Nak buat jugak.. teringat dulu2.. ma Ita suka buat ais krim kacang hijau bersantan tu . yang mcm bubur kacang.. sedap.. nak buat jugak lah Ita..
dulu2 kalau dapat dua bijik asam kecut dalam satu palstik suka giler.. hahahaha
dulu mak rajin buatkan utk anak dia
tp skg anak2 x blh makan..nanti semput
Terkenang zmn kanak2. Semua ais krim msia ni sedap sgt. Mcm2 perisa dibeli x pernah jemu. Terbaiklah ais krim msia.
Dari kecil smpi sekrg ais krim msia memg sedap
Kecur air liur. Sedap ni.
Post a Comment